Diari Hati 7

25 1 0
                                    


Aku duduk sendiri. Memandang keindahan tasik dengan pandangan yang kosong. Rasa ini muncul lagi..rasa sepi dan sendiri.Ya, sendiri.Tak punya sesiapa.


"Tuhanmu tidak meninggalkanmu, dan tiada pula benci kepadamu..." (Ad Dhuha: 3)

Seolah ada bisikan yang menghembus lembut, memujuk hati dan mendamaikan jiwa. Tenang dan selesa mendengar bait kata dariNya. Umpama air dingin yang sejuk mengalir dimana kedinginannya mampu membuat hati panas menjadi sejuk,dan hati lemah jadi tabah.Allah..kalimah agung itu meniti dibibirku. Pandanganku mula kabur, ada butiran jernih yang mula jatuh membasahi pipi. Allah,Allah,Allah. Semakin lantang alunan zikir yang terluah, makin deras mutiara jernih yang mengalir.Hangat menyentuh pipi yang dingin.

Aku..rasa berdosa pada Tuhan. Terlalu banyak salah aku padaNya. Apa masih punya keampunan dari Dia buat aKU, hamba yang derhaka. Aku sering lupa pada Dia, sedang Dia tak pernah meninggalkan aku. Apabila aku diuji aku melenting dan mula mempersoalkan kasih sayangNya,hingga ia membutakan mata aku untuk melihat segala nikmat dan kasih sayangNya.

Sedangkan berapa besar sangat la ujianNya, jika nak dibandingkan dengan kenikmatan yang diberikan pada aku.Aku sewenangnya melanggar hukum Tuhan. Hidup didunia seolah dunia ini milik aku. Rasa akan hidup selamanya, seperti tiada kematian yang menunggu. 


Aku menyeka air mata dipipi.Puas rasanya bila menangis dam mengadu pada Rabbi. Allah, air mata ini pun kurniaan Illahi, sungguh aku tidak memiliki apapun.Tanpa Dia aku tak punya apa-apa.Tiba-tiba telefon bimbit ku berbunyi. Ada satu mesej dari nombor yang tak dikenali. 


"Air apakah yang lebih suci daripada air mata seorang hamba yang menangis lantaran dosanya pada Illahi? Jangan ditahan ia mengalir, kerana deraian air mata itu mampu memadam api neraka yang ditakuti. Usah merasa hilang harapan, selagi adanya Tuhan, kau masih punya pergantungan.Bangun dan melangkahlah menuju Tuhan, kerana pada sisiNya masih ada pengampunan." 


Aku mula aneh, siapakah gerangan si penghantar mesej ini. Bagaimana dia tahu aku menangis.Aku melihat sekeliling, tiada siapa.Cuma aku sendiri. Aku tersenyum sendiri. Allahu, siapa pun dia. Aku bersyukur kerana aku dinasihatinya. Aku teringat bisikan dari seorang teman,apabila kau dinasihati. Anggaplah Allah sedang menegurmu.Ya, Allah sedang menegurku.

Diari Hati

20 May 2014

Diari HatiWhere stories live. Discover now