Bab 1

11.6K 194 8
                                    

Dalam cinta harus saling percaya,

Dalam cinta harus berani pasrah,

Dalam cinta harus janganlah goyah,

Dalam cinta harus sejiwa...


"Arghhh, buat sakit telinga aku aje!" Terus punat Off radio kereta ditekan. Tak pasal-pasal suara merdu Mila menjadi mangsa kemarahannya.

"Tak ada lagu lain ke nak pasang? Cinta... Cinta... Cinta," bebel Tengku Aaron lagi. Tali leher yang tersimpul di lehernya, dirungkai dengan kasar. Rimas! Dicampak tali leher itu ke tempat duduk belakang kereta. Butang kemeja kuning cairnya yang paling atas turut dibuka. Biar sejuk pendingin hawa meresap dalam hati yang panas membara.

Terbayang kembali adegan mesra pasangan yang masih segar di dalam kepalanya. Kenapa dua orang itu mesti muncul dan ganggu ketenangan hidupnya lagi? Tak cukup ke apa yang mereka dah buat dulu? Huh! Dasar tak boleh tengok orang senang!

BMW 3 Series itu dipandu laju. Hari yang membuatkan dirinya tersangatlah tension. Ada kekasih, curang dengan adik sendiri. Membayangkan adegan mesra antara mereka pun dah membakar hatinya.

Dia ingat aku tak boleh hidup tanpa dia ke? Aku ni lelakilah. Apa yang dia tak ada? Duit? Setakat orang minta derma dua ribu, memang dengan senang hati dia boleh bagi. Tak luak pun hartanya yang bertimbun-timbun itu. Ini anak Tan Sri Tengku Ahmad Shah la. Sekali tayang duit, bersusun mak datin-mak datin nak pinang aku.

Rupa? Huh! Kalau dia melintas di depan perempuan, pakwe di sebelah pun boleh lupa. Dengan rupanya inilah perempuan dibuat macam bola aje. Boring dengan Suzi, Nita dah sedia mengganti. Rasa nak keluar ke kelab malam, Fana dah sedia menanti. Rasa nak ke parti, Dila dah angkat tangan. Sekali senyuman mautnya diberi, paling kurang lima orang perempuan yang terpanah. Sepuluh orang yang angau. Isteri orang pun boleh sangkut dengannya, inikan pula anak dara? Huh! Tengku Aaron mula berlagak.

Pangkat? Keturunan? Huh... Dia berketurunan diraja. Pangkal nama Tengku pada namanya membuatkan orang lain makin segan dengannya. Dia dipandang tinggi oleh orang lain kerana darah dirajanya. Lagi... Triumph Air yang gah itu dah diberikan kepercayaan sepenuhnya oleh daddynya untuk dia tadbir! Dia cukup selesa dengan kedudukannya sekarang. Dalam usia yang masih muda, dia sudah memegang jawatan besar di dalam syarikatnya. Segala-galanya dengan mudah sekali jatuh ke dalam genggamannya.

Dia punya segala-galanya. Dia selalu dapat apa yang diinginkan. Dari kecil lagi impiannya tak pernah tak tertunai. Tapi hakikatnya, dia tak mampu mendapat wanita yang paling disayanginya. Dia tewas dalam merebut cinta gadis yang dicintainya sepenuh hati. Dalam diam, dua manusia yang paling dekat dengannya menjalin kasih.

Tengku Aaron memang tak boleh tengok kebahagiaan adik kembarnya dengan bekas kekasihnya. Terasa ego seorang lelaki dicabar. Dia akan buktikan siapa Tengku Aaron Shah yang sebenar. Dua 'ekor' manusia itu akan menyesal kerana telah membangkitkan kemarahannya. Tak percaya, tengoklah. Kita tunggu dan lihat.

Strategi dirancang... Tunggulah serangan balas daripada Tengku Aaron Shah. Dia akan tunjukkan yang dia ialah manusia yang paling bahagia di atas dunia ini. Apa yang paling penting, hidup mesti diteruskan. Walau apa pun terjadi! Kebahagiaan harus dicari. Meskipun kebahagiaan orang lain yang menjadi galang ganti.

Eksperimen CintaWhere stories live. Discover now