Special Note : Eun Hae's Life Stories

659 89 10
                                    

Dalam memori yang telah Eun Hae hilangkan, dia adalah seorang gadis luar biasa yang bernama Kwon Eun Hae bukannya Tiara Kwon Eun Hae. Dia dipanggil gadis luar biasa kerana mampu melihat benda-benda yang tidak mampu dilihat oleh manusia lain. Dia mendapat kelebihan itu melalui ibu kandungnya yang juga ibu Myeon Hae. Dia mempunyai seorang abang kandung yang bernama Kwon Myeon Hae.

Semasa Eun Hae masih kecil, ibunya sentiasa melatih Eun Hae untuk berani berhadapan dengan benda-benda yang dilihatnya. Sebab itulah dia tidak pernah takut dengan benda-benda tersebut sehinggalah dia besar.

Pada umur 5 tahun, Eun Hae dan ibu kandungnya telah terlibat dalam suatu kemalangan jalan raya. Kemalangan tersebut disebabkan kereta yang dipandu oleh ibu Eun Hae tiba-tiba berhenti mengejut di tengah jalan raya sehingga menyebabkan sebuah bas merempuh mereka dari belakang. Walaupun ramai yang meninggal sewaktu kemalangan tersebut, Eun Hae terselamat namun dia telah kehilangan semua ingatannya sehingga tidak mengenali abang kandungnya, Myeon Hae.

Keadaan Eun Hae selepas kemalangan tersebut agak teruk. Dia selalu mengatakan yang dia melihat seorang wanita yang sering mengekorinya ke mana saja dia pergi. Selain itu, Eun Hae juga sering melihat benda-benda yang menakutkan. Disebabkan masalah tersebut, Encik Kwon dan isteri keduanya yang berasal dari Malaysia, Puan Anna Sofia, mengambil keputusan untuk 'menutup' deria keenam Eun Hae.

Beberapa tahun selepas itu, Eun Hae mula membesar seperti gadis-gadis normal yang lain dibawah jagaan Puan Ana. Ibu bapanya termasuklah Myeon Hae sendiri terpaksa menipu Eun Hae yang mengatakan bahawa Myeon Hae adalah abang tirinya. Walaupun sukar bagi Myeon Hae untuk membiarkan adiknya berfikir begitu terhadapnya, Myeon Hae tiada pilihan lain. Dia sanggup berjauhan dengan adiknya selama beberapa tahun demi kebaikan Eun Hae.

Hampir 12 tahun deria keenam Eun Hae 'tertutup' akhirnya 'kunci'nya telah terbuka. Kewujudan Jong Soo yang percaya akan ada seseorang yang bakal membantunya suatu hari nanti membawanya bertemu dengan Eun Hae. Eun Hae ditakdirkan dapat melihat benda-benda yang manusia lain tidak dapat lihat selepas berjumpa dengan Jong Soo.

Siapa sangka selepas wujudnya Jong Soo, Eun Hae semakin hari semakin memahami erti kehidupan ? Dan ... dia mula faham apa fungsi sebenar kelebihan yang dia miliki.

***

Annyeong, yeorobun ! Fanfic ni ada 2-3 episode sebelum tamat. Btw, gumawo sebab bagi support untuk crita ni walaupun saya selalu lmbat update. And, gumawo untuk vote dan comment yang awk semua berikan. Saranghae ! Hahaha xD Gumawo jgak sbb terus baca fanfic ni ^^ Next last episode, jumpa nanti !

Annyeong, My Sweet Gwishin! •° KYUNGSOOWhere stories live. Discover now