Bab 25.

1.8K 107 9
                                    

A/N: Tch. Aku benci betul tengok engkau. Aku mahu tusukkan pisau kesayangan aku sedalam-dalamnya di dalam tubuh engkau. Haha. Lihat skrin telefon dan ternampak bayangan aku di belakang kau sambil memegang pisau? Heh. Terlambat. Kau belum mati tapi aku akan pastikan engkau bakal dan akan mati. Sekian dan selamat membaca.
_________________________________________

" 24 anggota kita mati, Tuan Khai. Manakala, anggota Darkworst pula kehilangan Rifqi dan juga 37 anggota mereka mati terbunuh. "

Aku mengetap bibir. Dapat aku lihat Naqib kini sedang menahan amarahnya. Ikmal, Hazman, Akmal dan Nazmi yang memegang jawatan sebagai orang kanan clan Darkworst cuba menenangkannya.

" Hazim. Mana dia pergi? " tanya Naqib kepada salah satu anak buahnya.

Dapat aku lihat seorang anak buahnya kini berbisik-bisik dengan Ikmal lalu tubuhnya ditumbuk dan ditendang beberapa kali sehingga dia pengsan. Yang lain hanya membiarkan sahaja. Dia mengerutkan dahinya. Matanya mula berkaca-kaca.

" Hazim, di- "

" Hazim apa?! " bentak Naqib.

" Hazim dah mati, Naqib. " kata Ikmal lalu memalingkan wajahnya ke arah yang lain.

" What? Tak mungkin. Hazim bukanlah calang-calang orang. Tak- "

" Ya! Dia mati dengan kedua belah tangan dan kakinya dipotong. Kepalanya juga disembelih dan dia digantung di atas pokok. Kita terlalu mencabar mereka, Naqib. Aku tahu yang mereka kejam. Aku berani mati tapi aku tak nak mati sekarang! Ada nyawa yang perlu aku selamatkan! "

Yang lain hanya terkedu mendengar apa yang dikatakan oleh Ikmal. Pada pandangan aku, mereka ini bukan calang-calang orang kerana mereka berjaya menumpaskan Hazim dengan mudah. Hazim adalah antara yang terlatih. Diberi latihan khusus selama 2 tahun sebelum berkhidmat untuk clan ini. Seorang pakar dan dia berjaya dikalahkan dengan mudah? Apakah?

" Khai, apa kita nak buat sekarang? " tanya Syafiq.

" Aku tak tahu, Naqib. Mesti ada agenda di sebalik semua ini. Kau rasa logik ke Hazim boleh mampus secepat ini? Kena gantung pulak tu. Dia pakar, Syafiq. Aku tak faham. Mereka ni memang betul nak semua yang terlibat dalam perang ni matilah. " kataku sambil mengeratkan peganganku pada senapang.

" Aku pun tak faham. Memang tak logik. Kita tengah berperang dengan siapa pun kita tak tahu. Mereka ni betul-betul liciklah, Khai. "

" Ak- "

" Ahh!! "

Bunyi teriakan kedengaran di mana-mana. Bunyi bom diletupkan juga tidak berhenti dari tadi. Aku mengarahkan yang lain cuba mencari tempat berlindung.

" Lahanat! Apa semua ni?! " marah Syafiq.

" Manalah aku tahu! " balasku.

Bunyi peluru dilepaskan bertubi-tubi. Sial. Machine gun!

" Khai! "

Aku mengelak dan mengambil uzi dan mula menembak ke arah yang aku tak pasti. Bunyi peluru dan bom di mana-mana sahaja. Sehinggalah semuanya tiba-tiba bertukar menjadi sepi.

Baru sahaja mahu memanggil yang lain, kedengaran suara Syafiq menjerit.

" Khai! Bazooka! "

Babi. Aku menoleh ke arah belakang dan terlihat seseorang menumpukan perhatian sepenuhnya untuk menembak aku dengan bazooka yang aku yakini adalah miliknya. Aku segera mengelak dan bunyi letupan kedengaran bersama dengan bunyi jeritan lelaki yang aku kenali. Syafiq!

" Khai, t- tolong aku. "

Aku segera berlari ke arahnya lalu menarik tubuhnya ke tempat yang lebih selamat. Dia menggigil lalu memegang erat tubuhku.

PISAUWhere stories live. Discover now