#1

51 4 0
                                    

" Alanna, aku tumpang kau boleh? Hariz lambat sikit hari ni. "

" Okay. " balas Alanna sambil memilih baju untuk dipakainya.

Hari ini Alanna perlu meneman kawan baiknya, Diya untuk fitting baju kahwinnya.

Malas mahu teman sebenarnya, tetapi dia juga harus fitting baju pengapit juga.

" Cepat sikit, Alanna Naura. Lambat nanti. Jalan jem pula kang. " bebel Diya.

" Sabarlah, bakal pengantin oi. Aku dah siap makeup, tinggal pakai baju je ni. "

" Lupa pula aku ni kawan dengan penyanyi baru nak up, kenalah jaga penampilan. "

Alanna tersenyum sendiri. Tahu yang diya tengah perli dia sekarang.

" Tahu pun kau. Kau tunggu jelah dalam kereta. Lagi 10 minit aku siap. "

" Yelah. Jangan lambat! " pesan Diya sebelum keluar dari rumah.

Alanna melihat pantulan dirinya di dalam cermin. Hmm not bad lawa juga aku ni.

Alanna mengenakan baju kemeja putih bersama jeans biru, silver earrings dan white sling bag. Tema pakaiannya hari ini lebih kepada minimalist.

Sembur perfume sikit.

Okay done!

Dia haruslah jaga penampilannya, namanya baru sahaja naik sebagai penyanyi wanita popular. Rezeki dia walaupun umurnya masih muda.

Alanna bergegas keluar rumah selepas selesai bersiap. Nanti marah pula si Diya tu.

" Sayang, I dah on the way... Okay, Sayang. Jumpa sana. " Diya meletakkan panggilan telefon.

" Ha laki kau dah gerak ke? "

" Baru nak gerak. Dia tunggu kawan dia tadi. "

" Kawan dia ada sekali? "

" Iya lah. Kawan dia pun nak fitting baju pengapit. "

Alanna hanya mengangguk. Ada la mangsa lagi sorang nak kena tengok asmaradana Diya dengan tunang dia nanti.

" Hariz kata kawan dia tu handsome tau. Kau try la kenal dia. Boleh lah kau lupakan Fir tu. "

Alanna terdiam. Nama yang sudah lama tidak keluar dari mulut dia, mahupun dari mulut sesiapa sahaja. Sudah dia buang nama itu jauh-jauh dari hidupnya.

Sudah lima tahun dia tidak tahu langsung khabar tentang bekas teman lelakinya itu. Walaupun sudah lima tahun, sakitnya masih tersisa di dalam hatinya dan tidak akan pernah dia lupa.

" Alanna! " jerit Diya.

Alanna tersentak dan terbangun dari lamunannya.

" Apa kau ni sebut nama dia tiba-tiba. " jelingan diberi kepada Diya.

" Aku nak kau lupakan dia. Lupakan apa yang dia buat dekat kau 5 tahun dulu. "

Alanna menghembus nafas perlahan. Bukan mudah baginya untuk lupakan apa yang Fir telah buat kepadanya. Namun, cintanya telah mati untuk Fir sejak 5 tahun lepas lagi.

" Aku dah lupakan dia. Dah lama dah. Dia tak ada dalam hati aku dah. "

" Baguslah kalau macam itu. " balas Diya. Dia kemudian kembali bermain telefon tanpa pedulikan Alanna.

' Aku dah lupakan dia, tapi bukan dengan apa yang dia dah buat. ' bisik hati Alanna.

Tibanya mereka di butik pengantin, Diya telah melangkah keluar dari kereta dahulu. Alanna pula sibuk touch up lipstick di bibirnya.

Barulah cantik. Barulah hot.

Kemudian, Alanna pula yang melangkah masuk ke dalam butik pengantin itu.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: 6 days ago ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Mrs. Ex-Girlfriend Where stories live. Discover now