Chapter 21

7K 246 13
                                    

"Eh sinilah! Yang kau duduk situ asal?!" Marah Rayyan, tiba-tiba sahaja si Ayden ini mengajaknya keluar malam-malam buta.

"Hikss... dia marah aku, Rayyan... dia suruh aku tidur luar...hikss... dia benci aku..." Rintih si Ayden pula.

  Ting!

  Satu pesanan mesej masuk ke telefon Rayyan, "Woi! Vea marah ni! Dia nak gambar kita selfie! Sebelum aku kena cincang dengan dia baik kau datang sini!" Marah Rayyan lagi.

  "Tak nak! Aku nak merajuk dengan dia!"

"Nak merajuk, merajuk dengan dia seorang ajelah, babi! Dengan aku tak payah!"

"Tak nak! Werkk!" Ayden merjelirkan lidahnya disebalik helmet yang dipakai.

  Rayyan mengeluarkan sebilah pisau yang selalu digunanya semasa berlawan dengan musuh mereka. "Ra...Rayyan... sabar... letak pisau tu... istighfar..."

  "Banyaklah kau punya istighfar! Sini kau!"

  Laju Ayden berlari ke arah Rayyan yang berada di atas motobike miliknya.

  "Buat love aku nak hantar dekat bini kau ni." Rayyan mengambil gambar selfie mereka lalu cepat dia menghantar kepada Vea.

   "Tiada rasa seindah kasihmu." Suara merdu Amilya menarik perhatian Fayyadh di ruang tamu, laju jejaka itu berjalan ke arah bilik musik rumah mereka.

   "Tiada yang mampu temani diriku..."

  Si suami hanya bersandar pada pintu mendengarkan nyanyian merdu isterinya sambil memainkan piano. Tiba-tiba dia memikirkan sesuatu lalu berjalan mendekati Amilya.

  "Ho-oh..."

  "Kaulah seluruh cinta bagiku, yang selalu menentramkan perasaanku." Sebelum dia menyambung lirik itu, ada satu suara yang telah menyambung lagu tersebut membuatkan bahunya tersentak.

  "Dirimukan selalu ada, di sisiku selamanya..." Fayyadh turut menyanyi bersamanya, Amilya hanya memberi senyuman lembut sebelum menyambung bermain pianonya itu.

  "Kau bagaikan nafas di tubuhku... Yang sanggup menghidupkan segala gerakku." Sambungnya pula.

  "Ku' kan selalu memujamu. Hingga nanti kitakan."

  "Bersama..." serentak mereka menyanyikan kata terakhir itu.

"Abang ni... tak pernah tak manis kan?" Akhirnya wanita itu bersuara. Belakangan ini memang selalu Fayyadh berkepit dengannya sampai ke markas pun dibawa. Nak bertanding dengan yang lainlah tu.

"Suami sayangkan? Of course abang kena manis!" Fayyadh melepaskan tawa lembut pada isterinya.

  "Hisy! Lia lagi manis!"

  "Let me taste it then."

  Tergamam Amilya.

  "Hah? Taste what...?"

  "Wifey, cakap wifey maniskan? Let me taste it then." Sekali lagi Fayyadh mengulang dengan senyum nakalnya.

  "Abang ni! Gatal!" Amilya menghempuk kasar lengan suaminya.

  "Aduh! Wifey! Sakitlah!" Fayyadh tercebik.

  "Eleh! Kena tikam dengan musuh tak sakit? Kena pukul dengan Lia ni tercebik-cebik pula?!" Marah Amilya pada suaminya yang manja ini.

  "Iyalah! Kalau sayang marah seram! Kalau musuh abang yang marah tak seram!"

  "Banyaklah kau punya seram!" Amilya mencubit peha suaminya pula. Fayyadh hanya melepaskan tawa dengan perangai isterinya yang seorang ini.

Fayyadh Al-Hakim: Treat With Love [COMPLETE]Where stories live. Discover now