Part 1

2.9K 183 9
                                        

          Dia menyusun bunga-bunga itu dengan sepenuh hatinya.Hatinya juga turut berbunga-bunga.Dia sudah dapat menjangka tentu ada ramai pelanggan mahu membeli gubahan bunga-bunganya itu.

          Selain itu,dia turut menjual rantai kunci dan pin yang dilekatkan bunga yang dijahitnya sendiri.Dia juga turut menjual roti dan kek cawan.Dia meminta tolong daripada kawannya iaitu Luhan untuk membantunya membuat roti dan kek cawan itu.

         Setiap kali Chorong meminta pertolongan daripada Luhan pasti lelaki itu berkata"Awak ni memang comel macam cupcake.Hadiahkanlah saya satu ciuman,"usiknya nakal.Tetapi chorong hanya tersenyum.Dia sudah tahu lelaki itu merupakan anak orang berada.Manalah sesuai dengan dirinya yang serba kekurangan.Jadi diam adalah lebih baik walaupun Luhan sudah berkali-kali berkata mahu berkahwin dengannya.Pasti keluarga Luhan tidak menerimanya.

         Chorong cuba menyingkirkan perasaan sedihnya.Dia terus meletakkan gubahan bunga itu diatas meja."Sudah siap,Chorong?"kata Puan Mira iaitu pemilik kedai bunga itu sambil berjalan keluar.Tiba-tiba Puan Mira berhenti."Oh,saya hampir terlupa,Chorong."Puan Mira memandang Chorong.

"ya"balas Chorong.

"Hari ini kamu jaga kedai hingga malam.Jangan lupatu.Jangan merungut atau kamu akan digantikan."arahan dikeluarkan."baik Puan Mira."Chorong mengangguk lagi.Wanita itu meninggalkan Chorong selepas itu.Chorong mengeluarkan bekas jahit untuk menjahit lebih banyak.Kebanyakannya kanak-kanak yang mahu membeli pin itu.Kata mereka pin itu comel.Chorong hanya senyum sahaja.

       Tiba-tiba selepas beberapa minit dia menjahit,seorang lelaki yang amat dikenalinya memasuki kedai itu dengan ucapan selamat pagi yang sungguh ceria sekali."Selamat pagi,Luhan,"ucap Chorong kemudian dengan senyuman manis.

"Saya ada bawa sesuatu untuk awak suka makan donat strawberri kan?"Luhan mengeluarkan bungkusan berisi donat yang dibawanya.

"Terima kasih.Buat susah-susah saja"Kata Chorong sambil melihat bungkusan itu.Chorong memandang Luhan.Dia seperti teringatkan sesuatu."mama dengan papa awak tak marah ke awak keluar sesuka hati ni?Bukan ke ini masa awak dipejabat?"Chorong mengerutkan dahi mula berasa risau."Mereka takkan marah saya sehinggalah saya tertangkap.Jadi,jomlah makan malam nanti ya?"Luhan berkata dengan wajahnya sedikit mengharap.

"Kerja,atau sekadar antara 1001 alasan yang awak beri?"kata luhan sambil memandang tepat ke mata Chorong.

"maaf......"Chorong menundukkan kepalanya.Rambutnya sedikit demi sedikit jatuh menutupi wajahnya yang mula kemerahan."kalau saya tak sibuk pon malam ni,saya mungkin menolak pelawaan awak ajak saya keluar."kata Chorong lagi.

"Tapi kenapa?janganlah sebab kita berbeza taraf,awak anggap saya ni orang asing,"kata Luhan dengan agak kecewa.

"Saya memang asing dimata mama dan papa awak,"Chorong tersenyum lemah.

"Tapi saya sukakan awak..saya cintakan awak Chorong....."Luhan berkata perlahan.

"Saya pun..suka dan cintakan awak,Luhan."Chorong menjawab lemah."tapi kita tak boleh nak buat apa-apa.."kata Chorong lagi.

    

                                                                 ~A-Pink~




V For VampireWhere stories live. Discover now