Persuade

3 0 0
                                    

"Awak buat apa di sini?"

Bakul dari tangan aku dia sambut tanpa menjawab soalan aku. Aku jadi keliru dengan perlakuan dia. Kakinya menuju ke arah pintu keluar bilik itu. Cepat-cepat aku menahan lengannya. Dia berhenti lalu berpusing menghadap aku. Wajahnya langsung tidak bereaksi.

"Awak tak jawab soalan saya lagi"

"Kau siapa?"

Dia tak ingat aku? "Saya Kim Jiwon. Awak tak ingat ke?"

"Ah Kim Jiwon...", aku menunggu dia berkata lagi tapi tiada lagi perkataan keluar dari mulutnya. Dia mengangkat kening kirinya seolah-olah sedang berkata apa-lagi-yang-kau-nak-cakap. 

"awak...buat apa disini?", tanyaku lagi sekali berharap yang dia akan jawab. 

"Saja", ringkas jawapannya buatkan aku terkedu. Dia seolah-olah tidak ikhlas menjawab soalan aku. Lelaki ni memang jual mahal dan annoying.

"Awak jawab la soalan saya betul-betul", aku tak sangka perkataan itu akan keluar dari mulut aku. Mataku terbeliak, aku perasan yang raut wajahnya pun sudah berubah menjadi tegang. Dia macam nak makan aku je.

"Aku di sini sebab aku nak, jadi aku menjawab soalan kau?", balasnya dengan penuh sarkastik. Aku jadi gerun dengan reaksi yang begini. Tapi aku tanya elok-elok kan dia juga sepatutnya jawab aku elok-elok la juga. 

Terus dia keluar tinggalkan aku seorang disitu. 

"Kim Jiwon!", kedengaran Chaewon memanggil aku dari jauh hingga la ke depan pintu bilik laundry ini. Tercungap-cungap dia berlari. Entah apa la yang kejar dia sampai dia begitu. 

"kau kenapa?", tegur aku dengan nada malas. Penat dah aku melayan budak ni.

"Kau-kau tahu tak- ada... ada... Sungchan datang sini?", soalnya dengan suaranya yang masih tercungap-cungap. Badannya direhatkan di badan pintu.

Aku mengangguk terus dia datang dekat dengan aku. "macam mana kau tahu?", soalnya lagi.

"Aku baru terserempak dengan dia tadi kat sini", jawabku selamba.

"Haaa?!! seriusla?", aku mengangguk.

"Jadi dia kata apa dekat kau?

Aku mengeluh kecil. "Dia tak ingat aku pun"

Jual mahal.

Chaewon POV

Aku bukan apa la tapi sombong juga anak orang kaya ni. Bukan Jiwon. Tapi bakal husband dia. Jung Sungchan. Pertama kali aku nampak dia, aku tidak menipu la yang dia memang attractive dan sama seperti yang Jiwon describe dekat aku. Tinggi, kaki panjang, bahu lebar, mata bambi, rambutnya nampak lembut sahaja dan handsome. Beruntung juga Jiwon kalau dia dapat kahwin dengan dia. Tapi cuma satu sahaja yang kurang. Dia kurang senyum dan agak sombong. Aku memang dah biasa jumpa anak orang kaya yang sombong tapi dia paling nombor satu. Berbeda dengan Jiwon, anak orang kaya juga tapi tak sombong. Dari tadi aku pujuk Jiwon supaya bercakap dengan Sungchan tapi kau tahu la perempuan ni. Memang dari sekolah lagi, Jiwon ni agak susah nak bercakap dengan orang jadi dia gunakan aku atau Jaewon oppa la untuk berkomunikasi. Tapi kali ini aku tidak mengasihani sebab Sungchan tu bakal laki dia bukan aku.

Sepanjang berada di sini, banyak kali aku tolak Jiwon supaya dekat dengan Sungchan dan mereka berbual. Malangnya, Jiwon hanya dipalau olehnya. Hm. Memang dia tak nak la dengan Jiwon. Jiwon ni pula cepat putus asa. Cuba la dia aggresive sikit. Akhirnya melepas juga peluang dia harini.

Dari jauh lagi aku sudah nampak kelibat Jiwon dan oppa sedang duduk di bangku sana. Aku pergi mendekati mereka berdua. Dari belakang kepala Jiwon aku sudah boleh agak yang dia sedang mengadu dengan oppa. Hm. Jika tiada aku dan oppa, pada siapa la Jiwon akan mengadu. Sampai sahaja di sebelah bangku, aku mendehem. Mereka berdua memandang aku.

Option Two [ Sungchan x Liz ] OngoingWhere stories live. Discover now