Chapter 11

3.7K 217 16
                                    

Don't give up because you're losing -Sleeping With Sirens

Bau wangian perfume menusuk kuat dalam lubang hidung aku.Aduhhhh..sakitnya hidung.Aku terus terbangun dari tidur.Kalau aku tidur dalam keadaan macam ni tak pasal-pasal mati mengeras tapi orang tak perasan sebab bau mayat dah kena tepis dengan perfume ni.Aku melihat adik aku tergesa-gesa dengan tuala 'Avengers' terikat rapi di pinggangnya.

"Oh along dah sedar? Hang mengingau ke sampai tidur dalam bilik adik semalam?Hahahah."Adik dengan lajunya menyarung uniform sekolah yang masih panas dan keras semacam.

"Lebih kurang la."Aku menggosok air liur basi kering, tahi mata dan apa-apa habuk yang tersangkut di muka semasa tidur di lantai.Tak sangka semuda-muda aku dah dapat sakit belakang.Aku mengeliat memperbetulkan urat-urat yang dah tersimpul sebelum dia tersimpul mati terus.Aku bingkas bangun menuju ke tandas kerana oksigen dalam bilik tinggal 1%.

"Haa along tandas atas rosak,air tak keluar so adik call plumber,pukul 10 pagi camtu sampai lah.Pakailah tandas di bawah buat sementara
waktu."Adik menggayakan rambutnya sehensem-hensem yang boleh.Macam-macam produk rambut dia pakai dah serupa hair stylist aku lihat.Aku masih ingat kejadian sepupu aku main chewing gum dan terlekat dekat rambut adik. Dia punya marah sampai menangis haha.Tak pasal-pasal rambut cacat sebelah.

Aku membatalkan niat nak ke tandas sebab aku betul-betul kehausan.Aku menuju ke dapur dan menuang air sejuk ke dalam gelas.Aduh!Tekak aku terasa kering dan perit macam setahun aku tak pernah bersua dengan air.Aku menuang segelas lagi dan lagi sampai hilang rasa perit di tekak.Perit itu tak juga hilang walaupun aku dah kekenyangan air sehinggakan tak perlu jamah breakfast.Aku ada tercekik tulang ikan ke semalam?Semalam aku makan ikan ke? Beribu persoalan bermain di minda.

Aku cuba mengurut leher mana lah tahu ia sedikit sebanyak membantu.Tiba-tiba makanan di dalam perut seperti naik semula dan aku mula berlari selaju yang mungkin ke arah singki sebelum tumpah ke lantai.Aku muntah semula air yang aku minum tadi tapi warnanya merah seperti darah.Selepas segala isi perut aku kosong,aku terasa seperti ada seseorang mengerat leher aku.Aku cuba menahan kesakitan apabila muntah kali kedua ingin keluar.Sinki sudah bertukar warna dari silver ke merah darah.Aku cuba untuk muntah benda yang 'keras' di tekak.Akhirnya seksaan yang aku rasa semakin lama semakin hilang selepas benda 'keras' itu keluar.

Betulkah apa mata aku nampak?!B-benda keras itu ialah serpihan kaca yang terikat dengan helaian rambut yang panjang..

Tangan ku terketar-ketar hendak mengutip serpihan kaca tersebut. Macam mana kaca yang besar macam ini boleh di dalam tekak?Aku bukan macam orang-orang pelik dekat luar sana yang makan mentol lampu.Aku segera memasukkan serpihan kaca tadi ke dalam surat khabar lama dan buangkannya ke dalam bakul sampah.Aku membuka paip dan membiarkan airnya bertugas membersihkan darah di sinki.Aku cuba menahan penat dan menguatkan diri untuk bergerak ke tandas.Paip di sinki aku tutup dan aku berjalan perlahan ke tandas.Walaupun bukanlah jauh mana tapi penat yang aku rasakan macam tandas itu beribu batu.

Aku membasuh muka di sinki tandas dan berfikir seketika di situ.Aku melihat cermin yang tergantung dan melihat budak perempuan aka imaginary friend adik berada di belakang memandang tepat ke arah aku."Kau nak apa aku tak larat lah!!"Balqis menggelengkan kepalanya dan dari matanya seperti dia ingin menyatakan sesuatu tapi tidak boleh.Balqis menunding jari menyuruh aku memandang depan.

Cermin yang ketikanya tadi hanya reflection Balqis dan aku kini menjadi muka hantu yang berlidah panjang.Lapan tangannya keluar dan menarik tubuh aku supaya masuk ke dalam cermin.Aku cuba berpaut pada sinki sekuat-kuatnya."Balqis!T-tolong!!"Balqis hanya memandang aku dengan mata yang kosong.

Semuanya menjadi gelap.

PelikTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang