{ Part Six }

1 1 0
                                    

Keesokan harinya, Jungwon dan Jinni datang semula ke company kerana Jinni masih lagi bershooting di situ. Setiba sahaja mereka di sana, Jungwon mula bersuara.

"Jinni yaa, oppa pergi dulu ye! Macam biasa ada apa-apa cari oppa dekat studio." Jungwon menepuk lembut puncak kepala Jinni sebelum dia bereda.

~

Jinni meneruskan langkahnya ke set. Dalam perjalanan dia ke set, mata-mata staf di situ tertupu pada dirinya. Dia mula rasa tidak senang hati.

"Diorang bukan pandang kamu, tapi diorang pandang oppa yang jalan sebelah kamu ni..."

Alangkah terkejutnya Jinni apabila mengetahui yang Sunghoon berjalan bersebelahan dengannya. Hampir tersanduk Jinni dibuatnya.

"Ak-kamjagiyaa... Haishhh oppa ni! Terkejut Jinni! Ingatkan kenapalah diorang pandang pelik tadi."

Hampir sahaja Jinni ingin mencarut tetapi tidak kesampaian. Sunghoon hanya tertawa kecil melihat terlatah Jinni.

"Maaflah Jinni... Oh yaa, Jinni nak pergi set ke?" Jinni menganggukkan kepalanya tanda iya.

"Haa baguslah macam tu sebab oppa pun nak pergi sana juga. Hari ni kan couple shoot."

Jinni hampir terlupa tentang photoshoot hari ni. Mahu sahaja dia berlari pergi sejauh yang boleh, jauh daripada Park Sunghoon tetapi apakah daya tubuh kecil Jinni tidak mampu berlari selaju itu.

~

Setibanya mereka di set, semua staf saling berpandangan antara satu sama lain, melihat mereka menuju ke set bersama-sama terutama sekali Director Lee.

"Wow, look what we have here! Our couples are coming." heboh Director Lee serta-merta staf yang lain bersorak menerima kedatangan mereka dengan lapang dada.

"Go and get ready for our photoshoot." Dengar sahaja arahan director, langsung Jinni dan Sunghoon pergi tukar pakaian mereka kepada pakaian yang telah disediakan.

~

Semasa shooting dijalankan, banyak gaya yang disuruh oleh director untuk Jinni dan Sunghoon. Ialahkan dah namapun couple photoshoot, kenalah nampakkan yang diorang tu couple betul even bukan sekalipun.

Bila director suruh Sunghoon peluk pinggang Jinni, langsung sahaja Sunghoon buat tanpa memikirkan apa-apa hal yang pelik atau remeh.

Director minta mereka berdua saling berpandang, tetapi hanya Sunghoon sahaja yang pandang Jinni. Eh Jinni? Jinni tidak memandang Sunghoon langsung. Kenapa dengan Jinni? Sah-sah lah Jinni jadi kekok dengan keadaan yang sangat awkward itu.

~

Hampir setengah jam mereka hanya berhenti di tengah shooting. Keras kepala juga si Jinni ni. Sudah banyak cara director minta Jinni pandang Sunghoon tetapi semua tidak boleh dipakai.

Akhirnya, director mengalah dan menyuruh cameraman tangkap sahaja gambar mereka.

Sunghoon tidak mahu mengalah. Jadi, dia berpura-pura ingin bercakap dengan Jinni.

"Jinni yaa..." Jinni mula menoleh ke arah Sunghoon. "Ya oppa, kenapa?" Sunghoon hanya memberikan senyuman manisnya yang membuatkan Jinni tersenyum juga.

Director tersenyum juga melihat mereka akhirnya saling berpandangan. Cameraman tangkap gambar yang sebanyak mungkin untuk dijadikan hasil photoshoot.

~

Selepas 2 jam, selesai sudah photoshoot untuk hari ini. Director dan staf bertepuk tangan untuk hasil gambar yang dikeluarkan.

Sunghoon dan Jinni memang serasi untuk dinobatkan sebagai 'The Couple of The Year'. Hasil gambar yang sangat memuaskan dan cantik.

