Sebaik sahaja aku membuka mata, lautan yang membiru dan ombak yang bergelora adalah perkara pertama yang aku nampak. Sungguh cantik ciptaan tuhan. Aku tersenyum melihat sekelompok ikan sedang berenang di samping kapal layar itu. Apabila aku mendongak, aku dapat melihat matahari hampir terbenam dan burung-burung gagak sedang terbang bebas di langit. Bukankah bahagia itu? Aku harap aku burung itu.
"Jauh termenung, tuan puteri memikirkan apa?" Soal Enzio sambil mendekati aku. Rambutnya agak tidak terurus kerana angin yang kuat. Tetapi masih segak kelihatannya. Aku sekadar menggeleng kepala tanda tiada apa. "Janganlah adinda risau, sebaik sahaja selesai urusan kanda akan menghantra adinda pulang ke sisi ayahanda dan bonda" Janji Enzio sambil memandang ke arah matahari terbenam. "Mengapa perlu peperangan jika boleh berbincang? Tidak bolehkah kita berunding dan berdamai? Dengan cara itu, tiada nyawa yang teragut. Tidakkah begitu, Tuanku?"
"Tidak usah adinda memanggilku tuanku... Panggil kekanda sahaja pun boleh" Katanya sambil meraup rambutnya kebelakang dan mengalihkan pandangannya kearahku dengan senyuman senget tidak dilupakan. Aku terdiam dan terkesima melihat senyuman dan cara pandangan itu. Dengan cepat aku menyedarkan diri aku dari buaian khayalan dan berdiri teguh di dunia nyata. Aku cepat-cepat mengundur diri. "Sudahlah, adinda mahu beristirehat di dek bawah. Izinkan adinda" Kata aku dan berjalan dengan laju. Enzio tidak melepaskan peluang untuk menyakat aku. Dia mengikuti langkah aku dan berlari laju ke arah pintu kayu. Dia membuka pintu dan menunjuk masuk dengan senyuman nakal. Aku menjeling dan jalan tetapi lebih kepada menghentak kaki.
"Er, tuan puteri Dzulaikha?" aku masih sambung membelek buku yang ada di atas rak itu. "Puteri Dzulaikha?" Namaku diseru lagi. Aku berpusing ke belakang dan melihat seorang gadis kecil dan di dalam tangannya ada selimut. "Putera Enzio suruh saya memberi selimut ini kepada Puteri Dzulaikha" Dia menghulur selimut itu kepada aku. Aku menyambutnya dengan senyuman manis dan dia kelihatan gembira dengan senyuman itu.
"Mengapa kamu melihat patik begitu?" Ujarku sambil mengambil selangkah kehadapan. "Tiada apa-apa. Ampunkan hamba, puteri" Aku terkesima. Aku tidak biasa dengan panggilan ini. Tidak pernah aku dipanggil seperti ini dan dihormat seperti ini. Aku terbayang kalau mereka tahu identiti aku yang sebenarnya. Apa mereka akan menghukum dan membenci aku? Adakah Putera Enzio akan membenci aku? Eh, apa yang aku fikirkan ini. Sedarlah, Dzulaikha. Kau itu cuma hamba yang hina.
"Tidak mengapa. Dimana bilik beta?" ujarku sambil berjalan meninggali dia. Dia jalan dibelakangku dan tangannya menggenggam apron dibajunya dan menunduk. "Beta sedang bercakap dengan kamu" kata aku lagi dan dia berkata, "Baiklah, tuan puteri. Saya akan tunjuk bilik"
"Mengapa kamu tidak berjalan di samping atau betul-betul di belakang beta?" Soal ku dengan kecurigaan tinggi. "Peraturan. Hamba yang kotor seperti hamba tidak boleh berjalan dengan tuanku yang suci dan mulia. Hamba perlulah 3 langkah belakang tuan puteri" Jelasnya sambil menunduk. "Oh..." Aku terpaku. Peraturan jenis apa ini? Mereka tidak patut berbuat begini. Hina... Sangatkah menjadi dayang?
"Silakan" dia menunduk lagi. Aku akur dan berjalan. Tak, ini tidak berasa benar. Aku berpusing dan menggenggam pergelangan tangannya dan tarik untuk berjalan di samping aku. "Tuan puteri... Ini" Aku berhenti dan melihat dia sedang ketakutan. Mungkin takut dihukum. "Dayang tidaklah hina dan kotor. Puteri pula tidaklah sesuci dan semulia yang kamu fikirkan. Kami manusia biasa juga. Apa beza diantara puteri dan dayang? Darjat? Apa gunanya darjat jika amalan baik yang dihitung nanti?" Soal aku dengan nada tinggi. Dia menunjukkan riak takut, aku terlalu menekankah?
"Tidak mengapalah. Tunjukkan bilik beta" Kata ku sambil jalan terus ke koridor dek. Dia membuka pintu dan aku masuk dan berkata "Terima kasih" dengan senyuman manis aku lontarkan. Dia terpaku di sisi pintu dan matanya berkaca-kaca. Dia tunduk dan air matanya berjurai-jurai. Aku terdiam seketika, apa yang aku harus lakukan.
"Tiada siapa yang pernah berkata begitu dan senyum dengan ikhlas kepada saya. Setelah sekian lamanya..."Ujarnya sambil memandangku dengan senyuman pahit. Oh, aku tahu perasaan ini. Aku tahu apa perasaannya dihargai apabila kau lakukan sesuatu. Ini membuatkan aku teringat Lilian. Sungguh baru sahaja beberapa jam aku tinggalkan dia, tetapi sudah merindui dia.
