Part 38

2.9K 77 0
                                    

" Tahniah , Rizky ! " perkataan pertama yang diucapkan oleh doktor keluarga Rizky yang memeriksa keadaan Mia. Rizky mengerut dahinya. Mia mengambil tempat di kerusi sebelah suaminya kembali setelah selesai diperiksa.

Mia turut kehairanan. " Why , doc ? " ucap Rizky keliru . Wanita itu yang lebih dikenali sebagai Doktor Vera mengukir senyuman .

" Tahniah , isteri Rizky mengandung . Sudah 2 minggu umur kandungannya. " ucap Doktor Vera teruja.

Rizky melompat kegembiraan . Rizky mengucap syukur. Mia mengalirkan air mata kegembiraan ke atas kurniaan tuhan . Rizky terus menarik Mia ke dakapannya. " Alhamdulillah, Mia . Terima kasih , ya Allah. " Rizky memanjat kesyukuran.

Mereka sangat gembira tentang berita kandungan Mia . Rizky terus memberitahu mummy dan daddy serta ibu dan bapa mertuanya.

Kedua-dua ibu bapa mereka masing-masing teruja mendengar berita tersebut . Terutama sekali mama dan papa Mia.

Tepat jam 3 petang, mereka selamat sampai di rumah mereka . Sejak berita kandungan Mia, Rizky sangat menitik beratkan keselamatan isterinya serta kandungan Mia.

Keterujaan Rizky amat kelihatan di wajahnya . " Awas ! Hati-hati berjalan tu . " marah Rizky melihat Mia berjalan sedikit kasar. " Ish , abang ni. Tak payah la nak melebih sangat tu. Mia bukannya sarat mengandung lagi lah . Itu pun nak risau . " Mia rimau dijaga rapi oleh Rizky .

" Eh , jangan membantah lah . Kandungan Mia tu masih muda lagi. Itulah nak dijaga rapi tu. " terang Rizky . Mia tersenyum.

" Eh , mengadala abang ni . " Mia mencubit lengan suaminya. " Adoi, sakitlah, sayang . " Rizky mengaduh.

Sejak awal pagi lagi, rumah Rizky dipenuhi dengan kedatangan tetamu iaitu ibu bapa Rizky dan Mia. Keterujaan terpancar di wajah mereka semua tentang bakal cucu sulung mereka. Masing-masing suda mempunyai plan masing-masing.

Ada yang mengharapkan lelaki dan tidak kurang juga cucu perempuan. Namun cuma Allah yang mengetahui jantina bakal cucu mereka itu. Rizky gembira melihat keterujaan ibu dan bapanya serta ibu dan bapa mertuanya.

Rizky setia disamping isterinya melayan kerenah kedua-dua ibu bapa mereka. Mia merasakan sangat dihargai oleh kedua-dua orang tua mereka dan juga Rizky.

" Malam ni, Mia tak payah masak . Biar Mama dan mummy je yang masak untuk Mia . Mia just cakap je apa yang Mia nak. Mama masakkan. " Puan Yusraa menawarkan diri untuk menyediakan makan malam bagi memberi ruang Mia berehat.

Puan Faridah mengangguk. " Yups , just for your dear. " Puan Faridah pula bersuara . Mia tersenyum. Bukan selalu dapat tawaran macam ni. Mia terus memikirkan makanan yang dia inginkan lalu dia teringat. " Hmm , Mia rasakan Mia macam nak makan ikan tiga rasa, gulai tempoyak , ayam masak kicap and the important is Mia nak mama buat cheesecut yang mama selalu buat dulu. " pesan Mia panjang lebar .

" Amboii , banyaknya anak mama nak makan. Tapi takpe untuk cucu mama , mama sanggup buat. " leter Puan Yusraa sambil mengusap perut Mia yang masih kempis.

" Wuerk ! Wuerk ! " Mia memuntahkan semua makanan yang dimakan olehnya tadi. Mia tunduk di singki dapur sambil belakangnya digosok oleh Puan Yusraa. Kesian dia melihat keperitan yang dilalui oleh anaknya waktu mengandung . " Sorry ma. " kata Mia setelah selesai mencuci mulutnya .

" Whyy? " tanya Puan Yusra kembali.

" Sebab Mia muntahkan makanan yang mama masak tadi. Bukan Mia yang nak muntahkan tapi tekak ni mual sangat. " terang Mia bersalah terhadap mamanya. Mama tersenyum. " Its okey la, Mia . Mama faham. Mia tengah mengandung, Mia akan mual-mual di peringkat awal mengandung ni. " jelas Puan Yusra yang memahami keadaan anaknya. Mama mengukir senyuman sambil mengusap lengan Mia.

Makan malam yang di masak oleh Mama Mia dan Mummy Rizky sangat mengenyangkan dan sedap. Hasil air tangan kedua-dua ibu , sangat menyelerakan. Mia tak habis-habis memuji masakan mereka.

Mia menambah nasi sehingga tiga kali . Almaklumlah makan pun bukan saja untuk dirinya namun untuk anak yang ada dalam kandungannya itu. Hati Puan Yusra sangat gembira melihat anaknya berselera menjamah masakkannya.

Selepas selesai mengemas dapur, keluarga Mia dan keluarga Rizky beransur pulang untuk memberi Mia rehat. Berat hati Mia untuk membiarkan ibunya pulang. Namun dia terpaksa relakan mamanya pulang akhirnya. Sejak mengandung, mood Mia sangat mudah merajuk dan banyak ragam. Kata mama , itu semua disebabkan oleh kandungannya.

Mia naik ke bilik dan membersihkan diri. Dia memanjat anak tangga dengan berhati-hati. Pintu dikuak dan langkahnya diatur ke tandas. Dia sempat mengambil tuala berwarna merah hati yang tergantung di penyangkut baju.

Dia JodohKuWhere stories live. Discover now