PELIK 6

546 36 2
                                    

"mel... kenapa dia tak ambik aje duit yang awak berikan pada dia tu?....", soal luna kehairanan. "ntahlah...", balas melcy perlahan lahan. "hm...rezeki datang bergolek pun di tolaknya... memang peliklah pemuda tu...", komen luna. "mungkin dia tak nak terhutang budi dengan saya kot sebab itulah dia mengembalikan duit ni pada saya...", kata melcy pula. "hm... yelah tu...", balas luna sambil beredar dari situ. perlahan lahan melcy mengekori langkah kaki sepupunya itu dari belakang.

*** *** ***

Suasana di kafetaria begitu sibuk dan bising sekali. kelihatan melcy dan luna sedang melangkah masuk ke dalam kafetaria tersebut. selepas memesan makanan dan mengambil makanan masing masing, mereka pun duduk di atas kerusi dan meja makan yang ada di situ. ketika mereka sedang menjamu selera di situ tiba tiba melcy ternampak joey sedang duduk bersendirian di bawah sebatang pokok ketapang yang terletak tidak jauh dari kafetaria tersebut. joey duduk bersandar di bawah pokok ketapang tersebut sambil tangannya sibuk melukis sesuatu di dalam buku sketch di tangan. mulutnya pula sibuk mengunyah makanan yang di ambilnya dari dalam tupperware yang ada di sebelahnya saat itu.

"apa yang awak perhatikan tu?", soal luna ingin tahu. "Oh... saya sedang memerhatikan joey... kenapa dia suka makan di bawah pokok ketapang tu ar?... kenapa dia bawa makanan dalam tupperware pula?... dia memang tak suka makan di kafetaria ni ke?...", melcy bersuara sambil matanya tertuju ke arah pemuda yang duduk di bawah pokok ketapang itu. "hm... dia memang macam tu... dia selalu duduk kat situ sambil makan makanan dari tupperwarenya... dia jarang sekali makan kat kafetaria ni...", balas luna sambil memakan mee goreng dalam pinggannya. "saya rasa dia buat macam tu sebab dia nak berjimat cermat kot... maklumlah dia kan hanya peniaga burger kecil kecilan... dia bukannya anak orang kaya pun...", kata melcy perlahan lahan. "Hm... yelah tu...", balas luna acuh tak acuh. Perlahan lahan melcy bangun dari atas kerusinya. "eh... awak nak pergi ke mana tu?", soal luna ingin tahu. "saya nak pergi berjumpa dengannya...", jawap melcy sambil beredar dari situ. tinggallah luna seorang diri di situ.

Joey sedang leka melukis sesuatu di dalam buku sketchnya. dia tidak sedar ada seorang gadis sedang berdiri memerhatikannya tidak jauh dari situ. "hm.... leka betul awak melukis...", tegur satu suara. joey terkejut sebaik saja dia mendengar suara tersebut. dia segera mengalihkan perhatiannya ke arah datangnya suara itu. kelihatan seorang gadis sedang berdiri sambil tersenyum padanya. "oh... my God... dia lagi... kenapalah gadis ni selalu datang mengganggu ku?...", gerutu hati kecil joey. dia sebenarnya ingin bersendirian di situ tapi gadis itu datang mengganggunya pula. tanpa rasa segan silu melcy terus duduk di sebelahnya. "hai joey... apa yang awak lukis tu?... bagi saya buku sketch awak tu... saya nak tngok...", kata melcy sambil kepalanya tercangak cangak hendak melihat apa yang di lukis oleh pemuda itu tapi joey segera menutup buku sketch di tangannya.

"alah... kenapa awak tutup buku sketch awak tu pula?... saya nak tengoklah...", kata melcy dengan suara yang hampa. "maaf... kali ini saya tak benarkan awak tengok apa yang saya lukis...", jawap joey dengan tegas sekali. "kenapa pula?", soal melcy ingin tahu. "sebab ini buku sketch peribadi saya....", kata joey sambil memasukkan tupperware dan buku sketch miliknya ke dalam beg sandang di tangan. Dengan pantas joey beredar dari situ tapi melcy segera berdiri lalu menghalangi langkah kakinya. "kenapa awak selalu ganggu saya ar?", soal joey cukup jengkel dengan gadis tersebut. "saya bukannya nak ganggu awak pun... saya cuma ingin berbual dengan awak sekejap... boleh kan kalau kita berbual bual sekejap?", soal melcy perlahan lahan. "maaf... saya tak ada masa hendak berbual dengan awak...", kata joey dengan suara yang dingin sekali

"joey... kenapa awak bersikap dingin terhadap saya?... saya nak berbual dengan awak pun susah....", kata melcy dengan wajah yang serius. "kenapa awak beriya iya sangat nak berbual dengan saya ni?....", soal joey semakin jengkel dengan gadis tersebut. "sebenarnya saya ingin berkawan dengan awak... itu pun jika awak sudi...", balas melcy perlahan lahan. "maaf... saya tak sudi berkawan dengan awak...", tutur joey dengan wajah yang serius. dia mula melangkah pergi dari situ tapi dia di kejar oleh melcy dari belakang. "kenapa pula?...", soal melcy sebaik saja dia berjalan seiringan dengan pemuda itu. "sebab awak tu perempuan dan saya ni lelaki... perempuan dan lelaki tak boleh jadi kawan rapat...", kata joey dengan pantas sekali. melcy menggeleng gelengkan kepalanya. "pendapat awak tu salah.... perempuan dan lelaki boleh berkawan asal kan mereka pandai menjaga batas pergaulan dan pandai mengawal diri mereka sendiri...", kata melcy dengan bersungguh sungguh.

"so???...", joey menghentikan langkah kakinya. Begitu juga dengan melcy. Mereka berbalas renungan. "so... saya nak kita berkawan...", kata melcy sambil menghulurkan tangannya pada pemuda itu sebagai tanda persahabatan tapi joey tidak menyambut huluran tangannya itu. Malah dia hanya diam membisu. Dia mula melangkah laju meninggalkan melcy di belakangnya. melcy cepat cepat mengejarnya semula. "joey.... saya tak paksa awak berkawan dengan saya tapi saya berharap di suatu hari nanti awak akan sudi menerima saya sebagai kawan awak...", kata melcy perlahan lahan. joey cepat cepat menyarungkan helmet di atas kepalanya. "maaf... saya memang tak dapat memenuhi permintaan awak... awak carilah orang lain untuk di jadikan kawan baru awak... saya tak layak jadi kawan awak...", kata joey sambil menghidupkan enjin motorsikalnya itu. "tapi kenapa joey?...", soal melcy kehairanan. joey tidak lagi menjawap soalannya. Dia terus naik di atas motorsikalnya. Kemudian dia menghidupkan enjin motosikalnya. Motorsikalnya meluncur laju bagaikan pelesit. Tinggallah melcy seorang diri di situ.

PELIK (PG13)Where stories live. Discover now