BAB 2

303 58 4
                                    

Mukhris menongkat dagu di atas meja. Tangan kanan yang mengenggam pensil mencoret abstrak di atas buku notanya. Dia memandang bosan ke arah guru yang sedang mengajar di hadapan. Sejarah. Bagi dia matapelajaran itu paling membosankan dan mengantuk.

Sesekali Mukhris menguap lebar. Menahan rasa kantuknya dengan mencoret-coret sesuatu di buku notanya.

Kring!
Matanya automatik menjadi segar. Buku teks di tutup laju dan dia meregangkan otot di tubuhnya. Dia tersenyum lebar melihat pelajar-pelajar kelas sebelah berpusu-pusu keluar di jam rehat.

"Ingat, jangan lupa siapkan kerja yang saya bagi tadi..." pesan guru wanita itu sebelum keluar.

Mukhris mengusap-ngusap matanya. Mata yang terasa sayu kini melebar. Tak sabar nak ke kantin dan makan. Perut dia dah berdendang sayang.

Mukhris bersiul-siul dengan kedua tangan dimasukkan dalam poket seluar. Sesekali dia menjeling pelajar-pelajar yang lalu lalang di koridor. Dari jauh kelihatan dua pelajar lelaki sedang berdiri di tepi tangga.

"Yo!" Mukhris menyapa dua pelajar lelaki itu. Mereka bertepuk tampar seketika.

"Lama bro..." sungut Fahrin. Si lelaki berkaca mata dengan tinggi badan sama seperti Mukhris.

"Kau tahu kan cikgu Ziana tu macam mana..." ujar Mukhris sambil merangkul bahu Luqman.

Mereka bertiga menuruni tangga sambil berbual kosong. Di pertengahan tangga, mereka di tahan oleh seseorang yang memakai baju biru dan blazer. Berdiri tegap menghadap tiga remaja di depannya.

"Mukhris, Luqman dan Fahrin..." dia menyebut nama itu satu persatu. Menatap sinis pada Mukhris.

"Kau nak apa? Aku tak ada masalah dengan kau Amsyar!" Fahrin, orang pertama yang nampak tidak suka dengan Raja Amsyar yang menghalangi mereka.

Raja Amsyar ketawa kecil. "Memang aku tak ada masalah dengan korang berdua. Tapi, kalau kau dah berkawan dengan budak bermasalah ni..." jari menunding pada Mukhris yang nampak bersahaja.

"Automatik kau pun bermasalah!"

Sebaik saja Raja Amsyar habis berkata seperti itu ada hilaian tawa menyahut dari belakangnya. Siapa lagi, dua konco setia Raja Amsyar.

"Kalau aku bermasalah sekali pun, aku takkan cari masalah dengan budak bodoh macam kau ni..." sinis Mukhris dan dengan selambanya melanggar kuat bahu Raja Amsyar.

Hampir terjatuh Raja Amsyar dirempuh oleh badan tegap Mukhris. Mujur saja dia sempat berpaut pada tangga kalau tidak memang tergolek jatuh dari tangga. Luqman menoleh ke belakang dan mengacung jari tengahnya kepada Raja Amsyar.

Raja Amsyar mengetap gigi. Gagal lagi! Dia baru ingin mencuit emosi Mukhris tapi digagalkan!

Mukhris berjalan santai bersama Luqman. Lelaki itu lebih pendek dari Mukhris dan Fahrin. Hanya paras dada. Kerana itu, Mukhris suka menempel pada Luqman. Boleh jadikan tempat rehatkan lengannya.

Luqman pula tidak kisah. Memang jenis 'ikut suka kau lah'. Mukhris duduk di meja hujung dan berdekatan dengan segerombolan pelajar perempuan.

Fahrin sudah pergi ke tempat jualan membeli makanan dan minuman untuk mereka bertiga. Tengok je muka Fahrin, memang pelajar-pelajar lain akan buka jalan tanpa disuruh.

Mana tidaknya, mereka dijuluki dengan gelaran The Boys oleh pihak sekolah kerana cukup terkenal dengan kenakalannya. Apalagi Mukhris, si ketua yang sering keluar masuk bilik disiplin.

Tak lama itu, Fahrin datang membawa dulang. Mukhris dan Luqman sudah tidak sabar mahu menjamu selera. Masa rehat tinggal lagi 20 minit tapi mereka masih lagi bersantai-santai.

SEDINGIN CINTA DIA [ on - going ]Where stories live. Discover now