Gambar mereka berdua sedang bergelak tawa, senyum sesama sendiri... nampak seperti pasangan bercinta yang bahagia.

"Well, that's all from today. I hope you guys have some time to rest, and i have good news." Semua mata tertupu pada tuan director yang ingin memberitahu berita gembiranya, especially Sunghoon and Jinni.

"Since today, all of you work very hard, i would like to announce that i will give a week off. See you guys next week."

Mereka semua bertepuk tangan tanda kegembiraan. Akhirnya, mereka dapat berehat selama seminggu.

Jinni tidak sabar untuk berehat di dalam biliknya. Dia sudah berangan untuk menghabiskan masanya di atas katil empuknya itu.

~

Semua staf mengemas barang-barang shooting dan bersiap sedia untuk pulang ke rumah masing-masing.

Jinni ingin pergi ke studio Jungwon, maka dia mulakan langkahnya ke Sunghoon.

"Oppa, teman Jinni pergi studio boleh? Jinni nak jumpa Jungwon oppa." dibalas dengan anggukan daripada Sunghoon lalu mereka menaiki lift yang disediakan untuk ke tingkat atas.

Dalam lift tersebut, suasana berubah menjadi awkward. Sunghoon mula bercakap untuk melenyapkan suasana itu.

"Err Jinni... Oppa nak tanya sikit boleh?" Jinni anggukkan sahaja.

"Jinni ada suka siapa-siapa tak?"

Hampir tersendak dibuatnya. Sunghoon melontarkan soalan random kepada Jinni membuatkan Jinni hampir lupa dia di mana sekarang ini.

"Ada tapi kenapa oppa tanya?" terus hilang senyuman manis si Sunghoon itu.

"Oh, siapa? Beruntung lelaki tu, dapat Jinni." Sunghoon melontarkan senyuman yang hanya dia sahaja tahu pahitnya.

Jinni pun senyum juga. "Haah, beruntung sangat lelaki tu, dan lelaki tu ada dengan Jinni sekarang."

Sunghoon yang dari tadi diam membisu, sekarang senyum lebar sehingga ke telinga.

"Lelaki tu oppa ke? Jinni betul ke?" Jinni senyum lalu menganggukkan kepalanya.

~

Setibanya mereka di studio, Jungwon mula sahaja membuka pintu. Jungwon bercekak pinggang sambil melihat ke arah adik perempuannya bersama Sunghoon.

"Amboi, dua ekor burung ni! Dah macam tak ada hari esok." Jinni datang merapatkan dirinya dengan abangnya yang seorang ini.

"Alaaa, oppa ni! Biasalah orang tengah mabuk cinta. Kan, Sunghoon oppa?" Sunghoon hanya menganggukkan kepalanya dan tersenyum melihat Jinni dan Jungwon.

"Wonie, hyung dah confess dekat Jinni." Mata Jungwon membulat mendengar pernyataan yang dikeluarkan oleh Sunghoon.

"What?! Bila? Apa jawapan Jinni? Apa kamu jawab, Jinni?" Jungwon mengoncangkan tubuh kecil Jinni. Hampir pening kepala Jinni dibuatnya.

"Jungwon aaa, janganlah goncang adik kamu macam tu. Peninglah dia nanti." ketawa Sunghoon membuatkan Jungwon berhenti.

"Hihi... Mianhae. Haa, Jinni. Apa kamu jawab dengan confessions Sunghoon hyung?" Jungwon melihat adiknya dengan penuh keterujaan dan kesabaran.

Jinni senyum lalu menjawab, "Jinni jawab ya... Itu yang oppa nak dengarkan? Jinni terima Sunghoon oppa."

Alangkah bahagianya Jungwon bila mendengar jawapan adiknya. Sunghoon juga turut gembira mendengar semula jawapan Jinni.

"Happynya oppa dengar Jinni terima Sunghoon hyung. Hyung dah lama minat Jinni tapi dia takut nak meluah sebab apa yang dah jadi kat Jinni sebelum ni." Jinni hanya memberikan senyuman buat abangnya.

Let Me Love You || Park SunghoonWhere stories live. Discover now