Tumpang

8.3K 407 62
                                    

"Argh!" Azurin tendang pintu kereta.

Wajahnya jelas dirauti kemarahan. Masakan tidak, keretanya boleh pula tiba-tiba buat hal malam-malam buta, dahlah jalan ni kurang orang yang lalu.

Sudah jatuh ditimpa tangga, henfon Azurin kebetulan pula habis bateri. Sekali lagi dia tendang pintu kereta. Rasanya dia mahu menangis sekarang namun emosinya masih boleh dikawal.

Azurin duduk di kerusi pemandu dengan pintu terbuka, diperhatinya langit malam yang indah dihiasi taburan bintang-bintang bergemerlapan. Hatinya beransur tenang. Nampaknya dia harus duduk di situ menanti agar ada mana-mana kenderaan yang boleh ditumpang pulang ke rumah.

Dari hujung jalan, kelihatan sebuah motor ditunggang laju oleh seorang pemuda berambut kerinting. Azurin bergerak pantas ke tepi jalan, tangannya dilambai-lambai.

Motor perlahan dan kemudian berhenti di tepi kereta Azurin.

Azurin tersenyum. Nampaknya dia punya kenderaan untuk pulang.

Jamal tongkat motor dan kemudian berjalan tenang ke arah gadis di hadapannya. Jiwanya diulit ketakutan namun keegoannya masih menguasai diri. Malulah kalau lelaki takut hantu! Tak gentle bro!

"Nak tumpang boleh? Saya Azurin."

"Saya Jamal." Tangan dihulur mahu bersalaman.

Jamal terdiam apabila tangannya tidak bersambut. Dia malu namun dengan segera diselindungnya malu itu dengan pergi memeriksa enjin kereta tersebut.

Azurin masih kekal membisu.

Jamal kemudian garu kepala yang tidak gatal. Dia bukannya pandai sangat dalam bab-bab kereta ni.

"Nak balik mana?" Jamal menyoal.

"Shah Alam" Azurin jawab perlahan.

Jamal angguk dan pelawa Azurin membonceng motornya memandangkan mereka sehala.

Jamal perhati Azurin yang sejak tadi diam membisu. Takut mungkin?

Jamal kemudiannya menunggang laju.

"Kereta awak nanti saya suruh kawan saya ambik esok. Dia ada workshop dekat-dekat sini,"

"Hm,"

"Awak tahu, dulu kat sini ada satu accident berlaku. And the girl yang terlibat tu mati. Saya lupa apa nama dia but dia sama macam awak. Kereta rosak then tumpang orang pastu kena rogol and kena bunuh. Ngeri, sebab tu saya tumpangkan awak. Risau kalau anak dara macam awak ni kena apa-apa." Jamal buka cerita.

"Saya pernah dengar cerita tu. Dua bulan lepas. Kereta Myvi putih kan?"

"Haah." Jamal mengiyakan.

"Kesian budak tu kan?"

Jamal angguk kepala.

"Mestilah kesian, anak dara yang tengah susah then orang ambik kesempatan kat dia."

"Abang nak tolong dia?"

Jamal terdiam. Seakannya ada sesuatu muslihat yang gadis itu sembunyikan.

"Mestilah nak tapi dia kan dah mati. Tolong sedekah Al-Fatihah bolehlah." Jamal berseloroh.

Secara tiba-tiba, Jamal dapat rasakan yang motornya semakin berat. Jamal cuak. Peluh mula merembes di dahi.

Apa kata kalau abang teman dia kat sini? Hihihihihi...

Jamal mengucap. Daripada cermin pandang belakang, dilihatnya ada seekor pontianak bertenggek di belakangnya. Matanya merah, rambut hitamnya panjang mengurai. Kulit wajahnya dipenuhi nanah dan kudis. Gigi taringnya jelas kelihatan apabila dia mengilai.

Jamal ketakutan. Bahunya dicengkam kuat. Jamal hilang kawalan.

Temanlah saya bang. Temanlah!!! Kata nak tolong! Temanlah!!!

Bam!!!

Jamal jatuh berguling di atas jalan. Motornya habis musnah terseret di atas jalan.

Pontianak tadi kini bertenggek di atas dada Jamal. Nanah dan darahnya menitis di atas muka Jamal yang kini separuh nyawa. Kepalanya cedera teruk. Dahinya terkoyak menampakkan daging. Kakinya patah sebelah dengan tulang lutut tercacak keluar.

TEMANLAH SAYA!!!! TEMAN!!

Jamal mahu menjerit namun suaranya tersekat di kerongkong. Pontianak tersebut mengilai panjang sehinggalah Jamal menghembuskan nafasnya yang terakhir.

***

Kamil memandu laju. Malam semakin larut dan dia harus cepat sampai ke kampung. Emaknya tenat dan perlukan dia pada waktu ini.

Kamil memberhentikan kereta apabila ada seorang gadis melambai-lambai ke arahnya. Ada sebuah Myvi putih tersadai di bahu jalan.

Kamil berhentikan kereta.

"Nak tumpang boleh? Saya Azurin."

Azurin senyum lebar.

"Boleh." Kamil senyum lebar. Apa salahnya tumpangkan orang kan?

TAKUT HANTUWhere stories live. Discover now