Bab 12

6.9K 216 11
                                    


Dijendela, aku melabuhkan punggung pada kerusi. Cuaca sungguh sejuk, baru lepas hujan katakan. Bintang malam kutenung lama dan berharap akulah bintang itu kerana boleh melihat semua makhluk ciptaan Allah. Kalaulah aku bintang, tidaklah hati aku sesakit begini. Aku juga tidak tahu kenapa, mungkin penangan kata-kata Danish petang tadi.

Mahu saja aku menagis, alangkah bagus ada mak, boleh aku menagis di bahunya. Aku tak kuat untuk semua ini. Mata yang berkaca sebentar tadi sudah mencurahi bumi. Kenapa nak menagis pula ni. Aku bukan suka dan sayang dia pon. Derasa ku menyeka air mata itu agar tidak dilihat sesiapa.

Kuatnya ego kau Haura, kau lupa ke kau cakap kau dah mula cintakan dia. See, sebenarnya perasaan kau tu masih celaru sama ada kau cinta ataupun belum lagi pada dia. Bisik hatinya.

Mungkin lain yang diungkap mulut dan lain pula yang diungkap oleh hati. Itulah manusia. Allah dah buat sebaik-baiknya.

           **********************

Usai makan, aku masuk ke bilik. Bukan niatku untuk menyendiri dari mereka, tapi mungkin ini adalah cara terbaik buat masa sekarang. Tak mungkin untuk aku duduk dengan mereka dalam keadaan aku sekarang. Aku masih rasa keliru. Kata-kata sayang sudah diungkap, tapi masih dengan perangai playboynya.

Danish mula lihat perubahan aku sejak pulang tadi, kerana aku banyak berdiam diri. Sepatah yang ditanya mama hanya sepatah juga yang aku jawab. Nasi yang dihidangkan tadi juga kujamah sedikit. Datin Liana tanya tentang kesihatan ku kerana melihat aku seperti kurang sihat. Hanya senyuman yang kubalas. Mungkin aku tidak sihat gara-gara Danish. Arghhhhhh. Aku tak tahan lagi begini.

Dalam leka aku melemparkan pandang ke luar tingkap, tiba-tiba kepalaku diusap seorang. Rambut paras dada ku dialih kebelakang oleh gerangan yang aku tidak tahu siapa dia. Sekalung rantai emas berloketkan hati terletak cantik ditengkuk ku. Aku bagaikan terkejut. Satu ciuman hinggap dipipi ku. Aku kaku, wajahnya kulihat dan gerangan itu adalah Danish.

"Ran... rantai ni..." belum sempat aku menghabiskan kata-kata, Danish terlebih dahulu menyuruh aku agar diam. Aku akur.

"Jangan hilangkan." Kata Danish sambil mengusap lembut rambutku.

"Saya taknak rantai ni, ni untuk girlfriend awak." Aku mula menundukkan muka. Terasa muka ku sudah mula panas bagaikan ada air yang mahu mengalir, dan Danish tidak perlulah melihatnya.

Muka ku didongakkan sedikit oleh Danish. Dia tersenyum. Bibirku disentuhnya. Aku hanya biarkan, dan biarlah aku juga melayan perasaanku kali ini.

"Awak, hanya awak girlfriend yang saya ada. Isteri saya dunia akhirat. Percayalah Haura, tidak ada yang lain selain awak."

"Sekarang, saya nak jujur tentang semuanya, dan mungkin dah tiba masanya untuk saya luahkan segala-galanya pada awak. Tak perlulah ada rahsia lagi antara kita." Sungguh aku sayu dengan kata-katanya.

"Saya tahu dan saya boleh nampak perubahan awak bila saya cakap saya belikan untuk girlfriend saya. Tapi tak ada orang lain selain awak." Tangan aku ditarik , lalu dia memeluk aku kepangkuanya apabila aku sudah mula menagis teresak-esak. Tak dapat aku tahan lagi, dan biarlah aku menagis dipangkuanya kali ini.

"Saya tahu awak juga cintakan saya, kan?" Bisiknya lembut ke telinga ku.

"Ye, saya tak boleh tipu perasaan saya. Saya memang cintakan awak, dan jujur saya cakap saya cemburu bila awak cakap awak ada girlfriend tapi saya sedar saya siapa." Ujarku.

"Jadi awak pun cintakan saya?" Tanya Danish yang sudah kelihatan gembira dengan respon ku.

"Emm, nak saya tarik balik ke?" Aku pula nengusiknya dalam tangisan yang masih bersisa.

"Hemm, tak sayanglah tu." Nadanya sedikit merajuk. Aku memukul lembut bahunya.

Tangisan Haura kini makin kuat, entah apa yang difikirnya.

"Kenapa ni sayang." Suara Danish memujuk.

"Saya mintak maaf sebab bersangka buruk pasal suami sendiri." Kata-kata itu ku ungkap jujur seperti apa yang aku rasa. Bersalah pula bersangka buruk tampa menanyakan hal yang sebenar.

"Sayang, saya tak kesah semua tu. Salah saya juga sebab tak jujur." Aku terasa sedikit lega.

"Jadi awak maafkan saya?" Kata ku.

"Emm, dengan syarat saya tak nak awak berbahaskan awak saya lagi." Danish sudah mula tersenyum nakal lalu air mata ku tadi diseka olehnya.

"Ha...habis tu apa?" Ishhh, malu pula aku dibuatnya.

"Panggil abang." Ujar Danish.

"A...abang?" tanya Haura untuk kepastian.

"Tak bolehlah awak, rasa macam nak muntah panggil macam tu." Ujar Haura lagi.

"Ala, cuba la yunk." Muka Danish sudah seperti merajuk. Layan ajelah Haura.

"Yelah, abang. Uwerkkk." Haura saja mengusik Danish dengan lagaknya yang mahu muntah. Lalu dia ketawa.

"Amboi, belum apa-apa dah mengandung ye yunk." Danish tersenyum nakal, matanya cukup memainkan peranan.

Haura hanya mampu menahan malu, dia sengaja mahu kenakan Danish, alih-alih dia yang terkena.

Seketika kami hanya menyepi. Wajah antaraku ditatap lama. Entah apa yang bermain di fikiran anak muda itu. Wajahku ditarik semakin hampir dengannya. Tanpa aku sedar, bibir kami bertaut. Tengkuknya kurangkul erat. Respon yang kuberi buatkan Danish semakin galak. Bibirku dibukanya perlahan. Lidah kami bertembung. Aku hanya membiarkan dia meneroka taman yang indah kini.

Sebenarnya malam ini sudah lamaku nantikan untuk rasa sebahagia ini. Tiada apa yang mampuku ungkapkan selain daripada syukur terhadap Yang Maha Esa kerana menemukan aku pada orang yang boleh menerima baik burukku.

Cinta HauraWhere stories live. Discover now