PART 9

257 20 2
                                    

Sambungan dari part 8

"Apa kata kalau kita pergi serbu diorang dekat kelab malam ni ? Aku ajak member member lain termasuk Suga . Biar Suga tahu perangai sebenar HyeRin . Takde la dia terus berharap dan merana macam ni . Sedih aku tengok keadaan dia . Kau free tak ? Kalau free kami pergi jemput kau dekat rumah ." Kookie memberi cadangan . Rancangan untuk mendedahkan identiti HyeRin akan bermula .


"Haa , boleh . Lagipun besok cuti kan ? Malam minggu memang selalu keluar lepak pun . So , takde hal . Ok , aku tunggu korang malam ni , pukul 8 . Aku gerak dulu , apa apa hal nanti call aku ." Yoona menyatakan persetujuannya sebelum pergi meninggalkan kawasan asrama lelaki terbabit .


Asrama lelaki . Hari yang sama . 6.30 petang .


"Ehh korang , aku ada idea baik punya . Malam ni takde buat pape kan ? Jom keluar . Kau sekali Suga . Malam ni kena ikut kami . Aku tak nak kau terperuk je dalam hostel ni . Ada benda aku nak tunjuk dekat kau ." Kookie bertanya kepada rakan rakan yang lain selepas menjejakkan kaki dihadapan pintu asrama . Mukanya serious . Hatinya panas menahan marah .


"Aku takde mood . Korang nak keluar , korang keluar la . Aku malas nak pergi mana mana ." Suga membuka mulut .


"Kau kena pergi juga Suga . Aku tak kira . Benda ni penting dan korang semua termasuk kau , Suga kena tahu hakikat dan kebenaran . Malam ni semua kena ikut . Aku dah ajak Yoona . Dia pun ikut sekali . Kau Jin , malam ni bawak kereta . Jadi driver kami . Sebab kau je yang ada lesen kereta . Takda bantahan . FULLSTOP !". Kookie memberi kata putus dengan tegas sebelum rakan rakan yang lain sempat membuka mulut . Nak atau taknak semua "terpaksa" bersetuju untuk mengikuti Kookie walaupun masih bingung dengan rancangan sebenar Kookie .

8.00 malam .


Seperti yang telah dirancang dan dijanjikan . Mereka telah sampai di hadapan rumah Yoona .

"Mian , kau dah lama ke tunggu Yoona ?" Tanya Kookie kepada Yoona selepas gadis itu melangkah memasuki van . Yoona hanya mampu melemparkan senyuman kepada mereka berenam . Mungkin agak kekok dengan suasana berkenaan .


"Ehh , gwenchana Kookie . Aku baru je keluar rumah . Ehh Suga pun ada sekali ? Ingatkan taknak ikut ." Yoona bertanya kepada Suga selepas terlihat kelibat jejaka itu .


"Hmmm , niat hati memang tak nak keluar . Malas tapi kena paksa . Terpaksa la ikut ." Suga menjawab pertanyaan Yoona dengan nada malas . Mukanya tanpa riak .


"Haaa , nak hala ke mana ni ? Kau ajak orang keluar tapi tak bagitahu lokasi . Suruh aku jadi driver tapi lokasinya tak tahu . Aku driver masuk laut kang , baru tahu . Aishhh ~" Jin membebel tapi masih sempat membuat lawak .


"Haha , mian Jin . Lokasi kita malam ni , Night Club Supreme dekat tengah bandar Seoul . Night Club untuk VVIP . Kookie menjawab . Nadanya berbaur .


"Night Club ?!!!!!" Semua bertanya serentak sambil memalingkan muka mereka ke arah Kookie dalam nada sangat terkejut . Air muka masing masing terus berubah . Kookie hanya memandang mereka dengan pandangan yang tak dapat ditafsirkan . Yoona yang perasan perubahan pada wajah mereka itu telah membuka mulut .


"Guys , Kookie ajak pergi lepak depan kelab tu je . Depan kelab tu ada taman hiburan. Kita bukannya nak masuk dalam kelab tu pun . Lepak dekat luar je .Kita masih muda . Student pulak tu . Korang nak mati ke dengan parents korang kalau diorang dapat tahu kita pergi kelab ? Silap hari bulan aku yang mati dulu kena pancung kepala dengan bapak aku ." Yoona memberi penerangan .


"Ohhh , lain kali cakap la terus terang . Memang cari nahas la kau ni Kookie . Kau nak kami semua mati kena pancung ? Lepak kelab konon . Nak mampus ?" . RapMon membebel . Yang lain hanya mampu ketawa termasuk Suga . Ya , setelah sekian lama akhirnya malam ni Suga kembali tersenyum . Selamat kembali Suga !












[Complete] Can You Please Stay With Me ?Where stories live. Discover now