PM : BAB 28

5.3K 93 13
                                    

BAB 28

"Hari ini abang nak ke mana pula ?. Semalam dah melawat semua muzium di Zurich. Kita ke Lucern nak ? .Naik Pilatus ke, atau Titilis ? ".

" Waah ....Macam pemandu pelancong antarabangsa pula isteri abang ni ! Pakar dia tentang negara orang. Tapi malangnya, di negara sendiri, Cameron Highlandpun tak sampai lagi. Mujur ada yang sudi bawa hari tu...".

Aishah mencubit manja lengan aku, memahami maksud gurauan . Dengan kehadirannya , hidupku dilimpahi bahagia yang teramat sangat pada bulan terakhir berada di sini. Setiap hujung minggu, kami bersiar-siar ke serata pelusuk Switzerland dan hampir semua kawasan perlancungan kami kunjungi. Negara ini bukanlah besar sangat, tetapi penuh dengan keindahan alam semulajadi yang cantik.

Sungguh indah alam bulan madu kami. Di negara yang berhawa sejuk ini, dan adat yang berbeza dari bumi sendiri, kami agak bebas melakukan apa sahaja, asalkan yang tidak keterlaluan, di persekitaran awam. Perpegangan tangan dan berpelukan adalah fenomena biasa di sini. Bukan sesuatu yang mengjengkelkan. Dengan cuaca begini, lebih menggalakkan pasangan suami isteri berada hampir antara satu sama lain di kebanyakan masa.

Semalam kami pergi ke semua muzium-muzium yang terdapat di Zurich. Banyak rupanya. Bermacam-macam jenis ada. Dulu, semasa dengan mama, aku ada juga membawa dia bersama, tetapi hanya ke muzium terpenting dan besar sahaja seperti Kunsthaas Zurich. Mama memang meminati warisan lama dan sejarah. Muzium adalah salah satu tempat yang akan dikunjunginya jika ke mana-mana sekalipun, samada dalam atau luar negara. Aku kurang berminat sebenarnya, tetapi akan sentiasa menemani mama, jika itu boleh membahagiakannya. Namun jika bersama Aishah, tempat yang tidak menarikpun akan menggembirakan aku!. Sentiasa membuatkan aku teruja. Malah ke muzium mainanpun kami pergi yang di gelar Spielzeugmeseum oleh rakyat di sini.

"Abang ......Abang !. Jauhnya pergi, ingatkan siapa ?. Kan Aishah di depan mata . Ada orang lain ke ?".

Aku tersentak dari lamunan. Tersenyum-senyum pada Aishah. Sememangnya aku pergi jauh, tetapi tidaklah kepada perempuan lain, kecuali mama. Sesungguhnya, Aishahlah cinta pertama dan terakhirku. Tiada orang lain. Lalu aku mencapai tubuhnya , rapat ke dada.

" Abang ingat mama..lah . Mana ada orang lain......Yang di depan mata dah cukup istimewa". Aku membisikkan kepadanya. Dia tersenyum manis.

" Jadi tak kita ke Lucern hari ini ?".

"Jadi .....Sayang. Ke manapun abang akan pergi jika bersama sayang. Memang abang dah lama teringin naik ke Mount Titilis tu. Dengan mama dulu, tak dapat naik, sebab mama takut ketinggian . Gayat naik cable car . Aishah tak gayat ke?".

"Gunung Everest lagi Aishah nak pergi daki, inikan pula Mount Titilis tu. Bukannya payah mendaki. Duduk aje atas cable car tu. Tapi kalau pergi Mount Pilatus lagi best abang. Kita dapat naik tiga cara, cable car, train ke gunung, dan kapal persiaran merentasi Tasik Lucern".

" Aik ....kata nak daki gunung Everest ? Mount Titilis tu kan lagi tinggi, 10,000 kaki dari aras laut, sedangkan Mount Pilatus tu hanya 7,000 kaki sahaja tau..."

"Okay...okay...lah, kita pergi ke Mount Titilis. Abang belanja....ya ?. He..he". Kami sama-sama ketawa .

"Kena pakai baju tebal-tebal tau. Takut selsema pula bila kesejukan atas gunung nanti".

"Baiklah....abang".

Aishah berkata sambil memberi aku satu ciuman di pipi, lalu pergi dengan pantas menuju ke bilik kami. Akupun mengejarnya dari belakang, dan menjatuhkannya ke katil.

PILIHAN MAMAWhere stories live. Discover now