Bab 7

2K 170 30
                                    

Yein melangkah laju menuju ke sekolah Empire High School. Hari ini dia pergi bersendirian. Jungkook mahupun Daehyun telah pergi ke sekolah terlebih awal.

"Huh! Aku haraplah...semalam tu cuma mimpi. Jangan cakap yang sekolah ni pelik".Langkah Yein terhenti di hadapan pintu pagar utama. Sekolah yang tersegam indah berdiri ni sebenarnya mempunyai 1001 rahsia. Sekolah ini terbahagi kepada dua blok bangunan. Blok A dan Blok B. Blok A terdiri daripada pelajar kelas atasan. Blok B pula untuk pelajar biasa. Perbezaan antara pelajar kelas atasan dan biasa ialah antara manusia Abnormal dan Normal. Pelajar normal akan belajar seperti biasa dan di ajar oleh guru. Manakala, pelajar Abnormal akan di ajar oleh Senior mereka sendiri. Di tengah-tengah pemisah blok ini terdapat satu garisan. Pelajar normal tidak boleh melintasinya. Jika ada apa-apa aktiviti,hanya pelajar atasan akan pergi ke blok pelajar biasa. Pelajaran kelas atasan sememangnya rahsia dan tidak diketahui pelajar biasa.

"Hi...Awak ni Yeinkan?". Satu suara menyapa Yein dari belakang. Yein yang tadinya asyik memikirkan perihal sekolah ini menjadi terbantut.

"Owhh..Hi". Yein hanya memerhati gelagak budak lelaki itu.

"Nama saya Park Changyeol. Saya dari kelas 5Wolf". Changyeol menghulurkan tangannya.

Yein menyambut huluran tangannya.

"Macam mana awak kenal saya?" Yein mengangkat sebelah keningnya.

"Saya kenal awak dari Wu Yi Fan". Mata Changyeol memandang tepat ke arah Yein.

"Awak rasa pelikkan? Wu yi fan dia ada kelebihan. Dia boleh mana-mana kelas yang dia mahu". Mata Changyeol masih tertumpu pada Yein.

"Maksud awak?". Yein berasa sedikit keliru.

"Wu Yi Fan ataupun Kris merupakan orang yang sama. Tapi,perangai yang berbeza. Sama jugak dengan Jungkook". Changyeol memasukkan kedua-dua belah tangannya ke dalam poket. Berlagak cool katakan.

"Awak buat saya pening. Saya tak faham". Mata Yein kini membulat memandang ke arah Changyeol.

"Suatu hari nanti awak akan faham jugak. Saya masuk ke sekolah dulu. Letihla,berdiri lama-lama depan gate ni. Bye". Changyeol pun berlalu pergi menuju ke kelasnya.

"Mamat ni poyo betullah-_-!! Harap je muka handsome. Tapi berlagak. Ek eleh, nak main drama-drama pula. Ingat ni drama ke nak bagitahu lambat-lambat. Sabar jelah". Yein pun melangkah masuk ke kawasan sekolah. Sambil itu,sempat pula dia menghentakkan kakinya .


"Yein! Saem nak kamu cubafokus dalam kelas". Kim Him Chan memandang tepat ke arah Yein.

Yein hanya membuat muka ketatnya. Dia pun berdiri.

"Saem. Saya bosan! Saya takut. Bila sahaja Saem sebut You are Not the Choosen One, orang tu pun bertukar menjafi debu and diorang pun die macam tu sahaja. Saya tak sanggup memperjudikan nyawa saya". Yein pun memandang ke luar tingkap.

Tidak lama lepas tu, satu kelas ketawa. Yein memandang ke arah mereka semua.

"Yein. Sekolah ni bukannya ditubuhkan untuk membunuh orang, tapi untuk melatih orang. Cuba awak tengok bilangan pelajar dalam kelas ni. Ada berkurang tak? Mereka cuma bertukar menjadi debu. Bukan mati pun. Lepas tu mereka pun pulih seperti sediakala". Jelas Kim Him Chan sambil sisa-sisa ketawa masih berbaki.

Mulut Yein melopong.
"Gila! Ni semua gila!". Yein pun berlari keluar dari kelas. Tanpa hala tuju, dia melangkah pergi ke bandar. Ye! Ke bandar Incheon kerana sekolah ni berhampiran dengan bandar

Sesampainya di bandar. Dia melihat ada beberapa tanda bintang di dahi orang yang lalu lalang. Pandangannya tertumpu pada seorang kanak-kanak perempuan berusia lingkungan 6 tahun yang ingin melintas jalan tanpa pengawasan ibu bapa mereka. Di dahinya jelas bertanda bintang dan menyala. Yein cuba berlari untuk mendapatkan budak itu. Belum sempat Yein menyelamatkannya, budak itu telah digilis sebuah lori yang besar. Darahnya memercik dan terkena muka Yein. Hampir sebahagian muka Yein dipenuhi darah. Lori itu pula kemudiannya terbabas dan melanggar pengahadang jalan. Ramai orang turut digilis lori itu. Darah dan mayat berada di merata tempat. Ada yang kepalanya tekulai. Tangannya terputus,badan dicucuk besi yang dibawa oleh lori tersebut. Pelbagai lagi keadaan yang mengerikan. Ramai orang pergi mengerumi kawasan tersebut. Yein hanya berdiam diri dalam keadaan yang kaku. Dia takut.

Air mata perlahan-lahan mengalir di pipinya. Dia memandang setiap mayat tersebut. Dia merasakan mayat-mayat itu seperti menyalahkan dirinya.

"Kau yang bunuh kami!"

"Kau harus mati!" Yein mendengar pelbagai bisikan suara yang halus. Dia menutup kedua-dua belah telinganya. Dia ingin sahaja meronta-ronta dan menjerit. Tetapi,keadaan tidak mengizinkannya.

"Heiii.. Kau ni Pabo sangat kenapa? Kenapa kau cuba untuk selanatkan budak tu?".Yein mendengar seakan-akan suara sedang bercakap dengannya.

Dia memandang ke belakangnya.
"Jungkook! Awak...." Yein tiba-tiba rebah di dalam pangkuan Jungkook.

Lelaki itu pun membawa pergi Yein dari situ.

"Maaf...aku bukan Jungkook dan maaf aku terpaksa". Lelaki itupun mendukung Yein ala Bridal. Kelibat mereka pun hilang dalam kesesakan bandar.

"Apa?! Kau tak jumpa cari Yein". Daheyun memukul-mukul bahu Jungkook.

"Tak...maaf".

-TBC-

Maaf sebab pendek. Idea sudah kering kontang. o_O o_O ..Hope korang enjoy

THE EYES 'Who Can See The Death'Where stories live. Discover now