Bab 32

623 38 4
                                    

🖤🖤🖤🖤🖤🖤🖤🖤🖤🖤🖤🖤🖤🖤🖤🖤🖤

'Pov Iris'

'Tuk! Tuk! Tuk!'

"Siapa ?" Soal Iris . Dia berhenti bermain dengan Khan sebelum menoleh ke pintu bilik nya .

"Saya , puan Iris ,"

Iris meletakkan Khan di babycourt . Dia bangun dan melangkah ke arah pintu . Dia melihat anak buah Aariz berdiri , setelah pintu dibuka .

"Ouh kenapa ?"

"Ada bungkusan atas nama Tuan Izz untuk puan ," anak buah Aariz menghulurkan bungkusan pada Iris . Tanpa ragu , Iris menerima bungkusan itu .

"Okey terima kasih , awak boleh pergi ," Iris menutup pintu sebelum pergi ke Khan . Khan yang sedang bermain mainan di dalam babycourt sangat comel dilihatnya . Tangan dia naik mengusap perut dia yang mempunyai nyawa kecil di dalam.

"Hero mama , tengok abang Khan hehehe comel kan . Nanti hero mama dah keluar , boleh lah main dengan abang Khan sama-sama ," Iris seronok berborak dengan Izz junior di perut nya . Pada mula nya dia takut untuk mengandung disebabkan hidup dia penuh dengan bahaya . Namun lama -kelamaan Izz junior mampu mengubat segala perasaan dia .

"Jom kita tengok , apa papa kamu bagi ni ," Iris duduk berhati-hati di sisi katil sebelum tangan mula mengoyakkan bungkusan .

"Huh? Yogurt strawberry? Banyak nya ," Terukir senyuman indah Iris . Mata dia bersinar melihat makanan kegemaran di sejak mengandung ada di depan mata.

"Hero mama , tengok papa bagi yogurt lah . Hero mama nak ke?" Terasa satu tendangan halus di perut nya . Dia tersenyum . Kenikmatan yang sangat indah untuk dia merasa . Pergerakan dan tendangan Izz junior bagi dia sangat seronok dilalui .

"Tapi papa kata no more yogurt for you . Bulan ni kita dah makan banyak lah sayang ," keluh Iris mengingatkan pesanan Izz . Tapi dia terfikir kalau tak bagi , kenapa Izz kirim yogurt pada dia . Maksudnya suaminya bagi lah . Dia tersenyum sebelum satu bekas diambil sebelum dia mula membuka .

"Kita rasa sikit eh sayang. Mama taktahu papa awak bagi ke tak . Tapi disebabkan awak ,mama curi-curi rasa sikit hehehe ," Satu suapan dimasukkan ke dalam mulut . Mata dia dipejam apabila rasa manis masam bersatu di dalam mulutnya . Emmmm sedapp!

"Sedap nya . Sedap kan sayang mama ? Suka ye ," Dia mengusap lembut perut nya . Anak dia di dalam perut seperti nya suka kerana dia menerima beberapa tendangan halus darinya.

Iris menghabiskan yogurt sebelum buang ke tong sampah .

"Khan, jom tidur ," Iris mengangkat tubuh kecil Khan sebelum mendodoikan si kecil itu. Iris merasakan perasaan yang akan terjadi sesuatu tapi dia abaikan . Dia terus mendodoikan Khan sehingga terlena .

      Namun dahi nya mula berkerut apabila merasakan pergerakan yang sangat aktif di dalam perut nya .

     "Hero mama kejap , mama tidur kan abang Khan ," Iris mula rasa tidak selesa . Perut dia lama kelamaan makin tegang . Dia perlahan meletakkan Khan di dalam babycourt supaya tak terjaga .

       "A..ahh k..kenapa ni sayang mama ,"

      Iris mengusap perut nya cuba tenangkan anak di dalam perut nya . Dia heran kenapa tiba-tiba ,perut  nya mulai mengeras dan sedikit membuatkan dia dalam kesakitan .

     Iris sedaya upaya menahan dari membuat bunyi supaya Khan tak terjaga . Namun makin lama dia makin kesakitan .

     "O..oh god , baby what's wrong with you ahh," Kini Iris melutut kesakitan . Perut dia sakit seperti dirobek hidup-hidup . Nafas dia berderu laju . Dia risau , dia tahu ini tanda tak baik . Anak dia dalam kesakitan !

His Obssesion  (C)Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt