'Apa kena dengan minah sorang ni? Aku rasa aku tak buat salah apa-apa dengan dia. Aku dah buat kaji selidih dah. Eh, bila aku buat ye?! Aku baru sahaja jumpa dia tadi. Apa kes Julia ni?' sakit kepala Lidya.
"Pang!" Julia menampar pipi gebu milik Lidya tepat ke sasarannya. Dan pantas juga Lidya menampar Julia.
"Opsss! Tertampar pula. Tak dapat nak kawal tangan ni. Dia bergerak sendiri," kata Lidya. 'Aku ni asyik jadi mangsa penampar orang sahaja. Sakit pula tu. Tangan diorang macam tangan besi. Tapi aku tengok lemah lembut sahaja sifatnya,' bisik hatinya. Dia mengusap lembut pipinya yang sakit.
Julia memegang pipinya yang terasa perit. Dia memang tidak berpuas hati dengan Lidya. Dia dengki dengan Lidya yang begitu mudah dapat menjadi setiausaha Danish, pujaan perempuan di muka bumi ini.
"Sebab lelaki ajer ke kau nak tampar aku?" bahasa Lidya sudah tiada sopannya. Hukum karma. Orang kurang ajar, kita pun tak payah la nak tunjuk baik. Itu pasal ada pepatah. Kalau hendak orang hormat pada kita, kita yang terlebih dulu hormat pada orang lain. Tapi Julia ini dah tak ada hormat dah. Ikut suka dia ajer nak serang aku.
"Kau tak layak dengan Danish," kata Julia. Dia benar-benar geram dengan Lidya.
"Danish? Kalau kau nak sangat. Ambil! Aku tak hairan la. Aku kalau nak cari calon suami. Aku cari yang paling tak popular supaya aku tak dapat penampar percuma macam ni," jelas Lidya. "Atau kau dah gila?" sambung Lidya dengan tiba-tiba. Perkataan 'gila' di keraskan oleh Lidya. Ini telah menyebabkan Julia marah.
"Stupid women! I hate you so much!" kata Julia. 'Alahai, speaking English pula dengan aku. Ingat aku tak reti ke? Aku cuba. Aku cuba,' kata Lidya. Dia sebenarnya lemah dalam bahasa I
Inggeris tapi dia tiada keyakinan hendak bercakap dalam bahasa tersebut.
"What did you say?" balas Lidya. Kata-kata itu telah membuatkan gunung berapi milik Julia meletus dan meletup. Boom!!!
"You stupid! Idiot! Go to hell!" menjerit Julia. 'Ini sudah melampau si Julia. Siap go to hell! Macam dia yang menentukan aku masuk neraka. Allah! Allah yang menetukan segalanya. Kau tiada kelayakkan tu, Julia,' Lidya sabarkan hatinya.
"I don't care! Bahasa melayunya, ada aku kisah!" Lidya tergelak. Siap 'translet' lagi. 'Manalah tahu si Julia ni tak faham. Al-maklumlah. Hati tidak tenang,' Lidya mampu tersenyum lagi. Tapi tidak bagi Julia. Dia ingin menolak tubuh Lidya jatuh tetapi dia yang tergelincir sendiri dengan kuasa Allah.
Kedebuk! Bunyi yang biasa kita dengar.
"Astaghfirullahalazim!" datang seseorang yang tidak dikenalinya dengan tiba-tiba.
Rupa-rupanya kawan Julia yang menegur. 'Pandai dia beristighfar. Syukur. Mesti kawan dia baik,' teka Lidya. Namanya Shima. Lidya rasa lega sikit.
"Shim, betina ni tolak I sampai jatuh. Sakit tau," gedik Julia. Dia bangun dan menghampiri Shima. Dia memeluk lengan Shima. Shima membelai rambut Julia yang kusut sedikit. "Kenapa sayang?" kata Shima sambil memeluk Julia.
'Drama apakah ini? Diorang ni sihat dari segi mental ke? Aku rasa diorang ni tak sihat dari segi rohani. Bahaya ni,' Lidya mengerutkan wajahnya. Shima memandang Lidya dengan pandangan yang tajam. Julia semakin menggedik tahap tertinggi.
'Apasal gedik lain macam sahaja minah ni? Siap peluk-peluk seperti pasangan suami isteri. Lesbian ke? Astaghfirullahalazim,' Lidya beristighfar dalam hati. Hati dia yang hampir lega mula bimbang.
Penampilan Shima yang berambut pendek dan lebih kasual membuatkan dia berfikit yang bukan-bukan. Cepat-cepat Lidya beristighfar lagi. Dia ingin berlalu tetapi lengan dia di sambar kasar oleh Shima. 'Macam lelaki sudah gayanya dia mencengkam lengannya. Kuat sekali. Sakit!' Lidya betul-betul terseksa.
"Pang!" pipi yang sama menjadi sasaran Shima. Lidya mengadu. Dengan tenaga yang ada. Dia tampar Shima hingga gadis itu jatuh. Kuat sangat bunyi 'debuk'. Hatinya geram. Seluruh tenaganya habis di situ. Hanya tinggal 20% lagi tenaganya.
'Ingat ini game tampar-menampar ke? Asyik adengan ini sahaja. Aku dah naik muak sampai rasa nak muntah. Asyik aku yang kena tampar. Hari itu dengan tunang Adam. Sekarang ni dengan dua orang makhluk yang aku sendiri tidak kenal,' hati Lidya sememangnya sudah bengkak.
"Korang ingat pipi aku ni apa? Bantal?! Sesedap hati ajer bagi penampar," Lidya betul-betul geram. Lidya ingin lari dari situ. Bahayakan diri sahaja kalau dia lama-lama di situ. Lidya pantas melarikan diri dengan tenaga yang ada.
Mereka berdua mengejar Lidya. Silap Lidya juga kerana berlari ke tempat yang tiada orang. Sebenarnya Lidya masih tidak biasa lagi dengan tempat-tempat di syarikat tersebut. Dia pun tidak terfikir mahu berlari ke arah bilik Danish. Dia memang tidak terfikir langsung.
Tanpa Lidya sedari dia sudah kembali semula di dapur pejabat. 'Eh, kat sini semula?!' disebabkan dia terasa pening sangat. Dia terjatuh dan pada masa yang sama Danish berada di situ. Julia dan Shima yang nampak kelibat Danish terus melarikan diri.
*****
Danish berasa tidak sedap hati. Dia terasa pelik sebab Lidya tidak siap-siap lagi air yang dimintanya segera dia bangun dan menuju dapur pejabat.
"Astaghfirullahalazim!" terkejut Danish melihat keadaan Lidya. Keadaan Lidya yang basah kerana disiram oleh Julia tanpa Danish tahu. Danish dapat mengagak apa yang berlaku pada Lidya. Mesti peminat-peminatnya yang lakukannya. 'Perasan gak aku yang diri ini ada peminat,'
"Lidya, awak okey?" soalnya. Bimbang dengan keadaan Lidya. Pipi Lidya betul-betul merah. Kalau dua belah tak mengapa tapi sebelah sahaja. Kejam betul siapa yang melakukannya. Dia tidak pasti muka pelaku itu. Dia lebih risaukan keadaan Lidya. Lidya cuba bangun tapi dia jatuh semula.
Danish menghulurkan tangannya tetapi Lidya tidak menyambutnya. Dia cuba bangun lagi. Lemah betul badannya. Semua gara-gara seorang lelaki, dia jadi begini. Benci betul dia dengan perempuan seperti itu.
"Bos, saya cuti hari ini," kata Lidya dengan selamba sahaja dan terus berlalu apabila dia sudah boleh berdiri.
"Meh, saya hantar awak ke hospital," tawar Danish.
Lidya menolak lagi. Dia terus berlalu tetapi Danish tetap tidak berputus asa. Cintanya terhadap Lidya semakin kuat. Sekuat tabahnya, Lidya.
"Saya hantarkan," suara Danish sedikit mengeras. Geram dia melihat kedegilan Lidya. 'Sakit-sakit pun mahu degil ke?' ngomel Danish dalam hati.
"No! Thank. I have to go..." kata Lidya. Hatinya bengkak dengan sikap perempuan-perempuan yang menghuru-harakan paginya.
"Give me chance to help you," Danish memujuknya. Lidya merenung ke dasar mata Danish. Dia sejak dulu sukar untuk mengharap pertolongan dari lelaki. Selagi dia mampu dan kuat untuk melakukannya, dia akan buat sendiri.
"Did you hear me?" kata Danish sambil melambai-lambai tangannya. Lidya tersedar dari khayalannya. 'Apa kena dengan mamat ni? Tiba-tiba sahaja speaking English. Nak jadi Julia nombor dua ke? Aku dahlah fail English kalau tang bercakap. Tulis tu boleh la,' bisik hatinya.
"No. It's okey?" Lidya berjalan pantas walaupun hakikatnya tidak pantas mana sebab Danish masih boleh mengejarnya. Lidya mencapai beg tangannya dan bergerak segera ke lif.
Lidya berdiri di depan pintu lif. Sementara menunggu pintu lif terbuka, Danish sudah menghampirinya. Lidya kekal dengan tingkahnya. Hatinya masih geram dengan kejadian tadi. Dia meraba pipinya yang perit. Danish kesian dengan keadaan Lidya.
"TING!!" pintu lif terbuka dan tiada sesiapa di dalam. Mungkin sebab masih waktu bekerja. Lidya cepat-cepat masuk diikuti Danish. 'Buat apa la si Danish ni ikut aku,' Lidya menjeling Danish yang tenang sahaja lagaknya.
Sebaik sahaja lif ingin tertutup, Lidya buat muka masam. Dia tidak suka cara Danish berkawan dengannya. Baiklah sangat. Lelaki, biasanya kalau baik sangat dengan perempuan mesti ada udang di sebalik batu.
"Awak tak okay, Lidya. Biar saya bantu awak," Danish betul-betul tidak berputus asa. Lidya dipandangnya. Dia lemah. Apakah dendam mereka terhadap perempuan kesayangannya? Dia buntu.
Dia mengikut langkah Lidya. Dia mengekori kereta milik Lidya. Lidya segera ke klinik. Lidya dirawat oleh doktor yang dia kenali.
"Terima kasih Aman, rawat dia untuk aku. Pasal bayaran ubatnya, serahkan kepada aku," kata Danish dalam telefon. Dia masih duduk dalam kereta Ferrari merahnya. Dia memerhati Lidya daripada jauh.
Lidya ingin membayar ubat yang perlu dibelinya tetapi Danish sudah membayarnya. Geram sungguh hati Lidya. Dia tidak suka berhutang dengan sesiapa pun.
Tetapi hari ini Lidya tidak mampu untuk berurusan dengan sesiapa pun. Dia tidak larat. Dia pulang ke rumah. Berehat di sana. Uminya hilang entah ke mana. Dia terus menuju ke biliknya. Selepas menelan ubat tahan sakit, dia terus terlelap.
Umi Kalsom yang baru sahaja pulang dari berjumpa dengan seseorang yang penting tanpa pengetahuan Lidya. Dia masuk ke bilik Lidya apabila melihat Boboy anaknya berada di luar. Dia melihat Lidya sedang berselimut. Hanya menampakkan mukanya sahaja. Pipi Lidya merah.
"Sayang, merahnya pipi," kata Uminya. Lidya yang tersedar dengan kehadiran umi Kalsom segera bangkit. 'Alamak! Apa alasan yang nak bagi ni? Nasib baik tak jelas sangat kesan lima jari minah-minah yang tak betul tu,' Dia cuba tersenyum tapi kelat.
"Alya pakai pemerah pipi," kelentong Lidya. Muka Lidya memang tidak pandai menipu. Mukanya berkerut lagi.
"Pemerah pipi? Sejak bila pula Alya pandai pakai benda alah ni?" umi Kalsom berasa pelik. Dia bimbang.
"Sejak zaman dahulu kala," lawak Lidya. Dia tidak mahu uminya terusan bertanya tentang pipinya. Umi kalsom tergelak dengan lawak anaknya. Dia memeluk Lidya. Sayang sungguh dia pada Lidya.
"Sayang tak kerja?" soal uminya lagi.
"Tidak," Lidya berkata lembut. Uminya bangun dan membiarkan Lidya berehat. Umi Kalsom tahu yang anaknya kena tampar tetapi dia tidak mahu memaksa Lidya untunk memberitahunya. Biarkan Lidya tenang sendiri.
*****
Damia berasa pelik dengan sikap abangnya semalam yang dulu-dulu. Masa pergi makan di rumah Lidya. 'Malu-malu kucing atau malu-malu kerbau. Macam tak pernah bercakap dengan perempuan sahaja lagaknya. Bukankah dulu abang aku tu playboy? Memang dah insaf kot,' Damia menyapu sampah di tangga keselamatan. Tiba-tiba, sekumpulan perempuan menghampirinya. Penyapunya di rampas dan di campak ke tangga. Jatuhlah penyapunya.
"Kau kenapa? Tak sihat ke?" kata Damia. Geram ketenteraman jiwanya di kacau oleh Ayu, Wani dan Shima.
"Kami sakit hati. Sakit hati tengok kau!" kata Ayu sambil menolak kepala Damia dengan hujung jarinya. 'Nama ajer Ayu, tapi sikap, perangai tak seayu nama. Sedap hati dia tolak kepala aku. Ingat kepala aku ni apa? Bayar zakat tau kepala ni,' geram Damia diperlaku seperti itu. Dia sabarkan hati.
"Apa yang aku dah buat pada kau sampai kau dapat penyakit hati yang hampir kronik ni?" kata Damia. Ayu buat muka menyampah.
"Yang kau tergedik-gedik dengan encik Zuraimi tu apasal?" soalnya.
"Zuraimi? Itu kawan aku sebelum aku kerja sini. So salah ke aku tergedik-gedik dengan dia?" Damia mengeraskan suaranya pada perkataan tergedik-gedik. Dia betul-betul geram dengan perempuan ini. Hendak sahaja dia mempraktikkan seni pertahankan diriya iaitu silat gayung atau pun silat cekak ke? 'Hihihi Padahal aku belajar sendiri dalam buku yang aku beli. Semua buku aku beli yang berkaitan dengan pertahankan diri,' jelas Damia. Dia teringat akan sesuatu.
'Dia mengenali seseorang yang mengajarnya mengenai pertahankan diri jikalau diri anda ditangkap dari belakang. Cara-caranya macam ini. Apabila kita ditangkap daripada belakang, anda pijak sahaja kakinya menggunakan tumit kaki kita. Mesti secara automatik dia akan berasa sakit dan anda berjaya melarikan diri KECUALI tumit kaki anda pula yang berasa sakit. Bila sudah sakit, susah mahu lari. Makanya, anda fikir sendirilah. Iklan apa yang aku buat ni?' tension Damia.
"Kawan ke? Apa ke? Aku tak mahu tahu itu semua. Yang penting aku nak kau jauh daripada dia," jelasnya lagi.
"Aku memang dah jauh pun dengan dia. Tak berminat langsung. Kalau kau nak buat laki, ambik la. Aku ni dah bertunang," sengaja Damia menayangkan cincin pemberian mamanya kepada Ayu the geng. Jelas sekali mereka terkejut. Damia ketawa dalam hati terbahak-bahak.
"Mia!" Danish yang kebetulan hantar bekal makanan kepadanya menegur.
"Abang!" gembiranya hati dia. Sudah boleh mula rancangan baru. Damia memang nakal dan suka kenakan orang lain.
"Sayang buat apa kat sini? Borak-borak ye? Ponteng kerja? Tak baik tahu," kata Danish. Sememangnya Danish sudah biasa bermanja-manja dengan adiknya seperti itu. Dia sebenarnya tak boleh lama di sini.
"Mana ada la abang. Meh Mia kenalkan abang pada kawan-kawan Mia," Damia memperkenalkan seorang demi seorang kepada abangnya. Danish meminta diri apabila telah memberi bekal kepada adiknya. 'Dah besar panjang pun nak bawa bekal lagi. Kuno betul adik aku ni," kata hati Danish berlalu pergi. Sempat mengutuk adik sendiri.
"Kacak tunang kau," puji Wani.
"Mestilah!" Damia berbangga diri. Dia gembira sebab mereka bertiga tiada sebab untuk menganggu dia. Damia mengutip penyapunya yang jatuh tadi dan bergerak ke pintu lif. Dia perlu menyapu di tingkat 11.
"Bye korang!" kata Damia sambil masuk ke dalam lif. Lif mula bergerak ke tingkat empat, tingkat lima dan sampai tingkat enam, lif tersebut terbuka. Kelihatan seorang lelaki yang agak besar badannya. Damia buat tidak tahu.
"Kau!" lelaki tersebut menegurnya. Damia terkejut.
"Siapa kau?" selamba Damia bertanya.
"Kau yang kata aku, kingkong!" Haris mula geram. Dia kenal perempuan ini. 'Alamak, kecil rupanya dunia ini. Oh, dunia!' Damia sempat bermadah didalam hatinya.
"Suka hati aku la," jawapan selamba lagi si Damia. Kepalanya disekeh oleh tangan 'king kong' itu.
"Wei! Sakit la!" Damia menjerit.
"Padam muka kau," Haris amat berpuas hati dengan apa yang dilakukan. Lif sudah bergerak ke tingkat 8. 'Siap kau kingkong!' hatinya meronta. Dia merancang sesuatu yang baik punya.
Apabila sampai tingkat 9, Haris melangkah keluar dari Lif. Dia meluru melintasi Damia. Saat itulah Damia memulakan rancangan nakalnya itu. 'Nakal aje, tak jahat,' hatinya berkata lagi.
Dia sengaja menyelit kaki Haris. Akibat daripada perbuatan itu, Haris jatuh tersadung dan dia tersungkur mencium pintu lif yang sudah pun tertutup.
"Padam muka! Ciumlah pintu lif tu!" Damia ketawa kuat. Suka benar hati dia. Sampai sahaja di tingkat 11, Damia ingin melangkah keluar tapi di halang oleh Haris. Dia menarik lengan Damia masuk semula dalam lif dan naik ke tingkat atas sekali iaitu tingkat 15. Tingkat tersebut masih belum digunakan. Maksudnya tiada orang di sana.
Dia menarik lengan Damia keluar dari lif dan menyandarkan dia di dinding. Damia sudah mula mengelabah. 'Apa yang mamat ni nak buat kat sini? Siap ajak aku sekali,' Damia sudah seram sejuk sahaja.
Haris ingin ketawa melihat wajah gelabah gadis itu tetapi dia tahan sahaja. Buat muka serius. 'Berani kau cari pasal dengan aku!' gertak hatinya.
Haris mendepakan tangannya melintasi muka Damia dan melabuhkan tapaknya di dinding tersebut lalu dia menatap wajah Damia. Damia kaget. Dia terkejut.
Bibirnya dikucup lembut oleh Haris. Dalam kepalanya sudah fikir lelaki ini gila!
"Ini akibat kau kenakan aku. Daripada kau cium pintu lift u, baik aku cium kau. Sedap juga!" kata Haris geram. Damia betul-betul nak amuk tapi semua ilmu pertahanan diri yang dia belajar dari buku terus hilang entah ke mana. Dia kaku.
Namun demi keselamatannya, dia gagahkan juga memandang Haris yang masih asyik menatap wajahnya. 'Muka aku cantik sangat ke? Muka aku memang cantik tapi kau? Kau macam kingkong!' bisik hatinya.
Tetapi di saat mata mereka saling bertatapan. Tiba-tiba hatinya berdebar-debar. Sesuatu telah berlaku. Bukan sahaja Damia yang merasakannya malah Haris turut merasakan perkara yang sama. Bulu roma mereka berdua meremang!
"Aku dengar tempat ni keras," kata Damia. Haris angguk kepala. Akhirnya, mereka cepat-cepat meninggalkan tingkat 15 itu.
"Oi!" panggil Damia. Haris berpaling. Apabila tingkat 11 terbuka, dia memanggil Haris. Haris berpaling. "Pang!" Damia menampar pipi milik Haris. "Ini untuk kiss maut kau yang kurang ajar tu!" kata Damia sambil lari keluar daripada lif itu. Haris terpaku melihat gadis itu sehingga hilang di pandangan matanya.
*****
Danish tidak tenang di pembaringannya. Dia terkenangkan Lidya. Bagaimana keadaannya? Pelbagai persoalan yang timbul mengenai Lidya yang dia sendiri tiada jawapan. Dia cuba memejamkan mata.
Hampir sahaja dia melupakan tarikh perkahwinan sahabatnya, Vela pada hari ahad ini. Mereka buat di dewan khas untuk kawan-kawan bangsa melayu. Semua dijemput.
Hari ini Danish membawa baju melayu lengkap kerana hari jumaat. Pergi solat jumaat sekali. Yang penting dia sukakan warna merah. Merah darah. Baju melayu merah dipadankan dengan sampin hitam. Memang kacak. Disangkutnya di tempat menyangkut dalam biliknya.
Pagi tadi dia berjumpa dengan Lidya. Wajah itu sudah ceria semula. Lega hatinya. Bimbang betul dia dengan keadaan Lidya. Dia terus melakukan kerja-kerjanya.
*****
'Kenapa si Danish ni lama menyepi. Rindu pula. Rindu? Hish apasal rindu pada lelaki? Oh, rindu sebagai sahabat!' katanya tersenyum. Dia menghirup air kopi yang baru dipesannya. Sedap. Haria menghubungi telefon pejabat Danish sebab dia sudah hubungi telefon bimbit tapi tiada yang jawab.
"Hai," tegur Haris.
"Assalamualaikum," kata Lidya. Dia yang jawab panggilan itu. 'Memanglah aku yang jawab, aku kan setiausahanya,' Lidya tersenyum.
'Sejak bila pula Vela masuk Islam ni, bagi salam,' hatinya keliru. "Siapa ni? Vela ke?" Hari bertanya. Dia tidak mahu berlaku salah faham.
"Eh, tidak! Saya Lidya, setiausaha sementara sahaja. Vela cuti kahwin," jelasnya. Lidya agak terkejut apabila Haris berkata begitu.
"Oh, macam tu! Takpe. Boleh saya bercakap dengan Danish?" Haris berkata.
"Sekejap. Saya hubungi encik Danish. Nama Encik?" lembut Lidya berkata.
"Haris Akmal," Haris menyebut namanya.
Lidya menghubungi Danish. "Bos, ada seseorang bernama encik Haris Akmal mahu bercakap," kata Lidya. "Haris Akmal? Oh, dia! Sambungkan pada saya," arah Danish. "Baiklah," kata Lidya.
"Apa kes si Haris ni telefon aku? Rindu akulah tu," Danish bercakap bersendirian. Dia tersenyum.
"Hello," Haris berkata.
"Assalamualaikum," tegur Danish. Terkejut Haris dengan teguran sahabatnya. 'Sejak bila dia jadi alim macam ni? Dulu tak kisah? Sah, aku memang dah lama aku sesat. Benda mudah pun aku tak lakukan. Insaf. Sekadar salam pun aku tak mampu buat,' dirinya insaf.
"Haris!" panggil Danish apabila Haris terdiam lama. Pelik. Haris terkejut. Rupa-rupanya dia sudah lama membisu.
"Waalaikumusalam," jawabnya ringkas. "Lama tak jumpa kau," kata Haris lagi.
"Aku sibuk sikit dengan kerja," jelas Danish.
"Sibuk dengan kerja ke atau dengan setiausaha yang baru? Tentu cun melecun setiausaha kau kan?" Haris mengusik Danish. Danish tersenyum dan dia ketawa gembira.
"Mestilah. Itu salah satu sebabnya. Aku nak kahwin dengan dia," terus-terang Danish tanpa berselindung.
"Cepatnya!" Haris agak terkejut dengan pengakuan Danish.
"Biasalah kalau hati sudah suka, jangan biar lama-lama. Nanti dikebas orang. Menyesal tak sudah aku nanti," jelas Danish gembira.
Haris menamatkan panggilannya.
"Danish kata apa?" soal Mira kepada Haris. Rupa-rupanya Haris bersama Sarah, kekasihnya dan Lidya Amira. Mira begitu teruja untuk mengetahui perkembangan Danish. Entah kenapa dia begitu menyukai Danish. Semakin Danish menjauhi diri daripadanya, semakin Mira menyukainya dan berusaha memiliki Danish.
"Kau lupakan sahaja nak memiliki Danish," kata Haris.
"Kenapa pula?" Mira kehairanan.
"Dia nak kahwin sudah," terus-terang Haris.
"Dia nak kahwin dengan siapa?" soal Mira. Hatinya berdebar-debar. Kecewa dia apabila mengetahui perkara ini. Dia masih mengharap pada Danish.
"Ada perempuan ni, mungking hujung minggun ini dia akan pergi meminang," katan Haris lagi. Jelas wajah Mira terkejut. 'Secepat itu?' sungguh dia rasa sedih. Rasa sedihnya yidak dapat dibendung lagi.
"Siap perempuan tu?" soal Mira lagi. Dia tidak puas hati kalau tidak tahu siapa perempuan itu.
"Entah. Aku pun tak tahu tapi setiausaha dia," kata Haris. Dia Asyik melihat wajah Sarah yang cantik.
"Setiausaha aje?!" mira terkejut bagaikan tidak percaya. Perempuan biasa sahaja. Mira bangun dari kerusinya.
"Mira, kau mahu ke mana?"
"Aku ada hal pula. Kenapa?" soal Mira.
"Sebenarnya aku tak kisah kau nak pergi mana pun. Aku lagi suka kalau kau tak ada dekat sini. Boleh aku berdua dengan Sarah aku," jelasnya. 'Rupa-rupanya aku belum insaf sepenuhnya,' bisik hatinya. Dia tersenyum.
"Fine!" kata Mira dan berlalu pergi meninggalkan mereka berdua.
"Sarah, you sayang I tak?" tiba-tiba Haris bertanya kepada Sarah.
"Of course I love you," katanya dengan penuh keyakinan.
"Sure?" kata Haris sambil menjeling Sarah.
"You don't believe me?" Sarah menyoalnya kembali?
"I don't know," Haris berkata lemah. Semakin hari, dia rasa cintanya terhadap Sarah berkurangan. Dia asyik teringat gadis itu. Peristiwa yang berlaku dalam lif berputar kembali dalam kotak fikirannya. Perempuan itu sungguh kelakar. Tiba-tiba hadir senyuman dibibir Haris Akmal. Sarah berasa pelik dengan perubahan Haris.
"Please don't worry, Haris. I love you so much!" Sarah memeluk lengan Haris. Haris membiarkan sahaja. Mereka berbual bersama selepas itu.
*****
Mira memandu pelahan keretanya. Dia menuju ke syarikat milik Danish. Dia teringin berjumpa dengan setiausaha yang dikatakan oleh Haris itu.
Mira sampai di depan bilik Danish. Di meja setiausaha tiada sesiapa. Segera dia masuk ke bilik Danish. Danish yang menyangkakan Lidya hanya membiarkan. Dia terusan meneliti dokumen-dokumen atas mejanya. Mira menarik nafas lega.
Dia ingat Danish bersama-sama dengan setiausahanya dalam bilik ini dan buat sesuatu yang tidak baik. Serta-merta membuat hatinya sakit tapi sebaliknya. Lega sangat.
Mira memerhati raup wajah milik Danish. Wajah itu sentiasa tenang dan bagai menyimpan satu rahsia yang besar. Mata yang cantik. Hidung yang mancung. Rambut yang disikat kemas menampakkan lebih kacak dan macho. Pakaiannya pula simple. Hanya kameja merah dan bertali leher hitam. Kot hitam yang tersangkut kemas di kerusinya.
Danish memang seorang yang kemas. Tengok sahaja biliknya. Perhiasan yang menarik. Penuh dengan gambar pemandangan.
Danish yang terasa pelik kerana Lidya diam sahaja. Dia mendonggak kepalanya. Alangkah terkejutnya dia sampai berdiri.
"Mira!" Danish menyebut namanya. Mira tersenyum.
"Yup! Saya. You terkejut macam tengok hantu sahaja?" soal Mira.
"Hantu? Mengarut sahaja you ni. I ingat setiausaha I. I arah dia buat air tadi. Tiba-tiba dahaga," jelas Danish. Dia tidak tahu kenapa dia perlu cemas. Dia bimbang Lidya menyangka dia bukan-bukan. Lelaki yang tidak baik. Dia sangat cemas.
"Oh, yeke? Tak salah I datang ke sini?" soalnya lagi. Danish hanya menggelengkan kepala sahaja walaupun hatinya kurang senang dengan gadis ini.
Mira tersenyum. Lidya yang pergi membuat air kegemaran bosnya, segera masuk ke bilik Danish tanpa mengetuk pintu. Itu permintaan Danish yang membenarkan dia masuk tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu.
