.

1.8K 35 2
                                    

Samihah membelek jam di tangan. Sesekali pandangannya dihalakan di jalan raya. Bayangan Farisha masih belum kelihatan, apatah lagi melihat batang tubuhnya tercegat di hadapan mata. Namun dia tidak risau. Tahu sangat dengan tingkah sahabatnya itu yang tetap akan menepati masa walau apa pun yang terjadi.

Sekali lagi Samihah melihat jam di tangan. "Janjinya pukul sepuluh. Sekarang pukul 9.59. countdown la. Sembilan, lapan, tujuh, enam..."

Sedang dia mengira, seorang gadis terkocoh-kocoh berlari ke kafe. Namun Samihah tidak melihatnya.

"Lima, empat, tiga, dua...," Samihah pandang ke hadapan. Gadis yang berlari tadi sudah sampai dan terus duduk di hadapannya.

"Sorry, aku lambat," ujar gadis itu. Samihah tersenyum. "Satu. Mana ada lambat. Kau kan selalu tepati masa."

"Kau perli aku ke?"

"Eh, taklah. Betul apa yang aku cakap ni," ujar Samihah bersungguh-sungguh. Farisha hanya diam. Wajah keruh terpancar di wajahnya. Samihah pelik. Lori cuka tumpah atas jalan ke, yang dia masam macam ni? Tiba-tiba dia mendapat satu idea.

"Kau nak tahu satu cerita tak?" tanya Samihah sambil tersenyum.

"Apa dia?" tanya Farisha. Matanya langsung tidak memandang sahabat di hadapannya. Tiada senyuman yang terukir di wajahnya.

"Cerita ni best... dan kelakar."

"Kau tak cerita lagi, tapi dah kata cerita tu best. Mana la aku tahu? Cuba kau cerita sikit." Farisha bersuara. Malas sebenarnya nak mendengar cerita Samihah itu. Tapi dilayankan juga.

"Macam ni... Sari hidup dengan mak dia di pinggir bandar. Tapi dia ni agak liar sikit pergaulannya. Satu hari, dia pening-pening dan muntah-muntah, terutamanya di waktu pagi. Dia dah takut dah. Perlahan dia jumpa mak dia di dapur.

"Mak, Sari takut."

"Kenapa pula kau takut? Siang-siang macam ni mana ada hantu!"

"Sari takut, Sari hamil."

"Hah?" terkejut mak Sari mendengarnya. "Kenapa pulak kau cakap macam tu?"

"Iye la, asal pagi je, Sari pening-pening. Muntah-muntah. Sari takut la mak..."

"Jangan nak mengarut. Kau tu demam je. Makan ubat nanti sembuhlah."

"Tapi mak, sekarang ni Sari suka makan benda masam-masam, mak.." belum sempat Sari menghabiskan ayatnya, mak dia dah baling senduk kayu ke sinki.

"Sudah-sudahlah kau nak berangan wahai anakku SARIPUDDIN!!! Mak lempang jugak kau bertubi-tubi nanti! Pondan mana boleh beranak!!"

Tersembur sirap bandung yang diminumnya. "Sengal la cerita kau ni!" gerutu Farisha. Namun akhirnya dia ketawa juga.

"Saje aku nak bagi kau gelak. Dari kau sampai tadi aku tengok kau asyik masam je muka. Macam baru lepas makan mangga muda. Kau ada masalah ke?" tanya Samihah.

"Tak ada apa-apa la. Cuma aku bengang dengan Ratu High Heels tu," ujar Farisha perlahan.

"Oh, sekarang aku tahu. Si Raihana tu ke?" Samihah meneguk airnya perlahan. "Apa pula dia buat kali ni?"

Kali ni? Farisha mengeluh perlahan. Namun cukup untuk Samihah mendengarnya.

"Pastinya sesuatu yang buat kau sangat-sangat bengang, kan?"

Farisha diam lagi. Peristiwa pagi tadi begitu segar dalam ingatan. Peristiwa apabila dia berjumpa dengan Cik High Heels itu.

*****

Motosikal yang dinaiki oleh Farisha diparkir elok di tempatnya. Farisha melihat-lihat seketika di cermin. Membetul-betulkan rambutnya yang serabai kerana penggunaan topi keledar tadi.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 12, 2015 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Budak Converse Vs Cik High HeelsWhere stories live. Discover now