Bab 7

2.3K 65 0
                                    

"NASIB baiklah badan kau tak kembang atau tak mengejut. Kalau tak, mesti majlis pertunangan kau hari ni terpaksa ditunda, gara-gara baju tunang kau tak muat atau over size," keluh Marsha kelegaan sambil meletak selendang yang sudah dihiasi dengan kain les di atas kepala Hania yang sudah cantik disanggul rambutnya.

"Tak ada maknanya aku nak gemuk. Kau ingat dalam masa seminggu aku boleh kurus?" soal Hania sambil menyapu lip gloss pada bibir sebagai kemasan terakhir solekannya.

Disebabkan dia terlupa membawa pulang baju tunangnya yang direka khas oleh Marsha, terpaksalah dia bersiap terus di butik Marsha ini.

"Manalah tahu, dek kecewa derita kerana Syamim, kau terus hilang selera makan?" perli Marsha sambil menahan gelak.

"Tak ada maknanya. Aku dah malas nak fikir fasal dia."

Marsha tergelak lagi apabila melihat reaksi kawan baiknya itu.

"Mak kau dah tunjuk gambar bakal tunang kau?" tanya Marsha, melencongkan topik perbualan.

"Belum lagi. Dah sah-sah mak aku cakap lepas tunang nanti baru aku boleh jumpa lelaki pilihan dia tu, kan? Berahsia sangat. Entah apa yang cuba dia sembunyikan."

Mekap yang sudah cantik menempek di wajahnya dibelek-belek di hadapan cermin.

"Kau kata lelaki tu anak kepada kawan baik mak kau, kan? Takkan sepanjang kau hidup, kawan mak kau tu tak pernah bawa anak dia jumpa keluarga kau? Masa raya ke? Masa kakak-kakak kau kahwin dulu ke?"

Hania memandang Marsha melalui cermin di hadapannya, lama.

"Entahlah weh, aku tak ingat. Kalau masa kecik-kecik dulu kita orang pernah berjumpa, kau rasa aku masih boleh ingat muka dia? Kata mak aku, hubungan dia dengan kawan dia tu dah tak rapat selepas masing-masing bersuami. Berhubung pun melalui telefon aje. Cuma baru-baru ni mereka bertemu sebab nak jodohkan aku dengan anak kawan dia tu," jelas Hania daripada apa yang dia tahu.

"Nama dia pun kau tak tahu lagi?"

Hania menggeleng.

Hanya keluhan halus yang mampu Marsha helakan.

"Sekurang-kurangnya kau dah nak kahwin, Hani. Aku ni, boyfriend pun tak ada. Akan jadi anak dara tuakah aku nanti?" rungut Marsha tentang hidupnya.

"Apa kata kau suruh mak kau carikan jodoh untuk kau?" cadang Hania beria-ia sekali.

"Tak naklah aku." Cadangan Hania ditolak mentah-mentah. "Tak kuasa aku nak masukkan tema kahwin paksa dalam kisah hidup aku. Kalau boleh aku nak kahwin dengan lelaki pilihan aku dan lelaki yang paling aku cintai," sambungnya lalu melangkah ke arah ruang santai. Ada beberapa dulang hantaran yang sudah siap digubah masih belum dibawa pulang ke rumah Hania.

Hania cebik bibir, meluat.

"Boyfriend pun tak ada, ada hati nak lelaki yang paling dicintai. Hak tuiii!" perli Hania, sakit hati. Subang mutiara di atas meja di hadapannya dicapai dan dipakai.

"Lama-lama nanti adalah. Jealous la tu sebab kau kena kahwin paksa dan aku tak."

Tiada balasan daripada Hania selain rengusan menyampah.

"Memandangkan kereta aku tu tak sebesar bas, aku rasa aku kena hantar dulang-dulang hantaran ni dekat rumah kau dulu. Lepas tu, baru aku datang sini balik pick up kau boleh? Banyak sangat dulang hantaran ni, aku rasa kalau kau tumpang sekali memang tak muat kereta aku," ujar Marsha sambil memandang lima dulang hantaran yang ada di atas meja kopi di tengah ruang santai itu sambil memikirkan bagaimana dia mahu menyusun dulang-dulang itu di dalam keretanya.

Encik Suamiku HipsterWhere stories live. Discover now