Part 2

10K 384 82
                                    

" A.A, weh, jom! Kelas dah habis ni, kau menung apa lagi?" Shamira tepuk lengan aku yang berada dalam khayalan tahap atasan. Pergh, terbaik punya lama aku merenung tembus ke depan, tanpa sedar pun apa yang jadi pada dunia semenjak aku termenung.

" Ke mana ni?" aku ikut belakang Shamira rapat selepas bangun mengheret buku teks tanpa dimasukkan ke dalam beg.

" Cafe, lapar la," Shamira membalas. Bau minyak wanginya yang kuat mampu menggugah iman seorang lelaki. Aku rasa Shamira ni memang suka orang bagi perhatian kat dia, tak macam aku, aku tak suka mendapat perhatian sangat. Tapi, kalau ada secret admirer, why not, ha ha ha, pengakuan! Dalam kata tak nak perhatian tu, tetap ada jugak perasaan nak glamer, ceh! Itu la orang kata, paku dulang paku serpih, mengata orang, awak yang lebih!

" A.A, tengok la mamat tu, hensem la!" Shamira menjerit dalam keterujaan yang menggebu-gebu. Aku pun pandang pada mamat tersebut, pandang dengan pandangan mata hati. Mata hati la sangat..

" Erm, biasa aje aku tengok. Hensem lagi pakcik aku," aku balas dengan balasan yang membuatkan Shamira mencebik.

Aku join beberapa orang kawan-kawan sekelas duduk di sebuah meja. Mereka mula bergosip kemudiannya. Gosip pasal lelaki, pasal pensyarah, pasal gadis poyo dan last sekali pasal apartment tempat kami tinggal. Aku angkat kepala. Haa, ini baru topik yang menarik dan boleh buat aku menyampuk bersama. Kalau tadi, alih-alih mengumpat orang, malas aku layan. Tak pasal dapat dosa kering. Baik layan teh tarik.

" Korang, dengar tak yang apartment kita tu spooky?"

" Spooky? Apa maksud?" Shamira bendul bertanya.

" Spooky like haunted la," Lisa jawabkan. Sejak bila Shamira tak pandai English aku pun tak tau. Selalu aje dia sound aku pakai bahasa omputih tu. Keliru.

" Serius ke? Aku tak suka la macam ni," Shamira berkerut. Muka dah mula berubah riak. " Cepatla siap kolej baru, aku nak pindah sana, tak nak la duduk tempat macam tu.."

" A.A.." Shamira tolak bahu aku bila tak ada respons lain.

" Err, apa cerita sebenarnya?" aku bukak mulut.

" Aku dengar cerita, tingkat atas sekali dekat tangki air, ada orang mati," Lisa membuka cerita. Dan semua buka mulut, tercengang terkejut. Orang mati ni boleh bangun kacau orang hidup kalau ikut kepercayaan animisme!

" Erk! Lepas tu??"

" Ceritanya macam ni. Tahun lepas-lepas, sebelum kita kat sini, ada kolej lain duduk sini jugak. Kebetulan, ada seorang budak perempuan tu lurus bendul, nerd, then satu hari tu, April Fool, ada budak-budak kelas dia yang nakal, panggil dia suruh naik atas, ke bumbung tempat tangki air. Atas tu tak ada dinding, terbuka macam tu aje. Dan bila kau masuk dalam tu, kau tak boleh bukak dari luar, dari tempat tangki air tu, maksudnya macam terkunci, cuma boleh buka dari dalam aje,"

" Maksudnya, dia terkunci kat atas bumbung sampai mati kat atas sana? Huu, scary!" Ismi menambah.

" Takkan tak ada orang cari dia kot?" aku bertanya. Kenapa la ada orang sekejam tu?

" Aku tak tau la betul ke tak cerita ni, mungkin urban legend aje,"

" Poor her," Shamira berkata.

" Jadi, disebabkan tu la rohnya macam menghantui di sana," Lisa menyambung. " Dan pasal lif berhenti di tingkat tiga, walaupun tak ada orang tekan,"

Aku teringat yang lif di apartment yang selalu berhenti di tingkat tiga. Boleh kata tiap kali naik lif tu aje, mesti akan berhenti tingkat tiga walaupun tak ada orang tekan. Aku anggap tu masalah teknikal, tak ada pulak aku fikir pelik-pelik sebelum ni..

Apartment (Kisah Benar) PUBLISHEDWhere stories live. Discover now