Mereka

342 17 2
                                    

Aku menangkap gambar suasana,
Celoteh manis anak-anak remaja,
Tertawa sini dan ketawa sana,
Bersuka ria tanpa berduka.

Ku letakkan kamera di atas pangsa,
Keringat telah habis ku kerah,
Banyak sungguh gelagat mereka,
Tak mampu untuk merakam semua.

Satu suara menjerit nama,
Mengajak untuk bergambar bersama,
Segera ku ambil kamera ke genggaman,
Berlari menuju ke arah mereka.

Kacak bergaya cantiknya rupa,
Semuanya tersimpan di dalam kamera,
Segala penat sudah tiada,
Kerana adanya mereka bersama.

Akan ku sayang hingga ke jannah sana,
Ku simpan erat segala kenangan yang ada,
Terima kasih kepada mereka semua,
Kerana telatah dan perangai mereka,
Zaman persekolahan jadi bermakna.

NyataWhere stories live. Discover now