"Jangan risau, dengan beta tidak usah risau tentang darjat" Kataku sambil menarik dia masuk kepelukan yang hangat. "Mari masuk" Kataku sambil menutup pintu.
Dayang itu ditarik masuk kedalam dengan senyuman hangat. Pertama kali, Enzio melihat puteri sebaik itu selepas Seroja. Ternyata masih ada yang sama berpendapat seperti dia. "Tuanku, tengok siapa?" Sergah Bayu dari belakang membuat Enzio melompat kecil. "Aduhai, tidak retikah tegur elok-elok?" Enzio berpura-pura membersihkan habuk dari bahu. Bayu menggosok leher belakangnya dan sengih. "Ampunkan patik tuanku" katanya sambil tunduk.
Enzio menggeleng kepala dan terus memandang kearah pintu bilik dek itu. "Tuanku kita sudah berlabuh di Pulau Angan. Bolehkah kita bergerak turun sekarang?" Soal Bayu sambil melipat lengan baju ke siku dan Enzio sekadar menggangguk sahaja. "Letak khemah puteri itu sebelah saya" pesan Enzio dan berjalan meninggali Bayu di koridor dek.
Dzulaikha duduk di atas batu yan berada ditepi pantai itu dan melihat ke arah matahari yang sedang terbit itu. "Indah sungguh permandangan hari ini, kan tuan puteri?" Soal Enzio sambil merapati Dzulaikha dan duduk di batu disebelah batu Dzulaikha. "Ciptaan tuhan semua cantik-cantik dan indah belaka" Jawab Dzulaikha sambil menyelitkan rambut dibelakang telinga dan menoleh ke arah Enzio sambil tersenyum. "Seperti tuan puterilah" Jawab Enzio dengan senyuman manis dan ikhlas nadanya.
Dzulaikha memandang Enzio yang sedang memandangnya. "Jika hamba beritahu sesuatu, adakah tuanku akan murka?" soal Dzulaikha dengan wajah serba salah. Enzio membuat isyarat untuk sambung berkata. "Hamba bukanlah puteri kerajaan Estrella yang sebenarnya"
Enzio ketawa kecil dan mengangguk. "Beta tahu" ujarnya semula membuatkan Dzulaikha tekejut. Muka Dzulaika jelas menunjukkan dia sedang keliru. "Jadi..." Enzio menegakkan tubuhnya dan berpusing ke arah Dzulaikha.
Dzulaikha melutut dengan air mata berjurai-jurai. "Ampunkan hamba, tuanku. Hamba tahu hamba tidak seharusnya lakukan begini tetapi... Untuk keselamatan Puteri Lilian... Hamba..." Ujar Dzulaikha dalam tangisan dan tersedu-sedu. Enzio yang sedag berdiri itu melepaskan keris di sampingnya dan menghembus nafas dengan kuat. Dia melutut satu lutut di pasir dan tangannya teragak-agak untuk menggosok rambut Dzulaikha.
"Kamu yang bersenandung tempoh hari, bukan?" Soal Enzio sambil mengelus rambut Dzulaikha dengan perlahan. Dzulaikha mengangguk dan masih lagi tersedu-sedu. Dia sedar akan kesalahannya dan tahu dia harus mengaku.
"Sejujurnya... Beta telah jatuh cinta dengan tuan hamba" Ujar Enzio sambil berdiri. Dzulaikha mendongak dan melihat wajah Enzio yang memaparkan serius. Dia terdiam, dia tidak tahu apa yang harus dia jawab. Enzio menarik bahunya untuk bangun. "Dzulaikha pasti rindu ibunda Dzulaikha sangatkan?" Dzulaikha mengangguk. Tidak bersuara mungkin kerana suaranya sudah serak daripada menangis. "Ibu Dzulaikha pasti baik dan jelita seperti Dzulaikha kan?" Soal Enzio dan soalan itu sahaja sudah cukup membuat Dzulaikha merasa emosional. Dia mengangguk lagi dan menangis dengan lebih deras.
Enzio perlahan-lahan meletakkan tangannya ke atas kepala Dzulaikha dan menggosoknya beberapa kali dengan rasa kasihan. "Hamba..." Dzulaikha melangkah kebelakang apabila dia sedar apa yang sedang berlaku. "Ini salah... Hamba tidak boleh berkelakuan seperti ini"
Dengan cepat Dzulaikha berjalan pergi dan meninggalkan Enzio di tepi pantai.
"Maafkan hamba, tuanku. Darjat tuanku terlalu tinggi untuk saya terlalu hina" Ujar Dzulaikha sambil mengelap ai matanya dan berjalan ke arah betentangan dari Enzio. Enzio sekadar melihat gadis itu berjalan ke arah khemah dengan perasaan sedih. Dia telah jatuh cinta dengan berat sekali. Dia tidak dapat mengelakkan perasaan dia kali ini.
"Andai kata takdir kau berakhir sebagai peneman setia ku sementara, ku redha..." Ujar Enzio sambil menikmati pemandangan matahari dengan mata yan berkaca.
YOU ARE READING
SEDETIK LEBIH
Historical FictionDalam dunia dimana pakatan kerajaan adalah penting, Putera Enzio Andreas menghadapi krisis dan tekanan untuk menculik seorang puteri dari kerajaan Estrellia demi memeras ugut kerajaannya. Walaubagaimanapun, semasa penculikan puteri terseut ke Lorent...