Bab 10

6.4K 213 2
                                    

"Aizat, mana Abah?"
"Abah sibuk Ibu. Dia pergi macam-macam negara."
"Ibu nak jumpa dia. Banyak benda Ibu nak bagitahu dia."
"Tak apa Ibu. Nanti Aizat pergi jumpa Abah lagi."
"Bila Ibu boleh keluar hospital?"
"Hari ni doktor tu cakap."

Puan Farida dibawa pulang ke rumahnya. Aizat mengangkat Ibunya duduk di atas sofa.
"Aizat. Ambilkan telefon Ibu."
"Nah."
Puan Farida mendail nombor suaminya.
"Ibu call siapa?"
"Helo. Assalamualaikum. Kenapa tak datang melawat?"
Puan Farida terus menutup telefonnya dan menangis.
"Kenapa Ibu? Ibu call Abah ker?"
"Aizat. Kenapa kamu pergi jumpa Abah? Ibu dah pesan biar Ibu sahaja yang pergi."
"Ibu, Aizat pergi sebab Aizat sayang dekat Ibu. Ibu tahu tak Abah dah tak mengaku Aizat dengan adik-adik semua sebagai anak Abah. Suami apa macam tu?"
"Ibu kecewa dengan semua. Pergilah. Biar Ibu duduk seorang diri dalam rumah ni."
"Ibu. Sekarang Ibu nak buang kami pula?"
"Bukan Aizat. Biarlah. Lupakan. Ibu penat."

Aizat menghantar Aizul dan Aimie ke asrama mereka.
"Adik, Bangjat nak Adik belajar elok-elok. Fikir Ibu dekat rumah. Okey? Jaga Kak Mie. Mie, jangan menangislah. Benda dah nak jadi. Korang jangan lupa solat. Nanti Bangjat datang melawat."
"Bawa Abah."
"InsyaAllah."

Aizat buntu memikirkan cara untuk membawa Datuk Azlan berjumpa dengan mereka. Aizat terus memecut laju ke pejabat Abahnya. Aizat sampai dan terus meluru masuk ke bilik yang pernah dijejakinya dulu.
"Abah!"
"Sorry. I'll talk to you later. Apa?"
"Stop being selfish! Come back home and see us!"
"I just can't. Don't you understand my words? I've told you that you cannot come to this office anymore!"
"Abah. Aizat datang sini sebab Aizat nak tuntut hak!"
Tiba-tiba seorang perempuan yang umurnya lebih muda daripada Puan Farida meluru masuk.
"Sayang are you okay? Who is this? Oh my god! Your son? Am I right?"
"Go back Aizat. Abah tak akan balik tengok Ibu atau Aimie atau Aizul sekali pun!"

RinduWhere stories live. Discover now