Hantu Stories

3.1K 79 1
                                    

"Eh? Awal kau bangun, Am? Dah sembahyang subuh ke? Kalau dah, jom sarapan dengan mak ni."

Terkejut mak bila nampak Amri dah terpacak kat belakang mak. Mak nak tergelak pon ada, first time si Amri ni bangun awal.

"Adik kau si Ali tu dah bangun ke belum? Sementara tunggu air ni masak, pergi kejutkan adik tu, suruh dia bangun, mandi lepastu sembahyang. Hari ni isnin, kena datang sekolah awal kata dia".

Amri cuma mengangguk. Dia turuti sahaja arahan maknya tanpa soal. Kemudian, dia masuk ke bilik Ali dan mula mengejutkan adiknya bangun dari tidur. Liat juga si Ali ni nak bangun.

" Woi bangun. Bangun. Ali. Bangun. Dah subuh woi. Bangun lah. Baik kau bangun sebelum aku pijak. Eeeeeeeeee! Woi! Kau kencing ek?! Mak...! Ali kencing atas tilam dia mak. Hahaha...! Woi bangun ah !"

"Apa Am? Ali kencing? !".

Soal mak dari dapur. Terkejut orang tua tu dengan apa yang dikatakan oleh Amri. Biar betul?

Lantas mak mengambil senduk kayu dan terus meluru ke bilik Ali. Sempat juga mak membebel.

"Haihh... Siaplah kau budak. Satu kerja aku nak bersihkan nanti".

" Woi Ali! Bangun ah. Mak on the way tu woi. Dah stand by dengan senduk kayu tu ha. Bangun la wei sebelum ko kena hentak nanti dengan mak. Woi ! Bangunlah!"

Habis puas si abang kejutkan adiknya bangun dari tidur. Tak bangun juga si Ali. Amri mula cuak bila dia sedar yang mak sudah berada di pintu bilik Ali. Mana tak cuaknya woi, kantoi lah nanti yang dia tu temberang je pasal Ali kencing.

.......bang....!

Satu pukulan sedap dan enak hinggap di punggung Ali. Terbaik ! Hambek kau !

"Wahh ! Adoi...doii..Adoi...! Uh.. Uh... Adoi...Sakit...!".

Terkebil-kebil Ali membuka matanya sambil meraung kesakitan. Pelik dia dibuatnya kenapa punggungnya sakit. Terus hilang ngantuknya pagi tu.

" Bangun! Dah pagi! Pergi mandi! Bertuah punya budak! Tak de tempat lain ke kau nak kencing?"

Ali kebingungan. Terdiam dia sambil merenung tajam ke arah mak. Dia perasan abangnya, si Amri ada dibelakang mak sambil menutup mulutnya, seolah-olah menahan diri daripada ketawa.

"Kencing? Apa mak cakap ni?"

Soal Ali sambil mengelap air liur basi yang ada pada pipinya.

"Meh sini aku cek. Betul ke tidak kau kencing atas tilam?"

Amri terus berlari ke dapur. Takut senduk kayu mak hinggap kat punggung dia pula. Ali terkejut dengan apa yang dia dengar. Terus dia bingkas berdiri sambil memegang seluarnya.

"Eh? Yeke orang kencing, mak? Takkan lah. Hish mana ada mak. Hahh cuba tengok seluar ni. Tak basah pun? Tak de bau hancing pun? Haihh mak ni... Memandai je tuduh orang kencing atas tilam."

Berganti orang pula yang membebel. Mak mula kebingungan.

".....lahhh... Mak ingat kau kencing atas tilam. Amri yang cakap tadi. Mak pon terus..."

".... Mak pon terus bantai Ali dengan senduk kayu tu?"

Ali memotong cakap mak sambil menunjukkan jarinya ke arah senduk kayu.

"Adoi...mak...sakit tu... Tak nak sekolah ah camni." Rungut si Ali.

.....pang...!

Penampar pula yang hinggap dipipi Ali. Berdesing kepala hotak dia pagi tu. Terus dia bangun dan lari ke bilik air.

MalamWhere stories live. Discover now