Bab 16

26 3 2
                                    


     DIA  menumbuk gerangan jejaka yang berani menyentuh anak perempuannya. Sedang sengit didalam pergaduhan.
Tiba - tiba Sara bangun. Lalu berteriak
"Siapa berani - berani bergerak saya cium dia!" Mata Daniel besar membulat. Harraz berhenti lalu bangun dari menindih badan lelaki itu. Diam.

Daniel memandang setiap inci dan saiz lelaki - lelaki yang berada disekelilingnya . Siapa bergerak bukan kena cium dengan isteri aku penumbuk ni pun kena cium tahu!

            Selepas kejadian itu segalanya berjalan lancar kembali, berkat tindakan Sara juga tetapi ada lagi sorang yang belum berjaya diredakan, Daniel.

     "Kenapa ni bro? Bengis naw muka." Tanya Adrian.

"Gila tak bengis tadi ada orang nak pukul isteri dia?" Sampuk Harraz.

  "Diam boleh tak. Aku tengah fikir cara ni." Kedua kawan sejatinya berkerut, cara apa pula?

  "Cara apa pula ni. Jarang aku dengar kau susah nak pilih cara." Kali ini Harraz mengangguk mendengar kenyataan yang diberikan Adrian. Janggal.

   "Ok, aku ada plan. Kita humban si Fatih tu masuk penjara dengan cubaan merogol isteri tercinta -- maksud aku kerana 'Memperkosakan wanita'

    "Aku rasa kau pergi balik tenangkan fikiran eh? Serabut aku dengar cerita rekaan tak semengah kau ni."

Daniel hanya bisa menurut. Dia pergi mendekati Sara lalu ditarik tangannya dengan kasar. Perasaan cemburu nya tidak boleh ditahan lagi. Sara yang kelihatan polos itu hanya bisa mendongak dan membuntuti jejak Daniel.

"Aw --"

   "Kau diam sebelum aku humban kau keluar kereta."

Dia terdiam. Sepanjang perjalanan itu dia suasana terasa tegang seperti dahulu kala. Daniel seperti dirasuk sesuatu, Iaitu cemburu. Dijenguk kearah Daniel, urat tangannya  jelas kelihatan. Sakit hatinya  kerana isterinya menggatal seperti itu.

       Sampai sahaja di perkarangan pent house milik Daniel dia diangkat keluar dari perut kereta.

   "Kenapa dengan awak ni? Saya boleh jalan sendiri lah!" Tengking Sara. Kakinya dihayun - hayun tanda protes. Selepas 7 saat dia mengalah. Sampai di bilik tidur mereka, Sara terkelu.

         Tidak lama kemudian dia dicampak keatas katil. Nasib ada alas yang empuk dan lembut. jika tidak mungkin dia akan di  bakal masuk hospital buat kesekian kali.

                     Daniel membuka jam Rolexnya lalu diletakkan diatas meja bulat. Sara hanya berani melihat segala perbuatan Daniel. Berdebar pula menunggu apa yang bakal menantinya. Takut pun, iya juga. Daniel membuka ikatan niqab Sara dengan perlahan tudungnya juga ditarik sedikit kasar. Sara yang terkebil-kebil tidak diendahkan.

           Scarf dibuka ikatannya mendedahkan ikatan rambut Sara yang terletak kemas. "Pandang aku." Arahnya tegas. Sara menoleh kebelakang dengan laju.  Dagunya didongakkan bagi menyamai paras mata Daniel.

         "Kau, buat self harm kan?" Hati Sara berdebar. Dania bagitahu ke?

       Dia menggeleng.

Tipu.

     "Sara Amanda binti Abdullah, cakap betul - betul dengan aku." Dagu Sara dicengkam kemas. Dia menelan air liur yang terasa sedikit kesat.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 22 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

His To Love (Uncomplete) Where stories live. Discover now