-2-

6.7K 345 6
                                    


Aku mengetuk pintu bilik no 678.Rasanya bilik inilah yang kerani Alya bagi tahu tadi.Blok A dan B ada 8 tingkat.Tinggi bukan?Yes!Sebab Blok A menempatkan kesemua pelajar perempuan dan Blok B menempatkan kesemua pelajar lelaki.Yas!Betul tu,aku perempuan.Jangan berangan yang aku ni lelaki okay?

Aku menguak pintu yang kelihatan agak usang itu sedikit dan menyembulkan(?) kepalaku kedalam ruang yang terbuka untuk melihat apa yang ada didalamnya.Aku menarik nafas lega.Sudah ramai yang ada di dalam bilik itu.Takde lah aku sorang je dalam bilik ni kan?Memang tujuan aku untuk membuktikan sekolah ni berhantu atau tidak,tapi..takkan lah aku masuk-masuk je takde orang dalam bilik kan?Sampai tak point yang aku nak sampaikan tu?

"Assalamualaikum"Aku memberi salam sebelum aku masuk.Aku berselawat dahulu dan membaca bismilah baru kakiku melangkah masuk.Seperti tadi,bulu romaku menegak.Six sense sedang menjalankan kerjanya ke?

"Waalaikummusslam"Jawab ahli dorm itu serentak."Jangan tanya kenapa bulu roma jadi macam tu"Kata seorang gadis bertocang yang sedang duduk di atas katil miliknya.Aku mengangguk walaupun aku tak faham apa maksudnya.

Aku memerhati sekeliling bilik ini.Ada 8 buah katil single dan 8 buah meja belajar ditempatkan ditengah-tengah.Tiada bilik air.Maknanya aku terpaksa keluar dari bilik untuk membuang.Nice!

"Budak baru?"Tanya gadis bertocang itu lagi.Aku mengangguk."Nama akak Ain,akak senior dalam dorm ni.Yang ni Izzah,Azreen ,Aisyah,Yushanim.Kitorang berlima pelajar senior dalam dorm ni.Yang hujung si kenit kenenot tu Nabilla panggil bee kalau nak lagi mesra panggil lebah dia form 4.Yang tu duduk dekat katil hujung tu Liyana.Panggil Yana .Dia form 3.Jangan risau kalau dia tak banyak cakap.Dia memang pendiam"Kata gadis bertocang yang bernama Ain mengenalkan satu per satu ahli dalam bilik itu tanpa mempamerkan senyuman.

Entah kenapa aku dapat merasakan aura tegas dia.Aku rasa dia boleh jadi gengster kalau dia tak senyum macam ni.Dia nampak garang.

Aku mengangguk dan tersenyum."Nama saya Nur Farhana Qistina .Boleh panggil Tina.Selamat berkenalan dan sila beri tunjuk ajar"Kataku ramah.Aku budak baru,kena ramah kalau tak nak dibuli.Bukan aku tak tahu kes buli dekat asrama ni teruk.

Dia menggangguk dan tersenyum.Aih!Baru tenang tengok dia senyum."Hai!"Jawab ahli lain serentak."Hati-hati sikit kalau dekat sini.Kalau nak bercerita ke apa takpe..cuma pantangnya,jangan tanya betul ke atau dari mana dapat tahu faham?"Tanya Aisyah yang memakai tudung sarung labuh.Mungkin lebih selesa memakai tudung.

Aku mengangguk faham.Dalam fikiran ada macam-macam.Takpe Tina takpe,banyak masa lagi.Aku bergerak di katil sebelah Bee yang kosong lalu menyimpan barang-barang keperluanku.

-tbc-

Vote and comment <33

Asrama BerhantuWhere stories live. Discover now