5 February 2008
SEORANG jejaka yang sedang menulis di papan putih itu membalikkan tubuhnya tatkala terdengar bunyi ketukkan pintu. Terlihat Seorang gadis yang baru sahaja ia lihat harini sudah tercenggat di hadapan pintu kelas. Barangkali budak baru.
Sang gadis itu mengukir senyuman kekok sebelum dia bergerak dan mengambil tempat kosong di hadapan sekali memandangkan hanya tinggal tiga tempat kosong sahaja di bahagian depan. Cepat-cepat dia mengeluarkan buku nota dan alat tulis untuk menyalin apa yang ditulis oleh pensyarahnya.
Jantung berdebar bersama tangan yang menggeletar akibat nervous. Lagi-lagi melihat wajah ketat lecturernya dan keadaan yang senyap seakan-akan tidak berpenghuni.
Sang pensyarah yang memakai baju T-shirt berlengan panjang berwarna coklat itu menoleh kearah pelajarnya sebelum matanya memandang kearah gadis tadi.
"We stop here class." Suara garau lecturer itu kedengaran memecahkan kesunyian. Ke semua pelajar di dalam kelas itu berhenti menulis dan memberikan seratus-peratus perhatian padanya.
"Girl, are you new here?" soal pensyarah tersebut dengan suara yang datar. Gadis itu hanya mengangguk saja menjawab pertanyaan yang diajukan padanya.
"Wake up and introducing yourself,"
"Hai assalamualaikum, dan selamat pagi. Nama saya Yuria Athelea binti Mohd Yazid, boleh panggil saya, Yuri. Saya 22 tahun dan tinggal di Shah Alam. Salam perkenalan dan mohon tunjuk ajar pada saya." Yuria Athelea memperkenalkan dirinya dengan penuh keyakinan di hadapan yang lain.
Pensyarah yang berwajah tanpa emosi itu mengangguk dengan badan yang bersandar dimejanya.
"Waalaikumsalam. Selamat datang ke Universiti Antarabangsa Malaysia. Salam kenal, saya Aaron Izmier bin Abdullah. Panggil saya, Sir Aaron." Pensyarah itu membalas seiring dengan memperkenalkan dirinya.
"Saya guru kelas kamu dan mereka semua adalah rakan sekelas kamu. Untuk pengetahuan awak, bahawa saya amat menekankan disiplin diri." Sir Aaron bangun dari terus bersandar di mejanya berdiri tegak dengan aura dominannya.
"Yang pertama, saya tak suka pelajar datang lambat atau masuk kelas lambat,"
"Yang kedua, saya tak suka, bila saya sedang mengajar atau bercakap, pelajar memandang kearah tempat lain, berborak, atau melakukan hal lain selain fokus pada saya," Yuria mengangguk. Baru dia faham mengapa sewaktu dia masuk tadi, tiada seorang pun yang menegur dirinya.
"Yang ketiga, saya guru, dan bukan kawan kamu. Respect saya sebagai pensyarah kamu, dan saya akan hormat kamu sebagai pelajar saya, faham?" Yuria mengangguk lagi menandakan bahawa dia benar-benar mengerti.
"Duduklah."
"Rest in five minutes." Sir Aaron melabuhkan duduknya dikerusi miliknya. Telefon bimbit ia keluarkan dan terus fokus pada telefon tanpa memperdulikan pelajar.
"Psst, Yuri!"
Yuria yang sedang menulis itu menoleh kebelakang tatkala mendengar suara gemersik halus memanggil namanya. Pusing saja, matanya disapa dengan wajah seorang gadis bertudung hitam dan berkacamata bulat.
"Aku Mia. Mia Aileen." Tangan dihulurkan ingin bersalaman. Yuria hanya menyambut huluran tersebut bersama senyuman kecil.
"Kau baru pindah sini ke?" soal Mia, ingin tahu.
"Err, ya.." sengihan kekok dipamerkan.
"Ouh, goodlucklah hadap Sir Aaron tu.." bisik Mia.
"Kenapa?" Yuria kerut dahi. Tidak mengerti.
"Sir Aaron tu, garang. Tegas. Dia tak suka dengan orang main-main dan dia tak suka bising-bising. Cuba kau tengok orang sekeliling kau.." Yuria hanya menurut saja. Mata melilar memandang sekeliling kelas itu.
"Nampak tak? Rata-rata bercakap dalam keadaan bisik. Pernah dulu Sir Aaron mengamuk sebab keadaan kelas yang memekak macam dalam hutan. Kita orang serik. Jadi aku pesan kau kena hati-hati, sir tu apa yang dia cakap, dia buat-" Mia tidak sempat menghabiskan kata-katanya apabila pintu kelas terbuka kasar dari luar.
Tiga orang jejaka melangkah masuk ke dalam kelas dengan riak tidak bersalah dan angkuh. Tanpa sedar, ada sepasang mata sedang merenung mereka tajam bagai mahu tembus.
"Kau siapa? Asal duduk tempat aku ni?" soal salah seorang jejaka daripada tiga orang tadi.
"Err, ni tempat awak ke?" soal Yuria, kekok.
"Yelah, berambus sana. Ni tempat aku." Kerusi yang di duduki oleh Yuria ditolak sedikit perlahan.
"Aaden Darren."
Aaden yang tadinya mahu meletakkan bag setelah Yuria bangun itu menoleh kearah pensyarah.
"Yes sir?"
"You're late."
From ebook - to wattpad
Revamp, new version.
YOU ARE READING
06 | She Yuria Athelea (Bakal Terbit)
Romance[Karya keenam QuenDarkness] [A Romance Story] "Aku suka kau." Tiga perkataan ringkas namun terselit maksud yang begitu mendalam. Persoalannya, sedalam manakah perasaan suka yang dilafazkan? Adakah sekadar kata atau lahir dari hati nurani? YURIA ATH...