TwO ; Taehyung

437 60 4
                                    

" Yahh! Pulangkan balik basikal aku!! " jerit Hye So sekuatnya walaupun dia tahu ia tidak akan berhasil.

Dia mengeluh,semoga jejaka itu pulangkan semula basikalnya.




Harap.

Setelah itu,Hye So memasuki cafe tersebut dengan mulut yang memuncung dan langkah seakan zombie.Kaunter dihampirinya namun sahabatnya tidak diendah.

" Hey,marah nampak. " tegur Taehyung,salah satu pekerja Starbuck cafe tersebut dan merupakan sahabat baik Hye So.

" Ntah lah.. " balas Hye So acuh tidak acuh,masih merisaukan akan kondisi basikalnya yang telah dicuri tadi.

" Habis tu..asal muka masam macam lepas minum cuka 100 botol? Bibir tu..kalah itik muncungnya.Kuekk! Kuekk!! " usik Taehyung tersenyum sinis.

" Shit. "

Taehyung tertawa mendengar reaksi sahabatnya.Wajah cemberut Hye So sangat mencuit hati.Tak garang,tapi terlebih comel dan kelakar! Namun tawanya terhenti apabila Hye So merenungnya tajam.Terasa kekok pula!

" Ehem! " dia cuba membaiki suara,mengacah seperti tiada apa berlaku." Ceritalah apasal kau tetiba macam bengang ni? " soalnya.

" Entah lah,aku tak tahu macam mana nak cakap.Nak kata bengang,memang ada.Nak kata keliru pun ya "

" Asal? "

" Macam ni...sebelum aku masuk cafe ni,aku ada terserempak dengan seorang lelaki ni masa aku tengah park basikal.Dia tiba-tiba tegur aku,dengan nama aku sendiri,minta pinjam basikal. " terang Hye So dengan penuh resah.

" Then? "

" Lepastu,aku tak sempat nak bagi jawapan dia dah ambil basikal aku and bawa lari! " Hye So cuba menarik nafas dengan dalam.Semakin bengang pula dia!

Sekali lagi,Taehyung tertawa dek kerana ekspresi wajah Hye So yang kini memerah kerana terlalu bengang.Manakala di sisi Hye So,dia hairan dengan sahabatnya ni.Setahu dia,cerita dia ni cerita serius dan bukannya lawak setaraf dengan gag concert!

" Dah-dah lah tu gelak! Tak lawak weyh,benda ni serius! "

" Sorry-sorry.Alah..rilekslah! Kau tak pakai nametag, tapi dia tahu nama kau.Maksudnya,dia kenal kau lah tu.Rileks,nanti basikal kau dia pulangkanlah balik. " ujar Taehyung cuba menyedapkan hati gadis itu.

" Ye lah... 'PERHAPS!' " balas Hye So acuh tak acuh sambil menekankan perkataan bahasa inggeris itu.Taehyung hanya menggelengkan kepalanya.

" Haaa...kau datang sini nak apa? Kalau kau nak minum-minum,kau order cepat.Kalau datang nak lepak je lebih baik kau blah " halaunya.Hye So menggulingkan biji matanya.

" Iyaa,aku nak orderlah.Kalau tak, basikal aku takkan kena curi semata-mata nak singgah sini. " balas Hye So kegeraman." Macam biasa,satu. "

" Okay,pesanan akan tiba sebentar! "

Taehyung menguntum senyuman terulungnya yang menampakkan bentuk segi empat tepat.Pen diambil lalu nama gadis itu ditulis di atas cawan plastik berlogo cafe itu.Kemudian,dia berlalu ke pantri untuk menyiapkan pesanan tersebut.

Beberapa minit kemudian,pesanan yang dipesan Hye So siap.Dia menyeluk poket seluarnya lalu menghulurkan beberapa not Won kepada Taehyung.

" Eoh,terima kasih kerana datang! Sekarang kau boleh blah! " kata Taehyung serupa menghalau.

" Okay,fine..menghalau! Aku merajuk! "

" Pfffft..pergilah! Dari aku layan kau,lebih baik aku layan awek-awek yang nak order ni! " usik Taehyung tersenyum sinis.

Fuck! 

Hye So menggulingkan biji matanya,annoyed! Kakinya kemudian melangkah pergi dengan geram.Lantai cafe itu dihentak-hentaknya ganas seakan-akan dia adalah seorang tentera askar sedang berkawad.Mujur sahaja lantai cafe itu tidak retak!

Diperhatikannya sekeliling,tempat kegemarannya tiada orang! Tanpa membuang masa,cepat langkahnya berjalan ke arah meja yang terletak di tepi tingkap cafe itu.Sengaja dia menjadikan tempat itu sebagai spot kegemarannya.Terasa seperti di dalam drama pula!

Strawberry Frape sejuk diteguknya dengan tenang.Segala kepenatan hari ini amat meletihkannya.Bahunya terasa sakit dan kakinya terasa lenguh.

Wait,

Hye So kembali teringat akan basikalnya! Ya tuhan,apa sudah jadi dekat basikal aku?

[ C ] COFFEE  + vminWhere stories live. Discover now