Bab 1

21.7K 323 49
                                    

Prolog

Air mataku berguguran, bersama pancuran air yang pada hari ini tidak dapat menenangkan fikiranku seperti selalunya.

"Fitri!" Suara ibu memanggilku dari luar bilik air.

"Just a second." Aku menutup pancuran air, mengambil tuala kemudian keluar. Wajah risau ibu menyapa pandanganku.

"Okey?" Ibu bertanya.

Pantas aku menggeleng.

"Fitri tak boleh, ibu. Fitri tak boleh lupakan dia." Aku memeluk ibu, air mataku semakin laju.

"Bawa mengucap. Tak baik macam ni," nasihat ibu yang cuba meredakan esakanku.

"Tolonglah faham, ibu. I can't do this."

"Sayang, janganlah macam ni."

Semakin aku menghampiri hari esok, semakin sukar juga aku rasakan untuk terus bernafas. Peristiwa itu dimainkan berulang-ulang kali di dalam kotak fikiranku. Seperti perkara itu baru sahaja berlaku semalam.

"Apa yang ibu minta daripada Fitri ni terlalu besar. Fitri tak mampu, bu. Tolong jangan buat Fitri macam ni."

Ibu mengusap rambutku.

"Ibu kesal dengan nasib Fitri. Kenapalah anak ibu diduga begini? Dah hampir tiga tahun kejadian tu. Fitri kena berani bergerak ke hadapan. Jangan seksa diri. Ibu tak sanggup tengok anak ibu macam ni." Ibu bersuara lembut, cuba memujuk.

"Mungkin ada hikmah semua ini. Tolong jangan buat keadaan bertambah sukar kepada diri sendiri."

Aku membatu. Jiwaku, hatiku sememangnya sudah tidak berada di sini lagi.

"Cepatlah siap. Semua orang dah tunggu kat bawah tu." Ibu bingkas bangun, mengelap air matanya dengan lengan baju.

"Cepat ya." Ibu berkata lagi.

Aku mengangguk, cuba untuk menerima apa saja yang bakal berlaku dengan hati yang terbuka dan tenang.

***

Bab 1

Perkara terindah dalam hidup aku sebagai seorang manusia yang normal, setelah seharian penat bekerja adalah berehat di rumah sendiri, tanpa sebarang gangguan. Aku melelapkan diri di atas sofa selama beberapa minit sebelum melangkah ke bilik air untuk menyegarkan badan. Alangkah indahnya.

Tapi, perkara itu sangat mustahil.

Aku memicit pangkal bahu yang lenguh dan langsung tidak membuka mata memandang manusia yang baru sahaja menghidupkan televisyen dan mengambil tempat di sofa yang bertentangan dengan aku itu. Dengan sekelip mata, ketenangan aku diragut.

Jangan kata nak melelapkan mata seminit atau dua minit, nak duduk di situ pun aku sudah tidak tahan. Aku menggigit bibir.

Kenapalah ada manusia yang tak reti bahasa sangat?

"Kau pekak ek?" Aku berkata sambil cuba menahan rasa geram yang semakin menebal.

"Aku boleh dengar kau bercakap. So, no, I'm not deaf. Thank you for asking."

"Jadi boleh tolong jelaskan kat aku kenapa kau kuatkan volume TV ni sampai orang kat Afrika sana pun boleh dengar?"

Sebaik saja mendengar kata-kataku itu, tawanya meletus. Pandangannya tetap tertancap pada televisyen.

Ya, kalaulah hidup aku normal...

Lelaki ini adalah salah satu punca yang menjadikan hidup aku yang dahulunya tersangat-sangat normal, kini menjadi kacau-bilau.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 13, 2015 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

One Day You'll Be MineWhere stories live. Discover now