"Assalamualaikum," terkedu Zariel, Shazrain dan Shahrail melihat Dyraa dan Darriel bernyanyi di pagi hari.
"Daddy jangan terkejut ye. Dia orang memang macam ini," Darrean menenangkan Zariel. Mereka ke meja makan untuk bersarapan. Daazriel dan Arina sudah ada di meja. Dyliaa mungkin masih di bilik.
"Maaf la. Anak aku memang macam itu," Malu betul dapat anak gitu. Dyren menutup television. Darriel diam.
"Jemput makan ye," Mawar menyedok nasi ke pinggan bagi memudahkan kerja.
__________________________
"Daddy, jangan lupa Aisy," Inilah yang akan berlaku jika Zariel hendak berjauhan dengan anaknya.
"ye, Aisy jaga Rean elok elok. " Daisy menyalami tangan Zariel dan abang abangnya.
Kereta Zariel sudah hilang dari perkarangan rumah. Nampaknya harini Darrean tidak akan ada dengan nya kerana Darrean pergi berkerja.
"Daisy tinggal rumah mama ke?"
"Daisy balik rumah. Ingat nak masak lunch untuk Darrean," Rajin sungguh si Daisy.
"Iye lah, kalau nak datang bagi tahu mama ye," Daisy dan Darrean masuk ke dalam perut kereta. Kereta mereka keluar dari perkarangan rumah Dato Dyren.
“Abang ada meeting ke harini?” Daisy bertanya. Jarang Darrean masuk office. Darrean menggeleng.
"Saya ada hal nak kena buat Aisy. Saya kena masuk office." Daisy ralit menilik muka suaminya. Harap tiada orang terjatuh hati dengan suaminya.
"Aisy, saya tahu saya ni hensem jangan pandang lama sangat," peha Daisy di cuit. Mengekek mereka tergelak. Nasib kereta tak terbabas.
"Abang ni. Malu la Aisy," Memang habit Daisy kalau dia blushing, dia akan menutup muka.
"Aisy, tak yah la tutup muka yang cantik tu." Darrean saja mahu melihat muka isterinya seperti tomato.
Aisy menepuk kuat lengan Darrean. Darrean membuat muka merajuk."Abang ni. Aisy tak nak buat lunch untuk abang," Dua dua merajuk.
" Aisy jangan la macam ni. Abang tak nak baby ikut perangai macam ni," dahi Daisy berkerut. Amboi, suka kena kan orang!
__________________________
Tok!
Tok!
Tok!"Come in," Daun pintu dibuka oleh perkerja. Darrean melihat lelaki itu. Mamat ni tak gosok baju ke?
"Kau pahal pakai baju tak bergosok?"
"Tuan boleh la, ada bini. Saya ni single." Hairi tersengih melihat reaksi bosnya. Bosnya sudah jarang datang ke office.
"Si Timah tu kan ada," Saja Darrean menyakat si Hairi. Hairi terus keluar dari biliknya. Darrean memandang pelik.
Darrean memusing-musingkan pen menggunakan jari. Melihat laptop pun rasa serabut. Darrean mengambil botol air untuk di minum. Penutup botol di pulas. Darrean minum air dengan perlahan. Perutnya seperti mahu meletup.
Darrean dengan laju pergi ke tandas. Di singki, Darrean keluarkan isi perutnya. Darrea termuntah-muntah.
________________________
"Boleh saya jumpa Darrean?" Tanya Daisy. Bekal di tangan di gengam erat. Perasaan yang tak boleh di ungkapkan. Gembira sangat!
"Boleh. Nanti puan masuk bilik yang ada nama Tuan," Daisy mengangguk. Daun pintu dibuka. Terkejut Daisy melihat suaminya sudah terbaring dilantai.
YOU ARE READING
His Daisy | On Going
Romance"Takdir yang berlaku antara kita." Jika diberi pilihan untuk berkahwin, mesti kita mencari jodoh yang sesuai. Tapi apa pula rasa apabila jodoh itu bukan dicari tapi diberi? Start:17 July 2024 End:? Dilarang sekeras-kerasnya menciplak karya ini.