Lidya terkejut apabila melihat Danish ada tetamu. Ketika Lidya masuk ke bilik tersebut Mira membelakangi Lidya. Dia berpaling untuk melihat gadis kesukaan Danish. Alangkah terkejutnya dia. Dia amat mengenali Lidya
"Lidya Alya," Mira menyebut nama Lidya. Lidya juga terkejut.
"Lidya Amira," juga menyebut nama Mira. Lidya tersenyum. Begitu juga Mira tetapi di dalam hatinya berkata lain. 'Menyampah aku! Asyik jumpa betina ni sahaja. Kerjanya merampas orang yang aku suka sahaja,' bisik hatinya. Wajahnya semanis kurma dipamerkan pada Lidya.
Mereka bersalaman. Danish terkejut juga sebab mereka berdua saling mengenali antara satu sama lain.
"Bos, kawan saya! Kawan saya masa di universiti dulu," jelas Lidya pada Danish. Danish hanya tersenyum dan dengan baik hatinya dia membenarkan Lidya dan Mira berbual bersama 'Rupanya perempuan ni? sejak di univesiti lagi dia sentiasa didepan aku, Danish suka perempuan ni ke?' hatinya mula tertanya-tanya. Entah kenapa dia terasa tercabar.
"Lidya apa khabar? Sihat?" Mira beramah-mesra walaupun hatinya menyampah. Dia sememangnya tidak menyukai Lidya sejak gadis itu muncul dalam kamus hidupnya. Kawan-kawan Mira dan orang lain, semuanya suka berkawan dengan dia. 'Ish. Menyampahnya! Ada apa dengan perempuan ni?' hatinya berbisik. Wajahnya masih tersenyum mesra.
Lidya yang suka bersangka baik tidak menyedari itu semua. Mira teringat yang dia pernah cuba mengenakan Lidya sebab Lidya merampas lelaki yang dia suka tetapi tidak berjaya. Mungkin Lidya bernasib baik ketika itu. 'Tetapi kali ini kau tidak akan bernasib baik seperti dulu. Aku lebih berkuasa. Kuasa apa? Entahlah! Kuasa Goku? Hahaha lawak,' Mira ketawa sendirian dalam hatinya.
Mira bangun dan meminta diri. Dia rasa sakit hati kerana Danish seperti tidak kisah Lidya berbual dengan dia. Nampak sangat yang Danish betul-betul suka pada Lidya. Lidya tersenyum.
'Kau jangan senyum Lidya, aku benci tengok kau senyum,' bisik hatinya. Sakit melihat senyuman itu. Dia menahan diri.
"Lidya, boleh awak keluar tak sekejap. Saya ada hal nak bercakap dengan Danish," pinta Mira. Lidya tersenyum lagi. Dia angguk kepala lalu keluar dari bilik Danish. "You hendak pergi meminang Lidya bila?" persoalan Mira membuat Danish terkejut. 'Mira tahu pasal ini dari siapa? Mesti Haris. Kau memang tak boleh simpan rahsia la,' bisik hati Danish.
"Ahad. Ahad minggu depan sebab ahad ni vela, setiausaha I kahwin," jelas Danish yang teragak-agak dengan pertanyaan Mira dengan tiba-tiba.
"Oh macam itu. Okay. Tidak mengapa. I just tanya sahaja," Kata Mira dan berlalu keluar. Dia masuk ke dalam perut keretanya. Dia tersenyum puas.
Mira sudah merancang satu rancangan besar untuk mengenakan Lidya. 'Kau tunggulah Lidya. Kau akan dapat hadiah istimewa daripada aku. Nantikan sahaja,' bisik hatinya puas. Dia tidak sabar untuk melaksanakan rancangannya.
Mira menghubungi seseorang untuk melaksanakan pelan jahatnya. Dia memandu pulang dengan hati yang gembira. Rancangannya akan berjalan dengan lancarnya.

YOU ARE READING
Suamiku Vampire
VampireSelamat datang ke penulisan terbaharu saya iaitu Suamiku Vampire Kehidupan adalah anugerah utama ilahi.Anugerah Kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat manusia yang wajib kita syukuri dan hargai.Internet adalah kemudahan buat kita.Justeru itu...