Kepala Zombi pecah dan segala isi-isi bersepai di serata tempat. Kakinya hilang keseimbangan lalu tersebam mencium lantai. Darah kehitaman zombi menyembur membasahi lantai dan dinding.
Bau hanyir darah menjolok anak tekak mereka berdua, isi perut mahu terburai di situ juga tetapi mereka harus menahan diri.
Anak tangga di turun dengan selaju mungkin, telinga mereka menangkap bunyi dengusan kasar. Dengusan itu seperti binatang buas kelaparan yang mencari mangsa untuk dijadikan santapan!
Alyssa berhenti. Kawasan sekeliling dipandang sejenak, badan mayat hidup tanpa jiwa datang mengerumuni dari luar diiringi bunyi letupan tulang-temulang zombi yang patah.
"Macam mana ni? semakin banyak weh!" kata Winter sambil menghayun batang penyapu ke arah zombi secara membabi buta. Mana tidak? Ia datang dari pelbagai sudut seperti tingkap dan pintu.
Batang penyapu di rodok ke dalam mulut zombi. Dengan berani Alyssa menekan dengan sekuat hati sehingga menembusi tengkuk. Kemudian, dada zombi diterajang hingga tubuhnya jatuh ke belakang lalu menghempap zombi lain yang sedang mendaki anak tangga.
"Mana pintu stor bawah tanah tu?" laju dia menarik tangan Winter supaya merapati.
Tubuh badan zombi dipijak selamba tanpa sikit pun mereka rasa takut. Zombi yang datang semakin menjadi agresif masuk dari tingkap. Apabila terpandangkan dua manusia normal depan mata, mereka bertindak balas dengan laju. Seolah-olah manusia ini adalah makanan lazat yang tidak boleh dilepaskan!
Ruang itu hanya bergema dengan pergerakan tulang temulang zombi, semakin lama membuatkan Alyssa dan Winter menjadi ngilu!
"Ba ... bawah tangga!" balasnya gagap apabila batang kayunya memukul kaki zombi yang rapuh seperti biskut. Sekejap sahaja banyak zombi jatuh menyembah lantai.
Manakala Alyssa berada di depan hanya memukul kepala zombi berkali-kali sampai hancur bagi membuka jalan untuk mereka. Sedar tidak sedar mereka sudah berada dekat dengan pintu stor bawah tanah.
"Kau tolong lindungi aku. Aku cuba buka sebab pintu ni." arahnya sempat melibas kepala zombi di hadapannya.
Tidak sempat Winter nak membalas, terpelanting kepala zombi betul-betul tepat terkena kaki. Luruh sesaat jantung dibuatnya. Cepat-cepat dia sepak ke tepi.
Sepantas kilat Alyssa menendang ke tepi. "Maaf."ucap Alyssa tersengih sumbing.
Winter menghela nafas pendek. Dia menahan sabar sambil melihat gadis itu duduk mencakung di atas besi hitam segi empat tepat. Pemegang pintu ditarik sekut hati. Ini cubaan kali kedua, dan dia harap sisa-sisa tenaganya ini dapat bantu membuka pintu itu.
Clak!
Pintu dibuka ke atas. "Kau masuk dulu." tangan Winter ditarik dan mereka turun ke bawah bersama-sama.
Pintu ditutup rapat dengan ketat lalu dia kunci. Terbaring dia sekejap keletihan di atas tangga. Dadanya berombak laju melepaskan lelah. Ruang bawah tanah tersebut telah terang benderang disinari cahaya lilin.
"Kau lapar ke Alyssa?" soal Winter sambil memegang lilin.
Gemaan perut Alyssa menbuatkan dia tergelak kecil. Sudah lah penat. Boleh pula perut Alyssa ini buat lawak.
"Dari semalam aku tak makan. Banyak minum air je." Keluh Alyssa.
Dia bangun dari pembaringan. Dengan langkah yang longlai, dia memegang perut menahan pedih. Letih sangat kerana banyak tenaga dia sudah habis guna untuk lawan zombi tadi.
"Dekat sini ada sikit makanan. Aku makan pun berjimat."
Winter mula menyelongkar laci meja yang ada dekat situ. Dia mengeluarkan jagung dalam tin dan sebotol air besar dibawa ke Alyssa.
YOU ARE READING
DESTINASI
AdventureTamat? Benarkah semuanya sudah tamat? Belum! Selagi nyawa masih dikandung badan. Selagi wujud secebis harapan untuk hidup. Mereka akan terus hidup walaupun dunia di ambang kehancuran! Setiap langkah yang diambil oleh mereka penuh dengan risiko yan...