11

1.2K 53 3
                                    

Aulia menekan sedikit perutnya. Masa macam ni juga kau nak bunyi. Tolonglah bagi kerjasama dengan aku sekali ni aje. Aku tahu kau tengah lapar. Nanti sampai rumah aku isi kau dengan makanan ya. But not now. Dapat mi goreng sedap juga ni.

"Lapar?" tanya Nadiem

Laju kepala Aulia menoleh ke sebelah. Dia dengar? Kuat sangat ke perut aku berbunyi?

"Tak"

"Burger?"

"Burger oblong spesial dekat simpang kedai rumah saya" laju mulut memberi menu kegemarannya. 

Pecah tawa Nadiem. Dahi dijatuhkan ke atas stereng kereta kemudian kepala dipusing manghadap Aulia. Nampak sangat tengah lapar.

"Jadi betullah kau tengah lapar?"

"Diamlah!" Aulia menjeling.

"Baiklah tuan puteri. Akan ku tunaikan permintaan mu. Kita makan dalam kereta aje ya? Aku tak nak orang tengok kau pakai baju tidur tu lagi. Jenuh aku nk bergaduh dengan semua orang" katanya.

Aulia menjulingkan mata ke atas. Siapa yang suruh kau bergaduh dengan semua orang? Aulia hanya mengangkat ibu jarinya tanda setuju.

Nadiem tergelak. Comel jugak kau ni Aulia. Puji Nadiem dalam hati.

Aulia ingatkan makan dalam kereta di sekitar kawasan rumahnya, tetapi tekaannya meleset. Entah di mana Nadiem berhentikan keretanya. Keadaan sekeliling sunyi dan hanya ada beberapa lampu saja dikawasan itu.

"Kita dekat mana ni?" tanya Aulia. Mata masih memandang sekitar kawasan. Ada juga beberapa kereta dan motor di situ tetapi masih sunyi.

"Tepi tasik"

"Mana tasik?"

"Tu depan tu. Pegi lah suluh" Nadiem memuncungkan mulut kearah depan kereta.

"Tak nak lah saya. Nanti tersuluh benda lain mahu demam seminggu saya nanti" Aulia menggeleng-geleng kepalanya.

"Dah tu, duduk diam-diam dekat dalam kereta ni. Aku nak burger aku"

Nadiem menghulurkan tangannya. Bag bungkusan mcd berada di tangan Aulia.

"Tapi tempat ni gelap. Nanti apa-apa jadi, kita jugak yang susah"

Aulia masih tidah menghulurkan makanan itu.

"Maksud kau tangkap basah? Apa susah, kahwin jelah" Nadiem mengangkat bahunya. Tangan masih dihulur. "Nak burger aku"

Tsk! Muka nampak macam pandai rupanya kurang celik akal fikiran. Dia ingat kahwin ni macam main masak-masak agaknya.

"Saya ingat awak belajar tinggi-tinggi otak awak dah cerdik rupanya masih bebal. Awak kena sambung belajar lagi ni, lagi tinggi dari PhD. Gila ke apa nak kahwin sebab tangkap basah. Dengan awak pulak tu. Mahu abah saya rebus saya hidup-hidup"

Terukir kerutan di dahi Nadiem. "Apa yang lagi tinggi dari PhD?"

"Ayah pin"

"Kau pun sama bebal. Aku nak burger aku"

Aulia mengangkat matanya ke atas. Nadiem mengeluh panjang. Dia merapatkan mukanya ke muka Aulia. Secara automatik Aulia ke belakangkan badannya. Nak mengelak punya pasal sampai terhantuk kepala di cermin kereta.

"A-awak buat apa ni?" Aulia menyilangkan tangannya menutupi badannya. "Awak jangan macam-macam, saya ada taekwando tau. Berterabur gigi awak tu nanti"

Nadiem tayang senyum nakal. Kening diangkat berkali-kali. Sengaja mengusik.

"Bising sangat mulut kau ni. Kalau aku cium apa jadi ya?"

Rare Husband (new version)Where stories live. Discover now