Hantu Bird

5K 124 15
                                    

Azan manghrib berkumandang.

"Ali !!! Sembahyang nak. Pergi mandi dulu, baru sembahyang. Cepat ! Dah azan !" Arahan mak Ali.

"Ok mak."

Setelah Ali selesai solat maghrib dan baca doa, dia terus bangun nak ke ruang tamu untuk cek smartphone.

"Aikk Ali ? Kau dah lupa ke malam ni malam apa?" Nada suara mak agak tegas ketika soalan di ajukan.

Dengan cepat si Ali tu ambil smartphone dia dan terus cek kalendar.

"Alamak...! Malam jumaat lah ! Sorry mak... Ali terlupa. Fuhh nasib baik mak tanye. Hehe kalau tak, memang tak baca lah Yaasin malam ni."

Sudah menjadi rutin yang wajib dalam keluarga Ali yang mereka sekeluarga kena baca surah Yaasin pada setiap malam jumaat sesudah selesai solat maghrib.

Selesai bacaan surah Yaasin dan doa, Ali terus buka smartphone dan melayan youtube.

"Hish. Bising lah diorang ni, tengok tv pun riuh, dah macam pasar malam je aku tengok. Mak...! Ali nak ke dapur tau. Bising la kat depan ni, tak fokus orang dibuatnya tau."

"Kau dah kenapa? Apa yang tak fokusnya? Nak kata belajar, tidak? Layan handphone je dari tadi mak tengok. Nak pergi dapur, pergilah. Siapa yang nak larang? Kalau nak makan, make sure lepas makan, dapur tu kemas balik. Mak dah kemas petang tadi."

"Hish...! Mana ada nak makan. Malaslah nak kemas dapur tu nanti. Orang nak tengok youtube je. Kat sini, korang bisinglah. Tu yang tak fokus tu.."

Ali terus ke dapur. Sempat juga dia buat muka mengeluh depan mak dia. Ada ke patut? Haihh...

"Hahh... Kat dapur..., baru aman sikit. Sunyi...je..."

Ali duduk di atas kerusi yang kedudukannya betul-betul berhadapan dengan tingkap dapur.

Tingkap tu pula tak berlangsir. Kalau ada orang kat luar yang nak intai ke dalam dapur tu, memang boleh. Tapi kena tunduk dan intai dekat celah bawah tingkap, baru line clear.

Mula-mula, Ali macam rasa seram sikit nak duduk kat depan tingkap tu, cuak pon ada, takut nampak benda-benda yang pelik je nanti. Tapi, apa boleh buat, nak layan youtube punya pasal.

" Ahhh p lantaklah...!" Ali cuba belagak berani.

Ali terus pasang earphone dan layan video anime di youtube.

Syok gila layan youtube, sampai tak sedar yang jam dah pukul 12.55 malam. Keadaan di ruang depan rumah dah tak riuh dan mula sunyi sebab mak dengan abang Ali dah masuk tidur agaknya. So maknanya dah tak riuh la. Tinggal si Ali seorang je la yang tak tidur lagi. Kot...

Tetiba plak Ali overexcited bila dapat tahu yang mak dan abang dah tidur. Eh sempat pulak dia intai ke depan. Jam, dia tak tengok ke?

Earphone di telinga Ali tak dibuka, tapi laman youtube dah ditutup, ohhh... Layan lagu kat media player rupanya...

"Wohooo... Dah tidur la agaknya mak ni. Hehehe. Pe lagi enn... Kite layan lagu lah pulak..!" Shhhh... Perlahan-perlahan si Ali ni cakap. Takut mak sedar.

Sambil layan lagu di smartphone, Ali menari-nari, siap shuffle sume. Dia tak sedar tu yang tingkap dapur tu see through dari luar, tak malu ke apa, kot-kot la kan, mana la tahu kot ada orang kat luar tenga intai dia ke apa. Dah lah teknologi sekarang ni moden, nak malukan orang senang je. Ambil video masuk kat youtube. Viral trend... Malu ooooo. Tak baik !

MalamWhere stories live. Discover now