Chapter 5

8.5K 937 87
                                    

Balai Polis daerah Seoul.

Jungkook baru sahaja hendak meronda di kawasan berdekatan dengan Balai Polis Seoul. Bersama dengan partnernya. Inspektor Sunggyu. Sunggyu keluar dari kereta peronda. Kebetulan dia terasa lapar pula. Lagipun kedai serbaneka dekat aje dengan balai polis.

"Aku nak pergi kedai serbaneka kejap. Kau nak pesan apa-apa?" Soalnya kepada Jungkook yang berada di dalam kereta.

"Roti coklat. Jus oren. Kau belanja ya? Gomawo." Kata Jungkook lalu tersengih. Sunggyu mencebir.

"Yela yela. Kau tunggu sini." Sunggyu meninggalkan kereta peronda. Menyeberangi jalan.

Jungkook membuka radio. Bosan la senyap aje. Dikuatkan sedikit volume radio.

Seluruh ruang di dalam kereta bergema dengan muzik. Dah macam disko pula kereta peronda tu dibuatnya.

Sesekali Jungkook memandang jalan raya yang tidak beberapa sesak itu. Tiba-tiba dia terpandang sesuatu.

Seorang gadis sedang memandangnya dari seberang jalan. Berpakaian serba hitam. Jungkook pelik. Gadis berambut panjang itu kemudiannya melambai-lambai kepadanya. Seperti menyuruh Jungkook supaya mengikutinya. Anehnya, Jungkook seperti dipukau.

Perlahan-lahan, Jungkook keluar dari kereta. Kakinya dituju ke tengah jalan. Matanya fokus memandang ke hadapan.

Bunyi hon yang semakin dekat itu tidak dihiraukan.

"Jungkook!!!"

Pantas tubuh Jungkook ditolak ke tepi jalan. Mereka berdua jatuh tersungkur.

Jungkook seperti tersedar kembali ke alam nyata. Dia menoleh. Memandang partnernya yang luka di siku.

"Sunggyu?! Kau okay???" Jungkook memegang tangan Sunggyu. Sunggyu menarik kembali tangannya.

"Sikit aje luka tu! Kau ni kenapa? Gila ke?! Kalau kena langgar macam mana tadi?!" Bebel Sunggyu.

"Kenapa aku boleh ada kat tengah jalan tadi?" Soal Jungkook sambil menggaru kepalanya.

"Kau tanya aku pula? Patutnya aku yang tanya kau soalan tu! Dah la. Jom balik balai." Sunggyu bangun sambil memandang sikunya yang calar dan luka itu.

Jungkook terdiam. Apa yang terjadi sebenarnya ni? Semasa hendak memasuki kereta, Jungkook ternampak gadis itu lagi. Baru dia teringat!

Gadis tu! Dia la punca aku ada kat tengah jalan raya tadi! Tapi siapa dia? Apa yang dia nak dari aku???

----------------------------------------

Hotel M.

Namjoon menguap. Sesekali dia memandang jam di tangannya. Lambat lagi ke nak habis kerja ni? Bosan la duduk kat sini...(Readers bayang lift tu macam dalam gambar kat media tu)

Tiba-tiba ada seorang gadis berhenti di hadapan lif tersebut. Ada sehelai skaf berwarna putih dililit(?) di leher gadis itu. Namjoon segera membuka pagar gril(?) [Ape benda entah la nama benda tu] apabila menyedari ada orang yang hendak menaiki lif tersebut.

"Selamat pagi cik. Selamat datang ke Hotel M." Kata Namjoon bersama senyuman manis di bibirnya.

Namun gadis itu hanya masuk ke dalam lif dan membisu. Tak balas apa-apa pun. Senyum pun tidak. Namjoon mengetap bibirnya. It's okay...biasa la,orang ada macam-macam ragam kan?

Namjoon menutup kembali pagar gril(?) itu.

"Cik nak pergi ke tingkat berapa?" Soal Namjoon. Dipandangnya lagi gadis itu. Wajah dan kulitnya pucat. Namun Namjoon tidak mengendahkannya. Ala...kulit Suga hyung pun pucat! Nak kisah apa?

Gadis itu masih membisu. Namjoon menjadi cuak. Dia ni bisu ke apa? Tak reti ke nak jawab soalan senang aku tu? Tak payah la nak tunjuk sombong. Bukannya aku nak mengorat kau pun!

Angin sejuk tiba-tiba menyapa kulit Namjoon. Namjoon memeluk tubuhnya sedikit.

'Ui...dah kenapa tiba-tiba sejuk ni?'

"Cik...saya tanya sekali lagi ni. Cik nak pergi tingkat berapa? Takkan nak duduk macam ni aje?" Soal Namjoon sambil masih memeluk tubuhnya.

Gadis itu mengangkat tangannya. Menunjukkan jari angka tiga. Namjoon mengangguk. Ooo..nak pergi tingkat tiga. Macam tu la...kalau tak nak cakap pun tak apa. Janji respon.

Namjoon menekan butang lif angka tiga. Lif mula bergerak.

Sepanjang waktu itu, suasana dalam lif senyap aje. Namjoon memandang lagi gadis di sebelahnya itu. Gadis itu hanya memandang hadapan. Langsung tiada senyuman di wajahnya.

Setibanya di tingkat tiga, Namjoon membuka pagar gril(?) lif.

"Dah sampai. Have a nice day." Kata Namjoon sambil tersenyum walaupun dia tahu gadis tu takkan membalas kata-katanya. Gadis itu keluar dari lif. Tiba-tiba, skaf yang dililit di leher gadis tersebut terbang lalu jatuh di hadapan Namjoon. Namjoon tunduk lalu mengambil skaf tersebut.

"Cik. Skaf cik....terjatuh???" Namjoon tersentap. Gadis tu dah hilang. Lesap macam tu aje.

Namjoon memandang skaf di tangannya. Dia mula menggigil. Omo...apa yang terjadi ni???

Lalu, Namjoon segera menutup pagar gril(?) lif. Dan menekan butang lobi. Fuh! Fuh! Fuh! Relax Namjoon! Relax! Kau akan okay! Kau akan okay! Ada banyak soalan yang bermain di mindanya sekarang ini.

SIAPA GADIS TU???

DIA HANTU KE???

SEBAB TU KE DIA TAK JAWAB SOALAN AKU TADI???

SEBAB TU JUGA KE KULIT DIA PUCAT???



TBC

-Sori kalau typo

[✔] 13th FLOOR + BTSWhere stories live. Discover now