Part 3

3.8K 304 11
                                    

Encik Park mengangguk kepalanya.

Pn. Park memulas tombol pintu bilik anaknya itu.

"Tak bangun lagi budak ni."

Pn. Park segera ke katil untuk kejutkan Jimin.

"Jimin bangun?" Gerak Pn. Park sambil tangannya menyentuh bahu Jimin.

"Omma?" Jimin mengosok kedua-dua matanya.

"Ape dia?" Tanya Jimin yang masih mamai.

"Haish budak ni. Pergi bangun lepastu mandi!" Marah Pn. Park sambil tangannya menampar punggung Jimin berkali-kali.

"Omma?!" Jimin mengosok punggungnya itu kerana sakit akibat dipukul ommanya.

"Apa lagi? Pergilah mandi." Arah Pn. Park.

Tanpa banyak cakap, Jimin dengan pantasnya mengambil tuala dan terus membersihkan dirinya.

"Omma tunggu dekat bawah. Cepat sikit mandi tu, appa dah tunggu dekat bawah dah." Jerit Pn. Park.

"Ye." Jawab Jimin malas.

----

Sebaik Jimin membersihkan diri, kepalanya kusut memikirkan baju yang hendak dipakai.

"Apa nak pakai ni? Boleh ke aku pakai baju kasual?" Bisik Jimin sambil matanya mencari-cari baju yang hendak dipakai.

"Jimin! Cepat siap!" Jerit Pn. Park dari bawah.

"Hish omma ni." Bisik Jimin.

"Argh pakai je la baju ni." Sambungnya lagi sambil tangannya mengambil baju t-shirt berkolar berwarna merah di dalam almari bajunya serta seluar pendek berwarna coklat terang.

----

"Dah jom." Kata Jimin sambil menarik beg bagasinya.

Encik Park dan Pn. Park yang sedang rancak berbual terhenti sebentar.

Mereka berdua pandang bersilih ganti.

"Ini je?" Tanya Pn. Park.

"Ye inilah." Balas Jimin.

"Mana uniform sekolah Jimin?" Tanya Pn. Park sekali lagi.

"Uniform? Appa tak bagi." Jawab Jimin sambil jari telunjuknya ditunjukkan ke arah appanya.

"Appa pulak." Selit Encik Park.

"Yeobo?!" Pn. Park memandang suaminya itu.

"Yela. Salah appa. Appa terlupa nak bagi Jimin baju uniform." Kata Encik Park.

"Jadi bukan salah Jimin." Jimin memandang ommanya sambil kolarnya diangkat.

"Pergi letak beg dalam kereta." Arah Pn. Park.

"Tu lah marah lagi dekat Jimin last-last ommanya yang terkena. Hehehe." Kata Encik Park sambil menekup mulutnya.

"Anak dengan bapak sama je perangai." Pn. Park mengelengkan kepalanya.

Di Dalam Kereta.

"Dah sedia?" Tanya Encik Park kepada Jimin.

"Sedia?" Tanya Jimin walaupun dia sudah tahu apa maksud appanya.

"Sekolah baru? Kawan baru?" Tanya Encik Park sekali lagi.

Jimin mendiamkan dirinya kerana malas menjawab pertanyaan appanya sedangkan Encik Park tahu anaknya itu sudah tentulah tidak suka.

-------
Genie Athletic High School

"Okay. Dah sampai. Jom turun." Kata Encik Park sambil membuka tali pinggang kaledar.

Jimin turut sekali membuka tali pinggang kaledarnya.

Kemudian dia pergi ke but kereta untuk mengambil beg bagasinya untuk dikeluarkan.

Jimin melihat sekeliling kawasan sekolah itu.

"Kenapa? Tak suka?" Tanya Encik Park kepada Jimin kerana dia melihat anaknya dari tadi memandang lama di sekolah itu.

"Hah? Uhmm. Tak lah. Su-suka." Balas Jimin sambil memberikan senyuman tawar kepada Encik Park.

"Biasalah budak baru pindah sekolah, mestilah tak suka. Appa tahu suatu hari nanti mesti Jimin akan suka tempat ini."

"Kalau Jimin tak suka jugak, appa pindahkan Jimin balik dekat sekolah lama."

"Hahahaha. Appa tak kan buat. Appa akan tunggu sampai Jimin suka sekolah ni."

"Appa?"

Encik Park memandang Jimin.

"Tidak akan." Sambung Jimin.

"Tak apa, appa akan tunggu." Kata Encik Park.

Jimin mengeluh panjang.

"Sudahlah. Appa nak tunjukkan Jimin punya bilik." Sambung Encik Park sambil kakinya mengambil langkah.

Jimin menganggukkan kepala dan mengikut appanya daripada belakang untuk ke biliknya itu.

Sepanjang Jimin berjalan dengan appanya, dia melihat semua pelajar lelaki yang berjalan disebelah appanya menundukkan badan sebagai tanda hormat mereka kepada pengetua sekolah itu.

Jimin tidak menyangka pelajar-pelajar di sekolah itu sangat berdisplin dan pandai hormat-menghormati berbanding sekolah lamanya dulu yang sering tidak mendengar kata-kata guru.

---

"Hyung dengar cerita ada budak baru datang sini." Kata Jin yang sedang berjalan sambil dia mengosok rambutnya yang basah dengan menggunakan tuala kerana baru sahaja habis mandi di bilik Jhope dan Suga kerana di bilik mereka sendiri tiada air.

"Yer hyung! V pun dengar daripada mulut-mulut orang dekat sini yang mereka bagitahu ada pelajar baru datang sini dan lagi satu katanya anak pengetua." Balas V yang berjalan menghadap Jin sambil memberus giginya.

Tiba-tiba badan belakang V terlanggar seseorang sewaktu dia berjalan menghadap Jin tanpa melihat ke belakang sampaikan berus giginya terjatuh.

"Haish! Siapa ni? Buta ke!" Marah V sambil dia memusingkan badannya menghadap ke hadapan.

Jin yang berada di belakang V hanya dapat mendiamkan diri sahaja.

"Maaf. Tak nampak." Kata Encik Park iaitu pengetua sekolah itu.

Jimin yang berada di belakang appanya juga turut berhenti.

"Hah?! Errrr." V menelan air liurnya itu setelah dia dapat tahu siapa orang itu.

"Eh tak. Saya silap. Saya tak nampak." Kata V pantas yang sedang meraba-raba untuk mengambil berus giginya yang jatuh itu sambil matanya dibuat-buat buta.

Jin yang melihat V yang sedang membuat perangai itu segera mengetuk kepalanya dengan penumbuknya.

"Hyung? Sakit." Kata V sambil tanganya mengosok-gosok kepalanya akibat sakit diketuk oleh Jin.

Encik Park tersenyum melihat gelagat mereka dua itu sedangkan Jimin membuat muka menyampah terhadap Jin dan V.

Bersambung...

I Hate Him! I'm Not Gay!Where stories live. Discover now