Kerana helmet

5.4K 247 11
                                    

"Ada apa kat depan tu sampai jadi jem teruk pepagi macam ni?" Soalan itu menujah keluar dahulu dari mulut Ahmad yang sedang menunggang motosikal.

Tanpa perlu bersusah-payah tersekat dalam jem di jalan, Ahmad lancar sahaja melalui ruang-ruang antara kereta.

Sebaik tiba di barisan hadapan, barulah Ahmad tahu apa puncanya.

"Oh, kereta dengan motosikal berlanggar." Dilihatnya darah merecik ke serata tempat. Membasahi atas jalan raya. Dilihatnya badan mangsa yang membawa motosikal ditutup dengan surat khabar. Mangsa di dalam kereta pula masih tersadai layu di dalam kereta, cuba dibantu keluar oleh orang ramai.

Hanya dua, tiga sahaja yang menghulurkan bantuan, yang lain sibuk ambil gambar dan video, untuk diupload dan menjadi tatapan orang awam.

Ahmad juga begitu, tidak memberi sebarang bantuan. Hanya melihat dan berlalu pergi. Sewaktu meninggalkan tempat kejadian, Ahmad terpandangkan sesuatu. Sebuah helmet yang tercampak agak jauh dari tempat kemalangan dan tersorok dari pandangan orang ramai.

Helmet itu masih cantik. Harap-haraplah tak ada sesiapa yang jumpa. Ahmad bercadang mahu mengambil pada masa itu juga, tetapi niat itu dibantutkan kerana orang awam masih ramai di kawasan itu.

Ahmad tiba di pejabat. Motosikal miliknya di parkir di tempat biasa. Helmetnya yang sudah lusuh dan buruk itu hanya disimpan dalam bakul motosikal. Tiada siapa yang akan ambil kerana helmetnya bukanlah helmet mahal dan bergaya.

Setelah habis waktu bekerja seperti yang telah ditetapkan oleh majikan, Ahmad pun keluar dari pejabat dan singgah di kedai makan terlebih dahulu.

Setelah kenyang dan membuat bayaran, barulah Ahmad ke destinasi yang seterusnya.

Setibanya di lokasi kemalangan tadi pagi, Ahmad berhenti terlebih dahulu. Memastikan tiada sesiapa di sekeliling yang melihat perbuatan curiganya itu.

Ahmad mendekati semak tersebut dan mendapati, helmet itu masih di situ. Ahmad tersenyum girang kerana tiada siapa pun yang menjumpainya.

Pantas sahaja tangannya menggapai helmet yang mahal itu.

"Arghhh!" Jantung Ahmad berdebar-debar. Rupanya helmet itu adalah milik mangsa kemalangan pagi tadi. Kepala mangsa melekat pada helmet dan tercampak jauh ke dalam semak.

Muka mangsa sudah tidak dapat dipastikan lagi. Habis hancur pada sebelah kanannya. Matanya juga terkeluar dari soket. Ahmad membuang pandangan dan rasa ingin termuntah.

"Aku nak ambil ke tak?"

"Kalau aku tak ambil rugilah. Helmet mahal ni."

Dengan takut-takut berani, Ahmad membuka tali kelendar pada helmet tersebut dan mengeluarkan kepala yang terputus dari badan itu. Ahmad berdiri dan segera berlari keluar dari semak itu.

*

Keesokkan paginya Ahmad kelihatan sangat bergaya dengan helmet barunya. Dengan megah Ahmad mengenakan helmet tersebut sehingga ke kubikel pejabat.

"Wahhh. Cantik helmet baru kau, Mad." Ahmad kembang-kempis menahan pujian yang diberikan. Barulah nampak bergaya.

-------

Petang itu Ahmad pulang ke rumah seperti biasa. Pemanduan motosikalnya dibawa dengan laju.

Setelah membeli makanan untuk makan malam, barulah Ahmad pulang ke rumah sewanya.

Setibanya di satu simpang, Ahmad merasakan berat pada bahu kanannya. Tanpa ragu-ragu Ahmad terus menoleh. Ahmad terkujat.

Di bahu kanannya terdapat sebentuk kepala manusia yang memandang bengis ke arahnya. Ahmad menepis dan kepala itu berterbangan di udara. Terdengar tempikan dari kepala itu.

"Pulangkan helmet aku!!!!" Bergetar lutut Ahmad sehingga hilang kawalan. Ahmad terkeluar dari lorong dan masuk ke arah lorong berlawanan. Kepala itu masih mengejar.

Bunyi hon panjang kedengaran dari arah bertentangan dan Ahmad tidak sempat mengelak. Ahmad terpelanting dan terseret sejauh 6 meter setelah dilanggar kereta.

Orang ramai berhenti akibat kejadian itu. Ahmad pula terkutik-kutik separuh nyawa di atas jalan raya. Darah menyerap pada tar jalan. Nyawa Ahmad berakhir di tempat di mana dia mengambil helmet tersebut!

Zon SeramWhere stories live. Discover now