Bab 3

18.7K 431 4
                                    

Nurina terjaga dari tidurnya. Dia segera menuju ke bilik mandi dan bersiap untuk menunaikan solat subuh.

Mengikut rancangannya hari ini, dia mahu merayau tanpa tujuan. Mungkin sahaja dia akan habiskan masanya di Kinokuniya KLCC. Kemudian mungkin saja dia akan menonton wayang kesorangan atau bermain bowling kesorangan.

"Hmm lifelessnye hidup seorang Nurina"

Nurina turun ke dapur untuk menyediakan sarapan.
Mengenangkan yang dirinya tidak berapa mahir untuk memasak, dia cuma menyediakan telur separuh masak.

" dalam banyak-banyak telur separuh masak, telur separuh masak aku lah paling sedap di abad ini " Nurina dengan bangga memuji dirinya sendiri.

Beginilah nasib orang yang hidup sendirian. Dia sendiri yang kena puji diri sendiri, dia sendiri yang kena bercakap dengan diri sendiri. Pelik tapi inilah realitinya.

Nurina bersarapan sambil membaca artikel di Macbook pronya. hmm tiba-tiba hatinya tertarik untuk membaca satu topic berkenaan dengan 'cara untuk mendapatkan teman sehidup semati sepantas kilat'

"Menarik ni. Sesuai gila dengan keadaan aku yang lonely sekarang ni" laju jari Nurina menekan link topic tersebut.

Segera dia mengambil Iphonenya untuk menyimpan alamat dan no telefon tertera di dalam blog post tersebut. Dia tersenyum senang.
Mana tahu, dia akan dapat teman sehidup semati sepantas kilat.
Wehooo!

*****

Nurina bersiap ala kadar. Dia memakai skinny jeans bewarna biru, kemeja bewarna cream dan shawl bercorak abstrak.
Dia segera masuk ke dalam kereta kesayangannya, Honda Civic Type-R.

Kenderaan bergerak lancar menghala ke Bulatan Kg Pandan, Nurina memandu tenang sambil bibirnya turut sama menyayikan lagu di Fly fm.

Semasa Nurina sedang sibuk mencari parkir kosong tiba-tiba matanya tertarik untuk melihat akan pasangan muda sedang bergaduh di sebalik tiang bewarna merah itu.

"Macam takde rumah nak bergaduh. Depan orang juga diorang ni nak bergaduh. Mencapap betul!" Mulut Nurina membebel keseorangan.

Hampir lima pusingan keretanya berpusing di tempat yang sama akhirnya dia mendapat tempat parkir.

Sebelum keluar dari kereta, dia sempat melihat sejenak wajahnya di cermin make-upnya.

"Lipstick perlu di tambah, shawl cantik, muka cantik. Semualah cantik. Tehehehee" Nurina memuji dirinya.

Sambil bernyanyi kecil Nurina keluar dari keretanya. Tiba-tiba Nurina terdengar akan sayup-sayup suara tangisan.

"Tak kan ada hantu kot dekat parking KLCC ni. Mustahil" Nurina cuba menyedapkan hatinya.

Dengan berani, Nurina berjalan untuk mencari suara tangisan itu dan akhirnya, dia dapat melihat sekujur tubuh terbaring di sebalik tiang yang dipenuhi darah.

"SHIT! Aku kena tolong ke ni?" Nurina mula cuak.



Mahu tapi maluTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang