Part 2

442 14 7
                                    

Cinta Monyet.

Mac 1998.

Sambil menunggu mak tamat syif, dia ke gerai payung biru betul-betul di luar pagar hospital, membeli suratkhabar.

Headline rata-rata akhbar hari ini 'riuh' bercerita mengenai kejayaan beberapa orang anak muda Malaysia yang menakluki Kutub Utara.

Laju tangannya mencapai suratkhabar Utusan Malaysia. Melihat foto anak-anak muda bergambar dengan Proton Wira itu membuatkan dia tersenyum sendiri. Tumpang berbangga dengan satu lagi pencapaian rakyat Malaysia.

Tahun lepas, Gunung Everest berjaya ditawan. Agaknya, tahun depan apa lagi yang rakyat Malaysia bakal lakarkan? Manis bertanya sendiri.

Dia sebenarnya gemarkan perkara-perkara sebegini. Ekpedisi jelajah. Sebab itu juga dia ikut kelab Rakan Muda sejak daripada Tingkatan Dua lagi.

Tahun ni pula bakal berlangsung sukan yang boleh dikategorikan sebagai antara sukan terbesar juga, Sukan Komanwel.

Borang untuk menjadi sukarelawan sudah dia ambil di pejabat belia dan sukan. Tinggal nak hantar saja. Harap-harap dia terpilihlah. Lagipun, pengetua sekolah sendiri dah berikan kebenaran.

"Utusan satu, uncle." Not seringgit berwarna biru dihulur kepada uncle berbangsa India, tuan punya kedai akhbar dan majalah itu.

"Itu doktor sudah bayarkan."

Manis ikut memandang ke arah yang ditunding oleh uncle tersebut. Kelihatan seorang lelaki tinggi lampai, berseluar slack hitam. Warna t-shirt lelaki itu tak dapat dilihat sepenuhnya kerana terlindung dengan kot putih yang tersarung di badan.Senyuman yang terpalit pada wajah lelaki tersebut, membuatkan Manis turut sama hulur senyum.

"Rajinnya Manis datang ambil mak pagi-pagi?"

Manis pandang wajah pelatih pegawai perubatan yang dia kenal sejak tahun lepas.

Doktor Adib. Antara sebab dia sanggup berulang-alik menghantar dan mengambil mak di hospital, doktor pelatih ini faktor utamanya.

"Terima kasih sebab bayarkan ni," Manis tunjukkan suratkhabar di tangannya.

Doktor Adib tak menjawab. Sebaliknya, sepasang mata yang terlindung dek gelas jernih itu yang menggaris satu 'senyuman'.

"Abang Adib baru nak masuk atau dah nak balik?"

"Abang shif malam tadi. Tapi, pagi ni belum boleh balik lagi."

"Dah breakfast?" soal Doktor Adib.

Manis menggangguk.

"Ala. Tak dapatlah abang nak belanja Manis."

Manis tahan senyum. Walhal di dalam hati dah berbunga-bunga dengar Doktor Adib cakap begitu.

"Kalau lain kali?" Manis pasang ayat main tarik tali.

"Boleh," balas Doktor Adib laju.

"Tapi, Manis kena tuntut dalam minggu ni je tau," sambung Doktor Adib lagi.

"Awat pula?"

"Abang dah nak balik KL. Minggu ni last abang kat sini."

Kalau tadi, hatinya berbunga kembang, kini terus kuncup layu.

"Next month, abang kat hospital lain pula."

Daripada ralit memandang wajah Doktor Adib, dia alihkan mata melihat bangunan Hospital Besar Alor Setar.

Tiba-tiba saja rasa sedih bertandang. Selepas ini, tak dapatlah dia nak jumpa Doktor Adib lagi.

"Banyak-banyak hospital yang abang pergi, kat sini paling best." Doktor Adib bersuara perlahan. seolah berkata pada diri sendiri.

Habis tu? Awat tak stay sini ja? soal Manis kuat-kuat tetapi cuma di dalam hatinya saja.

Doktor Adib berdecit seketika, sebelum meyambung kata.

"Tapi tulah... student macam abang ni mana boleh memilih lagi." Doktor Adib senyum lagi.

Baru saja dia nak buka mulut, terdengar mak memanggil namanya. Kelihatan mak yang berseragam jururawat sedang melambai padanya.

"Mak dah panggil tu. Jom, abang temankan Manis masuk."

Langkahnya diatur beriringan dengan Doktor Adib.

"Tak balik lagi?" Giliran mak pula menyoal doktor pelatih itu.

Doktor Adib menjawab dengan gelengan dan senyuman saja.

"Akak balik dulu ya."

Doktor Adib mengangguk. "Bye Manis. Hati-hati bawa motor tu."

Pesanan Doktor Adib itu dijawab Manis dengan anggukan yang lemah. Masih belum dapat menerima perkhabaran sedih yang diucap Doktor Adib tadi.

"Saya masuk dulu ye kak." Pamit Doktor Adib sebelum melangkah ke kawasan di mana ambulans selalu berhenti sewaktu kes kecemasan.

"Along mana? Awat bukan dia yang mai ambik mak?"

"Ada kat rumah. tak mangkit tidur lagi."

"Haish! Anak teruna ni. Ada ka patut dia suruh angah bawa motor pagi-pagi ni."

Terdengar mak membebel sendiri.

Biarlah mak. Angah tak kesah. Pagi-pagi pun angah sanggup redah. Lagipun, ada bagusnya angah mai hari ni, kalau tak bayang Doktor Adib pun angah tak kan jumpa.

Sempat dia menoleh ke parkir ambulans. Kelibat Doktor Adib pun sudah tak terlihat lagi.

Dia baru belajar-belajar nak suka seseorang, tetapi orang yang dia suka itu sudah nak pergi. Sedihnya.

Menginjak ke usia enam belas tahun, dia dah mula pandai bercakap soal hati, simpan perasaan pada seseorang.

Okeylah sikit daripada adiknya. Sekurang-kurangnya dia sukakan Doktor Adib yang wujud. Daripada Ji'a yang suka sangat dengan penyanyi M.Nasir itu.

Has llegado al final de las partes publicadas.

⏰ Última actualización: Feb 06, 2016 ⏰

¡Añade esta historia a tu biblioteca para recibir notificaciones sobre nuevas partes!

Si ManisDonde viven las historias. Descúbrelo ahora