BAB 1

26 6 0
                                    

DELISYA menghempas kasar punggung ke atas sofa empuk baldu selepas melempar beg tangannya atas meja. Dadanya turun naik menahan seribu emosi di dada.

Kotak fikirannya terimbas kembali pada perbualannya dengan rakannya, Anis petang tadi di kafe.

"Tapi, bagi akulah kan. Aku akan terima kahwin dengan jantan tu semula." Kata Anis tiba-tiba.

Delisya berkerut. Bengang wajahnya.

"Asal pula?" Tanyanya tak puas hati.

"Well, this is the right time for you seeking the revenge. Inilah masa yang paaaling sesuai untuk kau balas balik apa yang diaorang dah buat dekat kau selama ni. Kau terima jelah saham syarikat tu. Lagi pun itu memang hak keluarga kau yang sepatutnya. Macam kau cakap sebelum ni, syarikat tu sepatutnya jatuh dekat tangan arwah atuk kau. Tapi, perempuan tua tu yang tamak, kan? So, kiranya baguslah kalau dia nak bagi." Ujar Anis.

Delisya terdiam sambil otaknya berfikir ligat. Ada benar juga.

Tapi, 20 peratus tu pun tak cukup balas balik  dengan apa yang dia dah buat dekat aku, getus hati kecilnya.

"So, macam mana?" Tanya Anis lagi.

Delisya menarik nafas panjang sebelum dihembus kasar. Badan bersandar pada belakang sofa dengan mata terpejam.

Tenang kan diri.

"Alahhh kau ni! Kalau tak nak kahwin sangat pun dengan dia, kau gunalah senjata yang kau bela selama ni. Apa masalah?"

Terus tercelik luas mata Delisya. Tajam dia merenung wajah kawannya itu.

Amaran.

Anis mengeluh kecil.

"Pilihan ada di tangan kau. Aku sokong yang mana kau rasa terbaik buat kau. Kau yang akan merasa setahun hidup dengan jantan tu semula." Nasihat Anis penuh hemah. Dia tak mahu lagi kawannya ini terjerat dalam keluarga itu lagi.

Cukup sekali.

Cukup untuk sekali.

"Arrrghhh!!!" Delisya menjerit geram. Badan direbah atas sofa empuk dengan kasar.

Berharap agar segala di dadanya dapat dilepaskan. Tapi, masih sama rasanya. Sesak sekali.

"Ini perempuan tua tu punya pasallah! Asal kau tak mampus je, hah?!"

Benci.

Marah.

Meluap-meluap di dada.

Dan segala perasaan itu berpunca dari keturunan Puan Bahirah Abdul Mokhtar!

Tak akan sesekali lagi dia, Efrina Delisya jatuh dalam jerat sangkar itu lagi!




"MUHAMMAD Asytar Ezhar Bin Dato' Ezman, aku nikahkan kau dengan Nur Efrina Delisya Binti Mohd Bakhtiar dengan mas kahwin RM 1 500 tunai!"

"Aku terima nikahnya Nur Efrina Delisya Binti Mohd Bakhtiar dengan mas kahwin RM 1 500 tunai."

"Sah?" Sah.

"Sah?" Sah.

"Alhamdullillah." Serentak itu, tangan naik menadah doa mendoakan mempelai yang baru saja diijab kabulkan.

Buat kali kedua.



DELISYA mencuci tangan di bawah air yang mengalir di singki bilik mandi. Sudah berjam-jam dia di bilik mandi itu. Sengaja untuk mengasingkan diri daripada tetamu yang hadir pada malam itu.

SAKIT YANG TERBALAS Where stories live. Discover now