BAB 28

7.6K 289 0
                                    

PAK!

Tiba-tiba Lia menepuk meja di hadapan mereka,membuatkan Lyn dan Qasrina yang asyik bersembang dari tadi memandang nya.

"Kau dah kenapa?", soal Lyn sambil mengurut dada.Qasrina mengiakan soalan Lyn.Takde angin,takde ribut.Tiba-tiba je Lia menepuk meja.Nasib baik mereka berdua takde sakit jantung.Kalau tak,confirm mati katak dalam butik yang cantik ni.Mujur jugak lah dalam butik tu hanya ada mereka bertiga sahaja.

Lia tersengih.Tak sangka perbuatan nya tadi telah mengejutkan dua orang kawan nya."Sorry sorry.Aku bukan apa,aku cuma geram je.Rina..apsal kau bertambah cun lepas balik dari Ausie?",

Kini,Lyn dan Lia pula yang memandang Qasrina.Mereka ingin tahu.Memang betul pun sahabat baik mereka dunia dan akhirat ni dah makin lawa.Nak jugak tahu kut-kut Qasrina pakai produk,kan?Qasrina tersenyum.Dah banyak kali dah dia dengar orang puji dia cantik lepas balik dari Australia.Dia sendiri pun tak tahu mengapa.Bila dia tengok diri nya di cermin,biasa-biasa je.Macam lima tahun yang lepas jugak.Hidung mancung,bibir merah,mata bulat,kening cantik,ayu bertudung,kulit..oh,cuma kulit nya je yang berganda putih.Tapi tu bukan faktor nya.

"Mana ada lah.Aku biasa-biasa je macam dulu.Korang ni hah!sejak dah habis belajar dari London,makin matured pulak aku tengok", pujian Qasrina ikhlas.Memang mereka bertiga mendapat tawaran untuk sambung belajar ke luar negara lima tahun yang lepas.Lyn dan Lia dapat tawaran di universiti yang sama yang terletak di London manakala Qasrina pula mendapat tawaran di University Of Melbourne di Melbourne,Australia.Sejak itu mereka terpisah.Ini baru kali pertama mereka berjumpa kembali selepas lima tahun.

"Eleh..muka kitorang je yang matured", Lia mencebik.Merajuk lah tu.

Qasrina tersenyum."Anyway,Lyn.Macam mana kau boleh ada butik sendiri?bukan ke kau baru balik tahun lepas?takkan in one years kau boleh ada butik?", itu lah yang menghairankan Qasrina sekarang ni.Seperti yang dia tahu,Lyn dan Lia belajar di London cuma selama empat tahun sahaja manakala dia belajar di Ausie selama lima tahun.Jadi..mustahil Lyn boleh ada ada butii sendiri yang cantik dan besar begini dalam masa setahun.

"Ohh,ni bukan aku punya butik pada asal nya.Ni mak long aku punya.Lepas je aku balik dari London,dia terus serahkan butik ni pada aku.Tu yang nama butik ni takde nama aku",

Qasrina mengangguk faham."Kau pula Lia?tak cari kerja ke?",soal Qasrina pada Lia."Tak.Ayah aku nak bagi aku kerja dengan dia.Tapi..next month lah baru aku masuk",

Qasrina angguk lagi.Nampak nya,Lyn dan Lia dah ada kerja.Cuma dia je yang belum ada lagi.Malas betul nak cari.Lagipun dia baru je balik minggu lepas.Masih penat.Tapi kalau ada rezeki,dia pulun je lah.

"Kau pula?", serentak Lyn dan Lia menyoal pada Qasrina."Aku?entah lah.Takde keja lagi.Menganggur lah aku buat masa ni", sambil bercakap,Qasrina menyusun shawl-shawl di atas meja yang nampak sedikit senget.Sakit mata nya tengok.

Melihat kelakuan Qasrina di depan nya,Lyn dapat satu idea.Ting!

"Beb..kerja dengan aku",

Qasrina angkat muka.Dia kurang dengar sebenar nya apa yang Lyn cakap tadi."Apa dia?", Qasrina blur."Kau kerja dengan aku dalam butik ni", Lyn sudah tersenyum.Harap nya Qasrina setuju lah dengan idea nya yang tiba-tiba datang tu.

Bulat mata Qasrina mendengar permintaan Lyn."Aku?kerja dengan kau?biar betul?", tak sangka betul.Baru beberapa minggu dia jadi penganggur,dah ditawarkan kerja?pemilik nya kawan baik dia pulak tu.Ni rezeki nama nya.

"Yup..please..kesian kan lah aku.Butik ni dah lah gedabak.Dua tingkat pulak tu.Pekerja aku pula cuma dua orang je.Aku ni dah lah jarang ada kat butik.Mana mampu dua orang pekerja aku nak handle semua ni", Lyn tunjuk muka kesian.

Qasrina pandang sekeliling.Memang betul kata Lyn.Butik ni memang besar.Dua tingkat pulak tu.Dan di dalam butik ini terdapat banyak bahagian.Contoh nya,di tingkat satu hanya terdapat koleksi pakaian baju muslimah seperti dress,jubah,dan baju kurung dan juga koleksi baju dan perhiasan untuk pengantin.Di tingkat atas pula,terdapat koleksi tudung seperi shawl,bawal dan segala jenis tudung ada di sini.Selain dari tudung,di tingkat ini juga terdapat barang perhiasan seperti rantai,pin tudung,handbag dan kasut.Memang semua adalah.Kesimpulan nya,jika rasa nak shopping semua barang
tapi malas nak masuk banyak tempat,datang lah ke butik Lyn ni.

"Okay tak?", Lyn soal lagi bila Qasrina hanya diam membisu."Okay!", Qasrina jawab dengan semangat.'Yeah!dah dapat kerja.Tak delah aku jadi penganggur tak bertauliah.

~~~ √ ~~~

QASRINA menghempaskan tubuh nya di atas sofa.Segenap sudut kondominium mewah itu diterjah.Cantik!disebabkan dia dah dapat kerja yang ditawarkan oleh Lyn,dia terpaksa berpindah dari rumah ummi nya yang terletak di Putrajaya ke Cheras.Kalau ikutkan,dia nak je menyewa dengan kawan-kawan sekolah nya yang lain.Tapi,Qhalif melarang.Kata nya kalau duduk begitu,menyusahkan pula.Kondominium ini pun Qhalif yang bagi.

Asal nya rumah ni milik kawan kepada Kak Mimi,tunang Qhalif.Tapi kawan nya itu terpaksa berpindah ke tempat lain dan terpaksa juga meninggalkan barang-barang besar seperti sofa,meja makan,dapur gas,rak besar dan yang paling mengejutkan Qasrina bila dia sampai sahaja di sini ialah sebuah televisyen Plasma 52 inch yang turut ditinggalkan.Siap dengan saluran Astro lagi!agak nya orang yang pernah tinggal kat sini tu kaya kut.Main tinggal je semua benda.Tapi barang-barang peribadi semua pemilik tu dah angkut.Kenapalah dia tak tinggalkan je cash money bersepah-sepah kat sini?haha..tak reti nak bersyukur Qasrina ni.

Tapi elok jugak macam ni.Tak payah lah susah-sudah dia nak angkut segala barang yang gedabak naik ke tingkat 15 ni.Dia berpuas hati dengan semua ni.Sangat!

"Let's Marvin Gaye and get it on
You got the healing that I want
Just like they say it in the song
Until the dawn, let's Marvin Gaye and get it on",

Fikiran Qasrina diganggu oleh lagu Marvin Gaye dari telefon bimbit nya.Ringtone.Terus dia mengeluarkan telefon bimbit dari dalam beg tangan.Nama yang tertera pada skrin membuatkan dia tersenyum sebelum menjawab nya.

"Hello,assalamualaikum ummi", sapa Qasrina.Happy lah mak telefon.Padahal baru beberapa jam tak jumpa.Rindu kita lah tu!

"Waalaikumssalam.Dah sampai?macam mana condo nya?okay?",

"Dah sampai dah.Terlampau okay,lah ummi.Best gila.Nanti Rina bawak ummi datang sini tau", excited pulak bila dah ada rumah sendiri ni.Semua orang nak diajak nya.Kalau boleh,satu Kampung Durian tu nak diangkut.

"Hah yelah.Duduk sorang-sorang tu hati-hati sikit.Kunci pintu dan grill.Ni dah Asar ke belum?",

"Belum..", Qasrina sengih.Tadi excited sangat dapat rumah baru.Nasib baiklah Asar baru je masuk.

"Belum lagi?bertuah betul budak ni.Dah..pergi Asar dulu.Esok start kerja elok-elok", Puan Maizurah menitip pesanan terakhir.

"In shaa Allah,okay lah.Rina nak Asar dulu.Bye,assalamualaikum,ummi",

Talian pun dimatikan.Dan dia bangun untuk ke bilik air.Namun langkah nya terhenti separuh jalan bila ada bunyi dari telefon bimbit nya yang menandakan ada SMS yang masuk.Namun Qasrina tidak hiraukan.Tak penting pun.Sembahyang dulu.

**bersambung di bab seterusnya**

Love you,Mr Add Math!Where stories live. Discover now