Keliru

1.7K 27 0
                                    

Sisih rapi kau jerut lehernya,
jinjang bernyawa tali tak kelihatan.
Meminta jawapan mengapa dipersia.

Lemas mencari nafas sehela.
Hatinya gundah hancur berderai.

Tertanya beliau dalam sabdanya,

"Mungkinkah hati sudah saling berhenti melantunkan bahasa-bahasa mereka,yang mana dahulunya cukup sekadar pandangan dan kau paham dia,aku juga turut serta memahami irama aksara dua jiwa,berlagu dalam nada yang seiring,Atau sebenarnya,kaulah yang lebih terluka? Kata-kata juga bisa membunuh,terkadangnya." Gumamnya.
Menyesal.

Adakah kerana itu kau ambil jalan mudah?Sudahlah binasa,masih mahu menjaga hatinya dia.Sungguh.

Rumit macam celaka.

RasaWhere stories live. Discover now