01

9 1 0
                                    

"Kau selesa belajar dengan cara macam ni?"

Soalan itu menyapa halwa pendengaran. Aktiviti menulisnya terhenti sekali gus. Wajah diangkat.

"Kalau tak selesa sekalipun, kau takkan bagi aku belajar macam orang normal kan?" Dia memulang soalan dalam bentuk perlian.

Rakan yang lebih berusia daripadanya itu tersenyum sinis. Langkah dibawa kepadanya lalu bahu dirangkul.

"Itu dulu. Sekarang aku nampak kau dah bersedia untuk hadap dunia luar.."

Dia hanya menanti rakannya itu menghabiskan ayat. Diam tak terkutik.

"Sekarang dah tiba masanya aku benarkan kau jalani kehidupan normal."

Dia memandang rakannya itu dengan reaksi terkejut. Dalam masa yang sama dia berasa lega kerana keinginannya yang selama ini bakal tercapai.

"Tapi hanya dari sudut belajar saja, selain daripada tu kau masih lagi kena kekalkan." Pesan Jay lagi sebelum berlalu pergi.

Tangannya naik menyentuh dada. Adakah ini rasanya apabila mendapat sesuatu yang selama ini diinginkan? Terasa lapang.

"Akhirnya, kau kasi juga dia hidup yang sepatutnya." Kata seorang rakan mereka, Bris. Bahu Jay ditepuk beberapa kali.

Jay mengelak daripada terus terkena tepukan di bahunya. "Susah untuk aku lepaskan tapi.. Kesian kan?"

Bris memandang sipi rakan kerjanya itu. "Kalau kesian, jangan pilih dia. Kau sendiri tahu apa akan jadi kalau dia berkerja bawah kita."

Jay menyilang tangan. "Aku tahu. Tapi yang muda macam ni lagi mantap. Boleh pakai lama dan kebolehan boleh diasah lagi."

Bris berdecit sebelum ketawa kecil. "Kau cakap macam dia ni perempuan yang boleh kita lepaskan nafsu."

Kepala Bris disekeh. "Itu jelah kerja kau. Ayat tiada apa-apa niat ditukar jadi jokes lucah. Kurangkan sikit tengok benda macam tu, takut jadi perangkap untuk kau saja nanti." Tegas Jay sebelum memasuki biliknya.

"Eleh, cakap orang. Sekurang-kurangnya aku tak bawa masuk perempuan dalam rumah ni." Kutuk Bris perlahan. Ini kalau didengari Jay, ketua mereka pasti ditendang cukup-cukup.

+++

Dia berjalan masuk ke dalam sekolah dengan tenang. Ini merupakan hari pertamanya jadi permulaan yang baik amatlah dia harapkan lagipun tiada apa pun nak dijadikan musuh di sini.

"We itu ke budak baru yang cikgu cakap semalam?"

"Cool gila."

Sepanjang perjalanan, dia disajikan dengan perbualan pelajar sekolah mengenai dirinya. Tetapi dia memilih untuk buat biasa dan terus ke kaunter pejabat.

Langkah diatur cermat menaiki tangga, hoodie yang dipakainya diturunkan. Setibanya di pejabat, pintu ditolak.

Suasana di dalam pejabat agak lenggang memandangkan masih ramai kerani belum sampai. Dia mengambil tempat di kerusi yang disediakan.

Beberapa minit kemudian. Kedengaran pintu pejabat dikuak. Muncul muka beberapa orang yang kelihatannya seperti kerani.

"Kamu pelajar baru kah?" Soal seseorang yang memakai kot kepadanya. Dia kira itu adalah kepala sekolah.

Dia mengangguk lalu menyalam si tuan pengetua itu. Itu yang disuruh Jay sebelum dia memasuki sekolah tadi.

"Mari masuk pejabat saya."

Di dalam pejabat, dia dapat tahu bahawa pengetua itu juga ada kaitan dengan kumpulan mereka. Melihat butang batch yang ada di atas meja.

"Kau tahu kan?" Soal si tuan pengetua. Dia hanya mengangguk. Tiada lah bodoh sangat sampai tak tahu siapa pelanggan mereka.

Fikirnya, si pengetua ini terlibat sama dengan kumpulan mereka mesti kerana ada sesuatu yang diharapkan untuk dilindungi.

"Itu pilihan kau atau Jay?" Soal si tuan pengetua sambil menunjuk ke arah sumbang yang dipakainya.

Sumbang belah kanannya disentuh. Baru teringat. "Pilihan aku. Supaya tak menganggu kerja."

