Part 6

8.1K 516 26
                                        

-PULAU MANUKAN-

"Perhatikan Tuan Jimin dengan rakan-rakannya.Jangan lepas mata dari mereka semua.Faham?".Lelaki yang berjacket kulit warna hitam itu memberikan arahan kepada lelaki yang berdiri di sebelah.

"Faham.".Ringkas lelaki itu menjawab.

Dalam sekelip mata , lelaki yang berjacket kulit itu menghilangkan diri.Seperti ditiup angin , dia hilang dari pandangan.

Sniff sniff

Hidung Jimin menghidu udara di situ.Dia terhidu 'bau' yang agak dikenalinya.Dia seperti mengetahui gerak gerinya diperhatikan oleh seseorang.

"Dia orang kat sini".Jimin berbisik perlahan di telinga orang di sebelahnya.Matanya tidak melihat orang disebelahnya.Dia sibuk melihat sekeliling.

"Dia orang? Apa benda kau merepek ni?".

Mata Jimin lantas melihat orang di sebelahnya.Dia tergamam.Dia berfikir orang di sebelahnya itu Jin.Rupa-rupanya yang berjalan beriringan dengannya semenjak turun dari bot ialah Chumin.

"Hah?..Erm..Itu..Erm..Tak adalah".Jimin memegang belakang lehernya.Dia hampir-hampir membocorkan rahsianya yang paling sulit sekali tanpa dia sedari.

'What the f-.Kenapa dia yang ada kat sebelah aku.Nasib baik aku tak cakap benda-benda mengarut.Mana pula Jin menghilang ni?'.

Jimin menoleh ke belakang untuk mencari kelibat Jin dan yang lain-lain.Tetapi..kosong.Tiada sesiapa di belakangnya mahupun depannya.Dia hanya berdua bersama Chumin.

"Kau cari siapa?".Chumin menyoal apabila melihat kepala Jimin yang tertoleh-toleh itu.

"Aku cari Jin dengan yang lain-lain.Apasal semua orang hilang?".Jimin merenung Chumin yang pendek sedikit darinya.Ketinggian Chumin hanya mencecah di paras dadanya sahaja.

"Dia orang semua dah gerak ke tempat lain.Katanya nak tengok dulu tempat ni".Jawab Chumin.

"So~ That mean , hanya kita berdua aje lah sekarang ni?".Jimin tersenyum menggoda ke arah Chumin.

"Duh~ Terang-terang kita berdua aje lagi kat sini.Memang kita dua ajelah ada".Chumin membalas dingin.Dia malas mahu melayan Jimin walaupun sebenarnya dia amat terpegun melihat senyuman menggoda Jimin.

"Kiranya , kita sekarang ni tengah datelah?".Jimin menolak rambutnya yang jatuh di dahinya ke belakang menggunakan tangannya.

Kali ini Chumin tidak membalas.Dia benar-benar terpesona melihat perlakuan Jimin itu.Jimin kelihatan bergaya , kacak , mempesona.Lebih-lebih lagi senyumannya.Bibirnya yang..

'Wait a minute.Apasal aku rasa tertarik dengan si pervert ni? Ni mesti sebab aku mabuk laut lagi.Sebab itulah aku fikir yang bukan-bukan.Ya betul! Mesti sebab itu'.Chumin mengangguk-angguk kepalanya.

"Hello~? Earth to Chumin? Chumin to Earth?"

"Huh? Kau cakap apa?".Chumin merenung Jimin sekali lagi.

"Haha".Jimin tertawa kecil sambil mengulangi gayanya sebentar tadi.Dia menolak rambutnya ke belakang.

"Aku tahulah aku ni kacak.Tak sangka pula yang kau tergoda sampai hilang pendengaran".Jimin tertawa lagi.

"Whatever *roll eyes*".Chumin melangkah meninggalkan Jimin yang masih tertawa itu.

"Tunggulah.Kau ni tak takut ke kena culik? Suka sangat jalan sorang-sorang".Jimin menarik tangan Chumin untuk berjalan bersamanya.

"Aku lebih rela kena culik berbanding berdua-duaan dengan pervert macam kau ni".Chumin merentap tangannya dari genggaman Jimin.Walaupun dia suka Jimin memegang tangannya ketika itu.

Yes I'm a Vamp!Место, где живут истории. Откройте их для себя