2

2.5K 121 3
                                    

"Hafizah, cepat bangun. Harini kita nak tawan Gunung Kinabalu," gesa Nalisa.

"Kenapa nak bersiap awal sangat? Sejuklah," rungut Hafizah.

"Memanglah sejuk. Cuba kau tengok kat luar tu." Nalisa menyelak langsir lalu menuding jari ke luar.

Kabus putih memenuhi ruang. Titis-titis air melekat pada kaca sliding door bilik mereka. Penglihatan mereka menjadi amat terhad akibat kabus yang terlalu tebal.

"Dah tahu sejuk, kita tunggulah matahari naik dulu." Hafizah menarik selimutnya kembali. Dia cuba untuk memerangkap haba supaya tubuhnya kekal panas.

"Fizah, kau tengok jam pukul berapa sekarang."

Hafizah mengerling ke arah jam tangannya. 8.00 pagi. Dia segera bangun duduk seperti ada spring di belakang tubuhnya. "Kenapa tak cakap awal-awal?! Kau tak kejut aku Subuh ke?"

"Aku dah kejut tapi makin aku kejut makin kau gulung badan kau. Dah macam ulat gonggok aku tengok," usik Nalisa. "Dah, cepat bersiap."

Hafizah segera mendapatkan tualanya lalu ke bilik air. Usai mandi dan mengganti solat Subuh, mereka berdua turun untuk bersarapan di cafe. Kafe tersebut terletak tidak jauh dari lobi. Dari jauh mereka dapat lihat kawasan kolam renang yang dikawal oleh pihak polis. Kolam renang disita dan tidak ada sesiapapun yang dibenarkan masuk tanpa kebenaran.

"Apa yang kecoh tu?" tanya Hafizah sangsi.

"Entahlah. Macam kes berat. Kes bunuh kot. Kau tengok air kolam tu berubah warna merah," duga Nalisa. Dia hanya membuat andaian berdasarkan pemerhatiannya.

Hafizah sekadar mengangguk. Matanya masih memerhatikan tempat kejadian. Dia inginkan penjelasan yang lebih tepat. Bukan sekadar andaian. Tiba-tiba matanya menangkap wajah seseorang yang kelihatan seperti pernah dilihatnya. Lelaki itu memakai pakaian seragam polis lengkap dengan pangkat inspektor.

"Lisa, cuba kau tengok tu." Hafizah menuding jari ke arah seorang lelaki yang sedang sibuk mencari klu di tempat kejadian tersebut.

Nalisa mengecilkan anak matanya untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas. "Itu kan... Aidil."

"Aku pun rasa macam tu. Aku sengaja tanya kau untuk mendapatkan kepastian. Takut-takut aku tersilap orang."

"Aku pasti tu Aidil. Jambul dia masih tinggi macam masa sekolah dulu. Tak silap lagi. Tak sangka sekarang dia dah jadi seorang inspektor."

Hafizah terus memerhatikan Aidil yang sibuk menyiasat di tempat kejadian. Setelah beberapa ketika, pihak polis memasukkan mayat seseorang ke dalam beg plastik yang dizip rapat. Aidil meninggalkan tempat kejadian menuju ke lobi.

Hafizah dan Nalisa yang sudah selesai bersarapan meninggalkan kafe. Mereka terserempak dengan Aidil di lobi. Wajahnya amat serius. "Pastikan tidak ada sesiapapun yang meninggalkan hotel ini sebelum diperiksa pihak polis," arah Aidil kepada staf-staf hotel dan pengawal di lobi.

"Aku nak tegur dia sekejap. Kau tunggu sini," ujar Hafizah.

Belum sempat Nalisa menghalang, Hafizah terus menghampiri Aidil. Dia tidak suka sikap Hafizah yang terlalu suka mengambil tahu tentang masalah orang lain. Si Aidil itu pula garang orangnya. Silap hari bulan habis Hafizah kena tengking kerana mengganggunya ketika bertugas.

"Assalamualaikum Inspektor Aidil," tegur Hafizah dengan nada sinis. Dia sendiri tidak menyangka budak yang nakal ketika zaman sekolah sudah menjadi seorang inspektor yang disegani orang ramai.

Aidil berpaling dan melihat muka Hafizah. Dia terkejut. "Apa kau buat kat sini?" Soalan itu terpacul keluar dari mulut Aidil yang kelihatan bingung.

KanibalWhere stories live. Discover now