Pengetua itu tersenyum kecil. "Kau sangat bagus. Bijak bekerja dan bijak mengurangkan masalah. Bagus Jay ada budak macam kau."

Dia hanya mendengar tanpa sebarang reaksi. Dia fikir segala apa yang keluar dari mulut pelanggan mereka itu tiada apa yang perlu dibalas. Lagikan pula, biarkan orang tua itu terus berkata kerana Jay sedang mendengar.

Pengetua itu perasan dengan cara dia yang tak sama dengan tuannya, Jay terus menukar corak perbualan mereka. Kot yang dipakai dirapikan.

"Oh, by the way, apa nama kau? Tiada pula Jay beritahu aku."

"Taufeq." Jawabnya pendek.

"Kau.."

"Tiada pegangan."

Pengetua itu mengangguk beberapa kali. Taufeq merupakan anak buah kepada dua orang penjaganya yang tidak memiliki pegangan. Jadi, tak pelik Taufeq juga mengikut jejak mereka.

Tiba-tiba pintu pejabat dibuka. Masuklah dua orang penjaganya, Jay dan Bris yang segak berpakaian seperti peninjau kawasan dari Jabatan Pendidikan.

"Lama betul kau sidai dia. Sudah aku kata, tanya nama dan benarkan dia masuk ke kelas. Kenapa dia masih di sini?" Soal Jay sambil pandangan cerlung ke arah si tuan pengetua.

Pengetua itu terus berdiri daripada kedudukan. "Maaflah aku ganggu orang kau. Ya, ya. Aku sudah mengarah staf bawakan buku-buku dia."

Bris memandang reaksi Jay sebelum bergilir-gilir memandang kedua-duanya. Jay sememangnya tidak suka orang mengganggu anak buahnya lebih-lebih lagi yang mahu masuk campur perkara dalaman.

Tok! Tok!

"Masuk."

Muncul staf yang membawa beberapa buah buku. Buku-buku ditaruh diatas meja kopi sebelum staf itu diarah keluar.

Taufeq mengambil buku-buku itu lalu diampu ke dada. Jay memandang Taufeq sekilas sebelum wajah pengetua itu ditenung.

"Jaga dia macam mana aku jaga kau. Kalau nak apa-apa, direct terus kepada aku." Jay memberi peringatan. 

"Baik, baik. Taufeq, kau boleh ikut staf di luar. Dia akan tunjukkan kelas." Kata si pengetua dengan berjaga-jaga.

Secara jujurnya, pemakaian staf yang membawanya ke kelas ini agak menarik perhatiannya. Tetapi dia tak rasa apa-apa selain rasa perempuan ini murah dari sudut pandangan lelakinya lagi satu.

Sepanjang perjalanan dia hanya memandang bawah saja. Kalau terpandang sekalipun dia tiada rasa apa selain rasa nak tendang jauh-jauh perempuan ini.

Bukan dia tak tahu, perempuan ini lah skandal si tuan pengetua tadi. Sudah tua pun gatal.

"Ini kelas kamu."

Papan di pintu kelas yang tertara 4 Roaster itu dipandang. Kelihatan ada mata-mata di dalamnya memandang ke arah mereka.

"Cikgu, ini pelajar barunya." Kata staf itu kepada guru yang berada di dalam kelas.

"Oh, terima kasih Goori. Dia boleh masuk."

Goori menyuruh Taufeq masuk. Dia melangkah masuk dengan perasaan sedikit gementar. Ini kali pertamanya. Sayup-sayup kedengaran suara Jay memberi semangat.

"Saya Cikgu Lyn. Kamu boleh perkenalkan diri." Ujar Cikgu Lyn dengan senyuman.

Seluruh kelas dipandang. "Aku Taufeq Jay. Boleh panggil Taufeq."

"Islam ke?" Soal salah seorang pelajar. Dalam diam, dia mengeluh. Lelah mendengar soalan yang sama.

Dia menggeleng. "My parents chose that name because they love it. Hope you guys never spoke about it again." Tuturnya tenang terselit peringatan.

Cikgu Lyn terus campur tangan. "Maaf Taufeq ye. You guys sepatutnya tanya dengan lebih elok. Tak semua dilahirkan dengan satu agama. Hormat antara satu sama lain." Nasihat itu diberikan kepada seluruh kelas.

"Taufeq, kamu boleh duduk di sana."

Subang Hitam : Halestorm - Bad Romance (Slowed+Reverberation)Where stories live. Discover now