15

26 3 0
                                    

Ke hulu ke hilir Haze di dalam bilik hotelnya saat ini. Jelas tampak wajah keresahannya.

"Apa aku buat ni?" Dia meramas kasar kepalanya. Takboleh jadi ni.

Dia mencapai dompet dan telefon bimbitnya sebelum keluar meninggalkan bilik hotel. Kad access pintu bilik Hani juga dicapai.

Segera dia tekan lif ke tingkat 3. Sampai dihadapan bilik yang dituju. Haze mendengar suara Hani meminta tolong apabila dia menekap telinga ke pintu bilik tersebut.

Segera dia slide kunci dan membuka pintu bilik. Dia lihat, Dato Rosdin sudah melemparkan selimut ke atas lantai. Segera dia menghampiri lelaki itu dan menumbuk mukanya.

Bukk!!

Tidak cukup dengan itu, dia menarik Dato tersebut agar menjauhi Hani. Satu lagi tumbukan kena di mukanya.

"Apa you buat ni Haze? You lupa janji you dengan I?" Berang betul dirinya apabila Haze menumbuk mukanya begitu.

"Mulai hari ni, kontrak kau dengan aku tamat! Aku tak perlu partner macam kau lagi. Pergi sebelum aku report polis!" Gertak Haze.

"I boleh saman you Haze...You nak Tan Sri malu?"

"Aku tak kisah dan kau ingat kau boleh ugut aku? Semua rahsia kau ada dengan aku, kalau kau nak jatuhkan company aku? Fikir balik sebab aku juga boleh buat kau jatuh. Bukan sahaja jatuh malah tersungkur!"

"Damn! You tunggu, tengok apa I akan buat dekat you nanti!" Dato Rosdin segera keluar dari bilik tersebut.

Haze Huzair meraup mukanya setelah kelibat Dato tersebut hilang. Suara esakan menyedarkan Haze. Hani!

"Hani are you okey?" Dia menghampiri Hani. Sangat terdedah tubuh Hani sekarang. Dia mengambil semula selimut tadi agar bisa menutupi tubuh gadis itu.

"Aku salah apa dengan kau? Dendam apa yang kau junjung sangat sampai kau sanggup buat aku macam ni? Jantan tak guna!" Hani bersuara setelah badannya dibaluti oleh Haze dengan selimut. Hancur.. Hancur maruahnya saat ini.

"Im sorry...Aku...aku..aku"

"Pergi jahanam dengan maaf kau! Kau buat aku ni macam pelacur kau tahu tak?"Air mata sudah tidak berhenti sedari tadi.

"Kalau aku mati baru kau puas kan?" Hani segera bangun, gelas yang berada di meja tea dicapai.

"Hani, kau nak buat apa ni?" Dia menghampiri Hani. Gelas yang hendak dibaling itu di tahan oleh Haze.

"Hani please! Bawa mengucap!" Ujar Haze.

"Hahaha....Hahahaha....Orang macam kau yang dah buat aku macam binatang ni, suruh aku mengucap? Aku tak salah dengar ke?" Saat Hani leka, gelas ditangannya dirampas oleh Haze.

Ting!Tong! Loceng pintu bilik ditekan.

Haze segera membuka pintu dan terkejut apabila melihat beberapa orang lelaki berkopiah berada di hadapan pintu bilik tersebut.

"Maaf encik, kami dari Jabatan Agama Islam. Kami dapat aduan bahawa encik sedang berdua-duaan dengan bukan mahram di dalam bilik ini." Kata salah seorang dari lelaki tersebut.

Dumm!

Hani dengar apa yang dikatakan itu. Dunianya seakan berputar dan semakin gelap.

Terciptanya Takdir KitaWhere stories live. Discover now