BAB 12

1.1K 68 9
                                    

Imbas kembali setahun yang lalu..

Malam itu, aku merasa panas. Aku keluar dari bilik untuk mengambil angin. Keluar dari bilik, aku nampak dua susuk tubuh berjalan menuju ke arah hutan. Dua susuk tubuh itu aku amat kenali iaitu Rafiq dan Aizat. Aku membuat keputusan untuk mengekori mereka berdua ke hutan. Lebih 20 minit aku mengikut mereka ke dalam hutan. "Tak jauh sangat ke mereka ni masuk hutan? Nanti sesat macam mana?", aku menggumam sendirian. Apabila tiba berdekatan dengan gaung, mereka berhenti. Aku berhenti menyorok di semak berhampiran mereka. Aku cuba mencuri dengar perbualan mereka.

"Kenapa kau suka tenung Lisa?", tanya Rafiq.

"Aku sukakan Lisa!", kata Aizat.

"Aizat! Aku tahu kau bencikan aku tetapi kau jangan pernah nak babitkan Lisa dalam permusuhan yang kita cipta selama ni!", jerit Rafiq.

Permusuhan selama ini? Maksudnya mereka sudah saling mengenali? Apa sebenarnya yang berlaku ni?

"Hahaha. Permusuhan? Disebabkan kau!!!! Aku kehilangan Mawar!!!!!", bentak Aizat.

"Aizat... Aku tahu kau tertekan selepas Mawar mati, tapi kau tak boleh letakkan semua kesalahan di atas bahu aku. Kau juga merupakan punca kematian Mawar.", pujuk Rafiq.

"Aku dan Mawar saling mencintai, kalau tidak disebabkan fitnah yang kau reka, dia pasti masih hidup. Di sebabkan kau Mawar aku mati!!! Semuanya disebabkan oleh kau!! Pembunuh!!!!", Aizat mula meraung macam orang tidak siuman.

"Aizat, aku tak akan sanggup lukakan Mawar sebab aku turut cintakan dia. Kalau kau menderita sebab dia, aku pun turut menderita!!", bentak Rafiq.

"Arghhhh!!!!! Aku tak nak dengar semua tu!!! Semua salah kau!!!", Aizat mendekati Rafiq dan mencekik Rafiq.

Aku melihat Rafiq mengeluarkan pisau dari sisipan bahagian belakang seluarnya. Tanpa teragak-agak dia menikam Aizat bertubi-tubi. Aku tak percaya dengan apa yang aku lihat, aku menangis. Aku mesti larikan diri dari sini sekarang juga. Aku bergerak dengan perlahan-lahan untuk meninggalkan tempat ini, tetapi malangnya kaki aku terpijak ranting dan mengeluarkan bunyi.

"Siapa tu?!!!", jerit Rafiq.

Tanpa melengahkan masa, aku berlari meninggalkan tempat itu. Aku tak pedulikan duri-duri pokok yang mula menyiat kulit aku. Apa yang aku tahu, aku perlu menyelamatkan diri. Air mata aku mula mengalir dengan deras. Aku berlari dengan pantas, aku tak boleh bayangkan apa yang akan terjadi dekat aku sekiranya aku ditangkap Rafiq. Aku menoleh ke belakang, aku melihat Rafiq di belakangku. Dia berkali-kali menjerit suruh aku berhenti. Malang tidak berbau, kaki aku tersandung akar kayu besar. Kepala aku terhantuk pada batu besar. Aku pengsan di situ juga...

..............................

Aku membuka mataku. Aku melihat sesusuk tubuh sedang menggali tanah. Aku mula mengingati apa yang berlaku. Aku takut dengan apa yang terjadi di depan mata aku. Aku memejamkan mata. Aku menoleh ke kiri aku, aku melihat kepala Aizat sudah terpenggal dari tubuhnya. Aku menjerit nyaring! Air mataku deras mengalir. Rafiq, kejamnya engkau!

"Hahhaa.. You dah bangun my princess?", tegur Rafiq.

"Raa.. Rafiq... Apa yang kau dah buat ni? Lepaskan aku!!!!!", aku menjerit sekuat hati.

"Hhaha. Sayang... You ingat I bodoh ke nak lepaskan you? You know what, I betul-betul sayangkan you tapi... sayang.. You dah lihat something that you should not see...", perlahan-perlahan dia bergerak ke arah aku dan membelai rambutku.

"Ra.. Ra.. Rafiq. Just let me go...", aku mula menangis.

"Sayang, don't force me. If not you will end like him.", kata Rafiq sambil menyepak badan Aizat yang sudah terpisah dengan kepala.

"You.. You are so cruel!!!"

"Sayang. Actually, I don't have any intend to hurt him, but... he was the one that force me!", jerit Rafiq.

"Who is Mawar?", tanyaku.

"Mawar? His fiancée. But I love her. I confessed to her, but she reject me! She choose Aizat! Haha. But it doesn't matter now, because she is dead! No one will have her now. Nor me either him! Actually, aku fitnah Aizat. Aku cakap dekat Mawar yang Aizat tidur dengan perempuan lain. Aku perangkap Aizat, aku letakkan pil tidur dalam air dia, dan upah pelacur untuk tidur dengan dia, then I snap a picture! Aku tunjuk dekat Mawar. Well, at first diorang bergaduh teruk. Tapi....", dia meraup wajahnya. Dia menatap wajah aku.

"Mawar tu bodoh!!!! Dia masih lagi percayakan Aizat, dia sanggup terima Aizat! Bodoh!!! Aku letakkan racun dalam air Mawar. Aku tak ada niat nak bunuh Mawar, tapi... Dia tolak cinta aku! Dia buatkan aku merana. Aku memang tak berniat langsung nak bunuh dia..", katanya lagi.

"Rafiq.... Kau berniat ataupun tidak. Hakikatnya, kau dah bunuh Mawar!!!", aku tak tahu mana aku dapat kekuatan untuk berkata sedemikian. Aku benci melihat Rafiq yang buta kerana cinta.

"Lisa... Aku betul betul tak sengaja. Aku cintakan Mawar. Aku cintakan Mawar macam mana aku cintakan kau."

"Rafiq... Kalau betul kau cintakan aku. Please.. Lepaskan aku. Lepaskan aku.", aku merayu kepada Rafiq.

"Fine! Aku akan lepaskan kau lepas aku tanam bangkai Aizat ni.", katanya sambil menghumban bahagian-bahagian badan Aizat ke dalam tanah yang sudah digalinya.

Aku melihat setiap perlakuannya. Aizat,... Kesian kau. Aku minta maaf sebab aku tak mampu berbuat apa-apa. Aku minta maaf Aizat. Air mata aku mengalir deras tanpa henti.

"Kenapa kau menangis sayang? Syuuuhh!", dia cuba menenangkan aku dan mengesat air mata yang mengalir di pipiku.

"Rafiqq... Please... Lepaskan aku.", aku merayu lagi.

"Okey, aku akan lepaskan kau. Aku akan buka tali ikatan ni. Aku benarkan kau lari, tapi jangan sampai tertangkap oleh aku. Kalau tertangkap, aku akan bunuh kau.", dia membisik di cuping telinga aku.

Aku mengangguk laju dan air mataku tak berhenti-henti merembes keluar. Dia membuka tali ikatan pada tangan dan kaki aku. Dia suruh aku melarikan diri. Aku berlari dengan laju. Aku dengar suaranya menjerit. "Jangan sampai tertangkap oleh aku...". Aku berlari dengan lebih laju lagi, walaupun kaki aku sudah kehilangan kudrat untuk berlari, tetapi bila aku ingatkan nyawa aku yang sedang jadi taruhan, aku teruskan jua berlari. Aku berlari dan terus berlari.

Aku dapat menangkap bunyi larian orang di belakangku. Aku berlari dengan lebih laju lagi. Malangnya aku tersungkur. Aku cuba kumpul kekuatan untuk bangun, apabila aku sudah berdiri, aku memulakan larian. Tiba-tiba kaki aku dicengkam seseorang. Aku tersungkur lagi. Aku melihat Rafiq memegang kaki ku. Aku sudah tidak berdaya. Rafiq merapati tubuhku sambil mengenggam pisau.

"Sayang, I have told you before. Don't let me catch you.", katanya sambil mengangkat pisau tinggi ke atas untuk menikam aku.

Aku menendang tangannya yang memegang pisau sekuat hati. Aku cuba melarikan diri. Akhirnya aku menemui jalan raya. Aku melihat ada suluhan cahaya kereta. Aku mendepakan tangan di hadapan kereta tersebut. Malangnya, kereta itu tidak sempat berhenti, lalu menghentam tubuhku. Aku terlambung tinggi dan kepalaku menghentak jalan raya. Ku lihat di bahu jalan, Rafiq tersenyum puas memandangku. Mataku mulai terpejam.

AMNESIAWhere stories live. Discover now