★13★

493 53 0
                                    

Setelah majlis selesai para tetamu sudah pulang kerumah dan kedua dua Ibu Bapa pengantin masih enak berbual. Disebalik suasana tenang yang disangka itu, Taehyung telah menunggu Baekhyun di hadapan bilik di hotel, apabila melihat Baekhyun dia terus menarik tangan Baekhyun masuk ke dalam bilik. Akhirnya pergaduhan telah berlaku antara adik beradik kembar oleh kerana seorang perempuan.

"aku tak sangka kau sanggup kahwin dengan perempuan yang adik kau suka, kau memang dah tahu kan? sebab tu kau saja buat macam tu? Kau cakap dekat aku sekarang, kau memang saja kan?" marah Taehyung.

"Tae, aku betul tak tahu, serius tak tahu. kau yang kata aku kena kahwin dengan sepupu Hyura, kalau aku tahu tu Hyura, mesti aku akan suruh Papa kahwinkan dia dengan kau" Baekhyun meraup mukanya, dia dah dapat agak pekara nie akan berlaku.

Hampir saja penumbuk Taehyung nak melayang ke muka Baekhyun, tetapi Baekhyun lebih pantas mengelak dan menyebabkan Taehyung terjatuh. Taehyung yang rasanya dirinya yang tidak dapat mengawal api kemarahan, telah pergi meninggalkan bilik hotel yang menjadi kediaman sementara untuk Baekhyun dan Hyura sebelum kembali kerumah keluarga Byun.

Di sisi lain Hyura pula pergi berjumpa dengan Abangnya, apabila melihat Abangnya mendekati, air mata Hyura jatuh menyebabkan Chanyeol melajukan pergerakkanya ke arah Hyura.

"Adik, kenapa menangis nie?"

" Abang, adi..k terkejut macam mana Taehyung..ada.."

"okey Abang faham, tak payah cakap apa2, cuma Adik kena tahu, yang Taehyung tu, Adik kepada suami Adik Baekhyun".

"Adik?" Tanya Hyura yang masih terkejut.

"Betul Adik, dan Abang mintak maaf, Abang betul2 tak tahu Baekhyun tu Abang Taehyung, sampai lah hari perkahwinan hari ini, baru Abang dapat tahu, tapi kenapa Adik terkejut tengok Baekhyun?"

"Adik terkejut, sebab Adik tak sangka tu Baekhyun, satu kelas dengan Adik".

"Bukan ke Adik dah jumpa dengan dia hari tu? Adik siap cakap depan kami yang budak tu baik lah? Adik sendiri yang puji macam2? Adik berbohong ehh? "

"Ya, Adik bohong, Adik tak jumpa pun dia, yang Adik jumpa Taehyung, tapi dia kata dia tolong Jin nak ambil sut untuk jadi pengapit untuk satu majlis kahwin, lagipun Adik tak ngaku yang Adik nak kahwin, Adik tak nak Ayah tetiba sakit kalau tahu Adik try tak nak kahwin lagi".

"jadi macam mana sekarang nak Abang kasi tahu dekat Ayah"

"jangan Abang, Adik tak nak Ayah sakit lagi benda nie kita diamkan sahaja. Lagi pun benda dah jadi, Adik pun dah sah jadi kakak ipar dia kan?".

"Serius Adik okey?"

"Okey Abang, lagipun Adik memang tak ada apa2 hubungan dengan Taehyung, jadi Adik harap dia akan terima" kata Hyura tapi hati amat sakit apabila terpaksa berpura pura kuat, walaupun depan Abangnya sendiri.

"Macam tu lah Adik Abang, mungkin jodoh Adik memang bukan untuk dia" hanya kata2 dorongan yang hanya mampu Chanyeol berikan, dia tahu hati adiknya terluka. Air mata yang masih mengalir di mata Hyura di kesat lembut. "Abang tahu Adik kuat, Adik mesti dapat harungi semua nie, sebab Adik? Adik Abang yang paling Abang sayang, tahu?"

"Ye Abang, Adik tahu" lalu kedua tangan memeluk erat badan Abangnya. "Abang pun, Abang kesayangan Adik selamanya" kemudian babak air mata terhenti dan mereka bersama pergi ke tempat Ibu Bapa mereka berada.

{Mamat Nerd Tu Suami Aku}Where stories live. Discover now